Awan biru pada pagi 8 Ramadhan lepas. Aku bersyukur kepada Illahi kerana mengurniakan kesihatan setelah 2 hari sebelumnya aku kurang sihat. Nikmat kesihatan amat terasa, untuk beribadat lebih mudah malahan aku berasa segar setiap kali sembahyang terawikh. Sebagai manusia aku perlu banyak bersyukur atas kurnia kesihatan yang Tuhan Semesta Alam berikan.