Category Archives: my

Entudau 2014

Sudah sekian lama aku tidak ke Entudau, ulu Tutong. Sehinggalah kelmarin aku berserta saudaraku; Dahalan, Kamsol dan Shahrin meluangkan masa untuk menikmati kesegaran dan keindahan hutan dan perkarangan Entudau sambil menangkap ikan yang begitu mesra dan tidak dicemari. Entudau sudah beberapa kali  kukunjungi, malahan aku pernah bermalam di sana. Tidak ramai orang yang pernah  sampai di sana kerana untuk masuk ke kawasan perkerangan perlu merentasi hutan belukar dan hutan tebal yang memakan masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke sana, ini  terpulang kepada suasana dan keadaan. Kami saja seringkali terhalang oleh pokok yang telah  tumbang serta belukar yang tebal menyukarkan perjalanan disamping tanah becak dan berlumpur, maklumlah sekarang musim hujan.

Kami sampai di perkerangan, ketika matahari menjulang tegak di atas kepala, namun bahang matahari tidak terasa kerana pokok-pokok hutan rimba menjadi pelindung di samping udara yang segar dan air sungai yang mengalir tenang. Mandi dan berendam di air yang bersih lagi sejuk, dihurungi ikan-ikan kecil memang menyeronokan, perkara ini sukar untuk dibayangkan melainkan berada dan berendam di sana. Beberapa jam kami menghabiskan masa di sana, hanya setelah bunyi guruh di hulu sungai dan hujan renyai-renyai baharulah kami bersiap-siap untuk pulang pada jam tiga petang.

et1

et2

et3

et4

et5

et6

et7

et8

et9

Advertisements

Leave a comment

Filed under Kenangan, my

1 Syahwal 1435, Limbang.

Bersempena 1 Syahwal mengikut kiraan falaq maka aku bersolat sunat Eid-Fitri di Masjid Jamie Pekan Limbang. Aku sampai betul-betul sebelum solat sunat didirikan. Usai solat ada beberapa orang pulang tanpa mendengar khutbah malahan ada yang duduk di kawasan peranginan masjid,  berbual-bual  sambil merokok. Mereka mendengar khutbah sambil santai. Di Limbang kedai-kedai masih beroperasi seperti biasa, kecuali kedai makan orang Islam. Namun begitu aku sempat menagar-nagar pagi di Sugar Bun, hanya aku seorang di situ, mungkin orang ramai belum berselera minum pagi se awal jam 8:50 pagi. Para penjaja buah durian sudah mula duduk menunggu pelangan dengan longgokan buah durian di  bahu jalan. Aku tidak tahu tentang harga durian yang dijual, kerana tiada parkir untuk meletak kereta di kawasan tersebut. Oleh kerana tujuaku hanya untuk solat sunat maka aku tidak bercadang untuk membeli belah.

lb9

lb1

lb2

lb3

lb4

lb5

 

Leave a comment

Filed under Kenangan, my

Ramadhan 1435

Bulan Ramadhan bulan yang penuh Rahmat, bulan Keampunan malahan bulan Syorga dihias khusus bagi mereka yang berpuasa demi takarub kepada Allah SWT. Rasulullah SAW beritahu kepada sahabat-sahabat baginda (Redha Allah terhadap mereka) bahawa pada penghujung bulan Ramadhan Allah SWT ampunkan segala dosa mereka yang berpuasa. Sahabat bertanya apakah itu ‘Lailatul Qadar’ Rasulullah SAW beritahu bahawa semua itu bukan lailatul Qadar sebaliknya memang wajar mereka mendapatkannya demi Rahmat Allah SWT bak umpama mereka yang bekerja akan mendapat gaji atau upah daripada tuannya.Syukur Alhamdulillah sudah seminggu kita berpuasa. Kesempatan begini sepatutnya tidak kita sia-siakan, begitulah hari-hari puasa yang kulalui akan ku penuhi dengan zikir, zikir yang maha agung ” LAILAHAILALLAH” dan “Istgfar”.

Al-Quran mesti terus kubaca, baca dan baca. Semakin kubaca, semakin segar dan terus segar. Betul-betul Al-Quran itu mukzizat yang tiada bandingnya. Nah,peluang membaca Al-Quran pada waktu duha kumanfaatkan di Masjid Solehen. Masjid ala-ala Masjid Quba di Madinah. Sekiranya aku ada kelapangan aku mengambil kesempatan pergi beriktikaf di sana walaupun hanya seketika.

