Tukang Kasut

Dua jenis aksesori pakaian yang bertahun-tahun lamanya kugunakan dan sering kupakai . Pertama, tali pinggang dan keduanya ialah kasut. Aku hanya mengganti tali pinggang sekiranya sudah tidak boleh digunakan lagi. Aku pernah membeli tali pinggang  jenama Levis dibuat daripada kulit binatang berkemungkinan besar daripada kulit lembu kerana tali pinggang tersebut berwarna coklet  pada tahun 20oo  dan aku terus menggunakannya hampir setiap hari, kerana itulah sahaja satu-satunya tali pinggang yang yang miliki untuk bekerja,  sehinggalah pada  tahun lepas tali pinggang tersebut sudah tidak dapat digunakan kerana usang dan terputus yang tidak boleh digunakan lagi, ini bermakna aku menggunakannya selama 11 tahun, sehingga sekarang aku belum tersua tali pinggang  penggantinya. Aku masih mencari tali pinggang berjenama Levis namun belum kutemui yang sesuai. Kemungkinan besar aku akan membeli jenama Camel Creative kerana ia lebih tahan lasak dan diperbuat daripada kulit binatang yang asli, sesuai untuk dipakai sama ada untuk bekerja atau untuk kegunaan harian.

Begitu juga halnya dengan kasut. Kasut yang kugunakan untuk berkerja ke pejabat juga jarang kutukar ganti, bukan seperti kasut sukan atau kasut kasual. Mungkin inilah sikap lelaki yang berbeza daripada sikap perempuan yang suka membeli kasut untuk disesuaikan dengan pakaian mereka. Bagi perempuan yang bekerja, kasut  mesti sedondon dengan  pakaian yang mereka pakai. Kalau baju kurung hijau maka kasut mereka juga akan berwarna hijau, kalau merah baju yang dipakai maka kasut merah juga padanannya. Tidak hairan kalau mantan isteri President Marcos, Imelda  memiliki tiga ribu pasang  koleksi kasut pada saat beliau menjadi perempuan Pertama di Filipina..

Pada hari Rabu aku membeli sepasang kasut di kedai Lai-Lai, Batu Satu. Kedai yang sudah beroperasi sejak aku masih di alam kanak-kanak lagi. Ini semua dikeranakan tapak kasut yang kupakai selama ini sudah rosak. Mahu tidak mahu aku terpaksa membeli kasut yang baru.  Kasut pilihanku ialah kasut jenama F & M buatan Italy. Oleh kerana kasut ini diperbuat daripada kulit asli, ditambah lagi dengan stail yang agak menarik membuatkan aku bersedia membelinya walaupun mengorbankan ratusan ringgit. Sebelum pulang aku singgah di sebuah kedai Tukang Kasut, di Bengkurong semata-mata untuk melantak getah pelapis ala-ala tapak kuda agar tapak kasut tidak cepat rosak. Si Tukang Kasut nampak bersemangat menampal tapak kasutku yang baru dengan harga $6.00 sepasang. Semoga kasut ini dapat kugunakan  untuk beberapa tahun yang akan mendatang.

1 Comment

Filed under fotorafi, my, Rencana

One response to “Tukang Kasut

  1. I am really impressed with your writing skills as well as with the layout on your blog.
    Is this a paid theme or did you modify it yourself?
    Anyway keep up the nice quality writing, it is rare
    to see a nice blog like this one today.

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s