Monthly Archives: October 2010

Paya Teriti

Paya Teriti terletak di kawasan kampong Katimahar. Oleh kerana kawasan paya yang terbentang luas, Paya Teriti menerjahi sempadan kampong Kulapis malahan sampai ke kampong Batong. Kawasan ini sebagai kawasan penternakan kerbau selain kawasan pulau buah-buahan.

Leave a comment

Filed under Lensa

Padi di Batong

Selain daripada perusahaan padi di Wasan, Kampong Batong  juga sudah menghasilkan padi untuk dituai. Sawah padi di kampung tersebut masih pada peringkat awal kerana masih banyak petak-petak sawah yang  masih dalam proses pembersihan.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Sambutan Hari Raya

Setiap tahun Hari Raya disambut dengan mariah. Pada tahun ini sambutan Hari Raya diselajurkan dengan sambutan Hari Guru yang ke 20.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Mengumbut Sawit

Mengumbut sawit bukanlah kerja mudah. Kemahiran dan tenaga amat diperlukan. Untuk perkara itu kami tidak ada masalah kerana pakar mengumbut apa-apa jenis umbut sama ada nibung, rumbia, jelayan, rotan, bengkala, palah malahan apa-apapun jenis tumbuhan yang boleh diumbut beliaulah pakarnya. Beliau memang mahir dalam hal umbut-mengumbut.

Di halaman rumah terdapat beberapa pohon sawit tumbuh subur. Bersempena, doa arwah buat  keluarga terdekat yang sudah kerahmatullah sepohon sawit dikorbankan untuk   masakan gulai semasa doa arwah beberapa hari sebelum bulan Ramadhan yang lepas. Al-Fatihah buat keluarga kami yang telah ke rahmatullah; ayahnda Hj Momin, nenda Hj Pakar, nenda Lauyah, nenda Asmat, nenda Muai, nenda Kuntum, tua hjh Tiara, adinda Hamdani, bungsu Mosli dan keluarga yang tidak diingat nama mereka serta kaum muslimin dan muslimat sekaliannya, semoga mereka mendapat keredaan Allah SWT. Amin!

Leave a comment

Filed under Kenangan, Rencana

Mengikis di Betara

Beberapa minggu sebelum bulan Ramadhan kami sempat mengikis di Kawasan Betara, Binturan. Suasan keheningan senja membuatkan aku berasa puas dan damai sekalipun kami tidak mendapat ikan yang banyak disebabkan oleh keadaan air yang agak deras. Setelah berabad-abad aku tidak ke sana masih terdapat beberapa buah pondok  berdiri megah di kawasan bahu pantai  bagi kegunaan berehat atau bermalam di sana malahan kereta sudah boleh sampai sehingga ke kawasan pantai. Pada kesempatan yang lain aku ingin mengikis di sana lagi.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Membaca Surah Yasin

Malam Jumaat dua hari lepas, Majlis membaca yasin serta tahlil bertujuan agar pelajar GCE O’ Level dipermudahkan menjalani ujian serta berjaya di adakan di dewan serba guna STPRI.

Leave a comment

Filed under Renungan

Walkaton Hari Guru 2010

Minggu lepas aku menghadirkan diri di sekolah Sukan, Berakas demi  bersama-sama menjayakan Walkataon Hari Guru ke 20. Aku di sana seawal 6:45 pagi. Kedudukan sekolah yang masih baru terletak di kawasan tanah tinggi jika dibandingkan dengan kawasan yang lain sungguh menyegarkan, tambahan pula udara pagi yang masih segar dengan hijauan pokok dara di bahagian belakang bangunan. Dari kawasan sekolah jelas kelihatan Stadium Tertutup, Stadium Negara HHB serta perkampungan sukan yang lainnya. Perjalanan dimulakan setelah mengadakan senaman meregangkan otot yang dilakukan di dewan serbaguna sekolah tersebut. Laungan siren dibunyikan oleh Pehin Menteri sebelum bermulanya perjalanan bagi kumpulan lelaki manakala bagi kumpulan perempuan diterajui oleh Datin Afsah Hj Majid.

Leave a comment

Filed under Sejarah

Pantai Kuala Tutong

Aku duduk seketika sambil menikmati keindahan alam di kawasan pantai Kuala Tutung, angin sepoi-sepoi ditemani ombak yang lembut menerjah pantai dapat menyenagkan dan menenangkan fikiranku. Ketika itu hari-hari akhir Ramadhan, kesempatan begini kugunakan untuk menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan apatah lagi hari-hari sebelumnya aku banyak menghabiskan masaku bekerja  sehingga larut petang. Sepanjang bulan Ramadhan aku tidak berkesempatan membeli juadah penyungkaian di gerai-gerai Ramadhan, hanya setelah akhir-akhir Ramadhan menjelang kedatangan Syahwal barulah aku berpeluang mengambil sedikit masa duduk menyedut udara segar di Pantai Kuala Tutung menghala Laut Cina Selatan.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Bebuluh

Bersiar-siar di kawasan taman buluh selepas fardu Asyar  dapat menambah sedikit ilmu. Berbagai jenis buluh dapat disaksikan. Berpuluh jenis buluh yang selama ini pernah kulihat di kawasan hutan di negara ini memang ada yang tidakku pasti namanya sehinggalah aku bersiar-siar di kawasan taman bebuluh di UBD. Namun begitu, aku tidak melihat buluh perindu tumbuh di sana!

Leave a comment

Filed under my