Bukit Tempayan Pisang

Pagi Ahad lepas, aku  mendaki Bukit Tempayan Pisang bersama Alwani. Kami bertolak dari rumah jam 6.40 pagi dan sampai di kawasan letak kereta di kaki bukit Tempayan Pisang,  pada jam 7.20 pagi kerana di Kg Sungai Besar kami sempat singgah membeli minuman di kedai runcit tersebut.  Cuaca pagi  yang mendung menyegarkan perjalanan mendaki bukit. Kami bermula di kawasan permulaan masuk yang jauhnya lebih kurang 700 meter dari tempat letak kereta, manakala denai di kawasan tempat letak kereta  akan kami gunakan sebagai jalan keluar. Perjalanan di sepanjang denai agak selesa kerana sudah dipasang kalat di beberapa kawasan yang curam. Ketinggian bukit Tempayan Pisang lebih kurang 500 meter dari paras laut. Pemandangan di puncak bukit begitu indah dengan hembusan angin yang menyegarkan. Ketika aku berdiri menghala ke arah Pantai Serasa, aku dapat menyaksikan kawasan perumahan Perpindahan Serasa , pelabuhan, kekapal berlabuh serta lautan yang membentang luas, manakala di sebelah kiri, Kampong Kapok tersegam dengan keindahannya tersendiri.

Semasa menuruni bukit untuk pulang aku sempat singgah di Gua Radat, gua yang sangat sesuai untuk para petapa atau orang yang mendalami ilmu kebathinan pada zaman dahulu. Kawasan gua tidak begitu luas, hanya beberapa meter persegi, memang sesuai untuk bertafakur, mengasingkan diri daripada kekemelutan dunia luar. Lagenda gua ini sempena nama seorang petapa yang bernama Si Radat. Berada di dalam gua Radat lebih menyenangkan jika dibandingkan  daripada berada di gua Harimau yang terletak di bahagian bawah  gua Radat. Gua Harimau lebih luas dan gelap. Namun begitu di pisuk  gua tersebut terdapat sebuah lubang yang mana cahaya matahari boleh menyinari kawasan gua, begitu juga sekiranya hujan tlebat air mencurah-curah memasuki gua tersebut, tidak hairan gua Harimau lebih lembab, hamis dan menggerunkan. Selain daripada gua terdapat juga beberapa lubang, salah satu dari lubang tersebut sudah disediakan tali bagi kegunaan pelawat yang ingin masuk ke dalam lubang tersebut. Selain daripada gua Radat kemungkinan besar pada zaman dahulu lubang ini juga pernah digunakan untuk mereka yang mengamalkan ilmu mistik kerana aku merasakan sesuatu yang ghaib ada di kawasan lubang tersebut. Apabila kita mendengar kisah lampau tentang Bukit Tempayan Pisang banyak cerita mistik yang diperolehi antaranya jembatan emas, seorang penduduk kampung yang sanggup membunuh diri secara mistik demi melindungi isterinya yang dibaham harimau malahan ketika aku masuk ke hutan keluar dari kawasan rantis yang disediakan untuk pejalan kaki, aku tersua sekuntum bunga merah yang tumbuh segar di atas tanah tanpa pohon, tanpa batang, tanpa daun, tumbuh begitu saja dicelah-celah daun kering. Ketika melintasinya aku tidak peduli aku hanya memfoto menggunakan speed rendah sambil melintasi bunga tersebut. Aku pasti objek tersebut ialah bunga bukan kulat.

Bagi peminat hiking, jogging, strolling,  nah, Bukit Tampayan Pisang amat sesuai dijadikan sebagai tempat riadah selaian Bukit Shahbandar  kerana kemudahan dan jalan rantis yang disediakan amat mudah disusuri selain daripada pemandangan dan kawasannya yang indah dan segar.

Leave a comment

Filed under Kenangan, Rencana

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s