Di halaman rumah Hadi beberapa orang belia kampung jamming sempena rumah terbuka Hari Raya. Ketika ditanya kepada si Muly apa nama band mereka, mudah saja jawabnya sambil tersenyum, Band Kg Bukit Panggal. Para pemainnya memang orang jati kampung. Band ini ditubuhkan tahun lepas, namun sudah beberapa kali dijemput di majlis-majlis perkahwinan bagi menghiburkan para tetamu dan hadirin, bukan saja di dalam kampung malahan ke kampung-kampung jiran. Aku tidak menyangka si Muly begitu mahir bermain gitar apatah lagi dia sebagai leading guitarist, kerana dia tidak pernah menunjukkan kemahiran bermain gitar atau bercerita yang berlebihan tentang kemahirannya ketika kami berkumpul dan berborak-borak, yang diceritakannya selalu hanyalah tentang menangkap ikan di laut takat sehingga ada takat disebut Takat si Muly.
Memandangkan usia para pemain semakin matang jadinya lagu-lagu yang mereka miankan terdiri daripada lagu-lagu klasik yang beraneka rentak dan irama.