Bersempena 1 Syahwal mengikut kiraan falaq maka aku bersolat sunat Eid-Fitri di Masjid Jamie Pekan Limbang. Aku sampai betul-betul sebelum solat sunat didirikan. Usai solat ada beberapa orang pulang tanpa mendengar khutbah malahan ada yang duduk di kawasan peranginan masjid, berbual-bual sambil merokok. Mereka mendengar khutbah sambil santai. Di Limbang kedai-kedai masih beroperasi seperti biasa, kecuali kedai makan orang Islam. Namun begitu aku sempat menagar-nagar pagi di Sugar Bun, hanya aku seorang di situ, mungkin orang ramai belum berselera minum pagi se awal jam 8:50 pagi. Para penjaja buah durian sudah mula duduk menunggu pelangan dengan longgokan buah durian di bahu jalan. Aku tidak tahu tentang harga durian yang dijual, kerana tiada parkir untuk meletak kereta di kawasan tersebut. Oleh kerana tujuaku hanya untuk solat sunat maka aku tidak bercadang untuk membeli belah.