Daily Archives: October 10, 2010

Membaca Surah Yasin

Malam Jumaat dua hari lepas, Majlis membaca yasin serta tahlil bertujuan agar pelajar GCE O’ Level dipermudahkan menjalani ujian serta berjaya di adakan di dewan serba guna STPRI.

Leave a comment

Filed under Renungan

Walkaton Hari Guru 2010

Minggu lepas aku menghadirkan diri di sekolah Sukan, Berakas demi  bersama-sama menjayakan Walkataon Hari Guru ke 20. Aku di sana seawal 6:45 pagi. Kedudukan sekolah yang masih baru terletak di kawasan tanah tinggi jika dibandingkan dengan kawasan yang lain sungguh menyegarkan, tambahan pula udara pagi yang masih segar dengan hijauan pokok dara di bahagian belakang bangunan. Dari kawasan sekolah jelas kelihatan Stadium Tertutup, Stadium Negara HHB serta perkampungan sukan yang lainnya. Perjalanan dimulakan setelah mengadakan senaman meregangkan otot yang dilakukan di dewan serbaguna sekolah tersebut. Laungan siren dibunyikan oleh Pehin Menteri sebelum bermulanya perjalanan bagi kumpulan lelaki manakala bagi kumpulan perempuan diterajui oleh Datin Afsah Hj Majid.

Leave a comment

Filed under Sejarah

Pantai Kuala Tutong

Aku duduk seketika sambil menikmati keindahan alam di kawasan pantai Kuala Tutung, angin sepoi-sepoi ditemani ombak yang lembut menerjah pantai dapat menyenagkan dan menenangkan fikiranku. Ketika itu hari-hari akhir Ramadhan, kesempatan begini kugunakan untuk menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan apatah lagi hari-hari sebelumnya aku banyak menghabiskan masaku bekerja  sehingga larut petang. Sepanjang bulan Ramadhan aku tidak berkesempatan membeli juadah penyungkaian di gerai-gerai Ramadhan, hanya setelah akhir-akhir Ramadhan menjelang kedatangan Syahwal barulah aku berpeluang mengambil sedikit masa duduk menyedut udara segar di Pantai Kuala Tutung menghala Laut Cina Selatan.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Bebuluh

Bersiar-siar di kawasan taman buluh selepas fardu Asyar  dapat menambah sedikit ilmu. Berbagai jenis buluh dapat disaksikan. Berpuluh jenis buluh yang selama ini pernah kulihat di kawasan hutan di negara ini memang ada yang tidakku pasti namanya sehinggalah aku bersiar-siar di kawasan taman bebuluh di UBD. Namun begitu, aku tidak melihat buluh perindu tumbuh di sana!

Leave a comment

Filed under my