Ramadhan 1435

Bulan Ramadhan bulan yang penuh Rahmat, bulan Keampunan malahan bulan Syorga dihias khusus bagi mereka yang berpuasa demi takarub kepada Allah SWT. Rasulullah SAW beritahu kepada sahabat-sahabat baginda (Redha Allah terhadap mereka) bahawa pada penghujung bulan Ramadhan Allah SWT ampunkan segala dosa mereka yang berpuasa. Sahabat bertanya apakah itu ‘Lailatul Qadar’ Rasulullah SAW beritahu bahawa semua itu bukan lailatul Qadar sebaliknya memang wajar mereka mendapatkannya demi Rahmat Allah SWT bak umpama mereka yang bekerja akan mendapat gaji atau upah daripada tuannya.Syukur Alhamdulillah sudah seminggu kita berpuasa. Kesempatan begini sepatutnya tidak kita sia-siakan, begitulah hari-hari puasa yang kulalui akan ku penuhi dengan zikir, zikir yang maha agung ” LAILAHAILALLAH” dan “Istgfar”.

Al-Quran mesti terus kubaca, baca dan baca. Semakin kubaca, semakin segar dan terus segar. Betul-betul Al-Quran itu mukzizat yang tiada bandingnya. Nah,peluang membaca Al-Quran pada waktu duha kumanfaatkan di Masjid Solehen. Masjid ala-ala Masjid Quba di Madinah. Sekiranya aku ada kelapangan aku mengambil kesempatan pergi beriktikaf di sana walaupun hanya seketika.

Masjid Solehen, masjid yang tergolong masjid elite kerana kedudukannya  berdekatan dengan bangunan JPM. Di sekeliling masjid ditumbuhi pokok kurma yang buahnya sedang ranum. Rumput spesis lalang yang menghiasi taman masjid berbunga ungu dan  berbunga putih. Susunan bunga dan tanaman begitu rapi dan bersih. Sebelum pulang dari iktikaf biasanya aku berjalan-jalan di sekeliling masjid meikmati kebersihan dan keindahan taman masjid.

ms1

ms2

ms3

ms4

ms5

ms6

ms7

ms8

Leave a comment

Filed under my, Renungan

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s