Pulau Momin

Perjalanan dari Paya Basar ke Pulau Momin mengambil masa beberapa jam untuk sampai. Kami bermula dari Paya Besar lebih kurang pada jam 4 petang. Perjalanan hutan yang kami lalu antaranya; Limbauh Surapit, Begadong, Pulau Dumpuk, Banjaran Bukit Jepun, Banjaran Jahirat Dagang sebelum sampai di Pulau Momin. Kami Sampai di Pulau Momin sudah mendekat ke pukul 6 petang.

Terdapat dua pohon durian di pulau Momin, durian kuning berisi lunak lagi sedap. Di pulau Momin ini kami telah mengutip beberapa biji durian sehingga kami tidak bercadang untuk melawat durian di Pulau Adam yang lebih kurang 15 minit perjalanan dari pulau Momin, kerana kami tidak sanggup untuk menyikut atau membawa pulang durian , kami maklum kalau ke Pulau Adam pasti mendapat sekarung dua durian. Aku belum pernah sampai ke Pulau Adam malahan di Pulau Momin inilah kali pertama aku sampai.

Kami bermalam di Pulau Bejudi, jauh perjalanan lebih kurang 20 minit dari Pulau Momin. Durian di Pulau Bejudi juga tidak jauh hebatnya daripada durian Pulau Momin, lunak lagi sedap. Kami meletakkan barang yang kami bawa di Pulau Bejudi sebelum meneruskana perjalanan ke Pelangsatan dan seterusnyaa ke Pulau Angus. Buah durian di Pelangsatan  daripada jenis durian otak galah dan durian bunga simpur manakala di Pulau Angus duriannya agak kecil namun bau isinya wangi dan sedap. Di Pelangsatan aku sempat mandi di sungai yang jernih lagi sejuk, tanpa sabun apatah lagi peralatan mandi, yang penting aku dapat mandi dan seterusnya mengambil air sembahyang. Kami pulang semula ke Pulau Bejudi untuk melepaskan lelah sambil menunggu buah durian yang gugur.

Baring seterusnya tidur di juli karung beras  sudah cukup baik untuk menghilangkan lelah. Hanya si Muli yang berkorban tidur di tanah berlapikkan guni beras kerana juli yang disediakan hanya 3 buah. Juli dan khemah  ini  dibina oleh si Muli dan Kamsol bagi kemudahan bermalam menunggu durian di pulau Bejudi. Pada jam 2.30 pagi Muli, Dahalan dan Sahrin melawat durian di Pulau Angus dan Pelangsatan semantara aku bersendirian menunggu di Pulau Bejudi. Yang anehnya, kokokan burung hantu agak lantang ketika aku bersendirian, suara kokokan tersebut tidak kedangaran setelah mereka sampai semula ke khemah. Pada jam 3.30 pagi kami bersedia untuk berangkat meninggalkan Pulau Bejudi. Sebelum pulang sekali lagi kami singgah melawat ke Pulau Momin. Tiga guni durian kuning telah dikutip. Masalahnya untuk membawa pulang terlalu berat, mujur Muli dan Shahrin bertenaga untuk menyikut durian sebanyak itu, kesukaran amat terasa berjalan mengharungi kegelapan malam beralasakan lampu picit sambil menyusur hutan belukar. Hanya dengan kesabaran akhirnya kami sampai ke Paya Basar pada jam 6 pagi.

**Mengikut cerita orang tua di kampung, Tua Haji Aji, Pulau Momin ialah pulau yang dikhususkan dan dinamakan oleh datuk kepada bapa; Hj Momin bin Asmat.

pm2

pm3

pm5

pm6

pm7

pm9

pm10

pm11

pm12

Leave a comment

Filed under Kenangan, Rencana, Sejarah

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s