Masjid Solehen, masjid yang tergolong masjid elite kerana kedudukannya  berdekatan dengan bangunan JPM. Di sekeliling masjid ditumbuhi pokok kurma yang buahnya sedang ranum. Rumput spesis lalang yang menghiasi taman masjid berbunga ungu dan  berbunga putih. Susunan bunga dan tanaman begitu rapi dan bersih. Sebelum pulang dari iktikaf biasanya aku berjalan-jalan di sekeliling masjid meikmati kebersihan dan keindahan taman masjid.

ms1

ms2

ms3

ms4

ms5

ms6

ms7

ms8

Leave a comment

Filed under my, Renungan

Saliran air, Kg. Lugu

Saliran air yang dalam serta luas mengubah alam keliling Kampong Lugu. Beberapa tahun kebelakangan parit yang kecil menyebabkan banjir kilat dibeberapa tempat sepanjang jalan kampung sekiranya hujan lebat. Dikhabarkan kawasan perkuburan lama telah dimusnahkan oleh pemaju semasa membina saliran. Aku sempat bersiar-siar di kawasan sebelah hulu saliran namun belum berpeluang menziarahi kawasan kubur lama yang telah  digondolkan oleh pemaju.

kl1

kl3

kl4

kl5

Leave a comment

Filed under Kenangan, my

Tukang Kasut

Dua jenis aksesori pakaian yang bertahun-tahun lamanya kugunakan dan sering kupakai . Pertama, tali pinggang dan keduanya ialah kasut. Aku hanya mengganti tali pinggang sekiranya sudah tidak boleh digunakan lagi. Aku pernah membeli tali pinggang  jenama Levis dibuat daripada kulit binatang berkemungkinan besar daripada kulit lembu kerana tali pinggang tersebut berwarna coklet  pada tahun 20oo  dan aku terus menggunakannya hampir setiap hari, kerana itulah sahaja satu-satunya tali pinggang yang yang miliki untuk bekerja,  sehinggalah pada  tahun lepas tali pinggang tersebut sudah tidak dapat digunakan kerana usang dan terputus yang tidak boleh digunakan lagi, ini bermakna aku menggunakannya selama 11 tahun, sehingga sekarang aku belum tersua tali pinggang  penggantinya. Aku masih mencari tali pinggang berjenama Levis namun belum kutemui yang sesuai. Kemungkinan besar aku akan membeli jenama Camel Creative kerana ia lebih tahan lasak dan diperbuat daripada kulit binatang yang asli, sesuai untuk dipakai sama ada untuk bekerja atau untuk kegunaan harian.

Begitu juga halnya dengan kasut. Kasut yang kugunakan untuk berkerja ke pejabat juga jarang kutukar ganti, bukan seperti kasut sukan atau kasut kasual. Mungkin inilah sikap lelaki yang berbeza daripada sikap perempuan yang suka membeli kasut untuk disesuaikan dengan pakaian mereka. Bagi perempuan yang bekerja, kasut  mesti sedondon dengan  pakaian yang mereka pakai. Kalau baju kurung hijau maka kasut mereka juga akan berwarna hijau, kalau merah baju yang dipakai maka kasut merah juga padanannya. Tidak hairan kalau mantan isteri President Marcos, Imelda  memiliki tiga ribu pasang  koleksi kasut pada saat beliau menjadi perempuan Pertama di Filipina..

Pada hari Rabu aku membeli sepasang kasut di kedai Lai-Lai, Batu Satu. Kedai yang sudah beroperasi sejak aku masih di alam kanak-kanak lagi. Ini semua dikeranakan tapak kasut yang kupakai selama ini sudah rosak. Mahu tidak mahu aku terpaksa membeli kasut yang baru.  Kasut pilihanku ialah kasut jenama F & M buatan Italy. Oleh kerana kasut ini diperbuat daripada kulit asli, ditambah lagi dengan stail yang agak menarik membuatkan aku bersedia membelinya walaupun mengorbankan ratusan ringgit. Sebelum pulang aku singgah di sebuah kedai Tukang Kasut, di Bengkurong semata-mata untuk melantak getah pelapis ala-ala tapak kuda agar tapak kasut tidak cepat rosak. Si Tukang Kasut nampak bersemangat menampal tapak kasutku yang baru dengan harga $6.00 sepasang. Semoga kasut ini dapat kugunakan  untuk beberapa tahun yang akan mendatang.

1 Comment

Filed under fotorafi, my, Rencana

Kelupis Terbesar

Ahad lalu, terletak di dewan Muhibbah Parit, Kg. Pengkalan Batu berlangsungnya Pesta Makanan Tradisi. Berbagai juadah tradisi, minyak wangi daripada geharu serta hasil daripada kelapa muda hijau. Apa yang menarik pada hari tersebut dilancarkan juga majelis pengawar-waran tentang kelupis bersaiz besar yang pernah dicipta. Beras yang didadih seberat 100 kg yang mana proses pembikinan  daripada mendadih, dibungkus dengan pucuk nipah yang dianyam dan dikukus memakan masa 16 jam.  Oleh kerana saiz kelupis yang begitu besar, tempat pengukusan  terpaksa ditempah khas yang berharga ribuan ringgit. Majelis dan pembuatan kelupis terbesar ini dikendalikan oleh Ayu Atiqah Event Management.

Leave a comment

Filed under fotorafi, my

Perarakan Maulud 1433

Setiap tahun pada 12 Rabiulawal hijri, Perarakan sambutan Maulud Nabi dirayakan di Negara Brunei Darussalam sempena hari keputeraan manusia agung; Nabi Muhammad  saw. Daerah Tutong tidak terkecuali merayakannya.Perarakan dan perhimpunan agung ini bertujuan untuk mengingati dan berselawat beramai-ramai, malahan yang lebih penting adalah untuk syiar agama yang dipimpin oleh Rasulullah saw.

Leave a comment

Filed under my