Dirgahayu, 65 Tahun

Selepas sembahyang fardu Maghrib, malam Jumaat, aku bersama jemaah masjid membaca Yassin dan Tahlil khusus buat Raja tercinta sempena Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 65 tahun.

Pagi tadi aku sempat bersama-sama rakyat jelata menghadirkan diri  di Taman SOAS, BSB. Aku  meletakkan kereta di kawasan Parking bertingkat, Perhentian bas, yang dikhususkan kepada para Jemputan yang memilik pass sahaja.

Sesampai sahaja di taman, bertepatan juga ketibaan KDYMM. Semasa lagu kebangsaan dinyanyikan, dentuman beberapa das tembakan meriam menggegarkan taman yang menandakan acara sedang berlangsung.  Aku hanya berdiri di luar kawasan taman, sambil  memohon kehadarat Illahi agar KDYMM kekal karar memerintah negara ini, agar KDYMM terus memerintah negara ini dengan adil dan saksama, agar KDYMM serta kerabat baginda sihat sejehtera… harapan agar negara ini terus aman makmur selamanya. Amin Ya Rabbal Alamin. Daulat kebawah Duli Tuan Patik!

Leave a comment

Filed under fotorafi

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s