Bukit Kalamasi

Beriadah pada hujung minggu di Bukit Kalamasi yang terletak di banjaran Bukit Saeh, Lumapas dapat dijadikan asbab untuk menyihatkan tubuh badan. Kebetulan aku  begitu teruja untuk mendaki bukit Kalamasi aku terlupa untuk membawa minuman ketika pendakian tersebut. Berjalan di buhur bukit dapat menyaksikan keindahan kampung air. Terasa lelah setelah sejam perjalanan menyusur buhur bukit tambahan itulah kali pertama aku masuk di kawasan tersebut, memang selain mendaki bukit Kalamasi aku ingin mendaki menembusi  ke Bukit Saeh. Aku keliru antara bukit Kalamasi dengan bukit Buang Sakar kerana tiada panduan atau tanda yang menunjukkan antara bukit Buang Sakar dengan bukit Kalamasi. Aku berhati-hati mengikut rantis dan denai yang disediakan, takut-takut kalau aku tersasar atau tersesat, kerana ada kes orang yang telah tersesat bersama anak yang masih lagi menyusu botol, mereka ditemui pada keesokan harinya beberapa kilometer dari bukit Saeh.

Semasa dalam perjalanan aku dapat menyaksikan keindahan kampung air di sebelah kanan manakala di sebelah kiri aku dapat menyaksikan kampong Bolkiah selain beberapa bekas aktiviti orang tempatan seperti tibakan kayu untuk mencari teras pokok untuk dijadikan gasing, bekas tapak pukat burung puagam beserta kulit umbut palah dan juga kulit pokok yang dikikis untuk dijadikan turus pagar. Aku berpatah balik setelah aku terasa dahaga, aku ingin mencari wasai di kawasan tersebut tetapi tidak kutemui. Aku berjalan perlahan-lahan  pulang sambil memfoto bagi mengelakkan kehilangan tenaga yang berlebihan. Semasa pulang ini aku berhati-hati menuruni lurah yang curam yang mana beberapa kawasan bukit telah susur. Akhirnya aku sampai di kampong Setia pada pukul duabelas tengah hari.

bk2

bk4

bk1

bk3

bk7

bk8

bk5

bk6

bk9

bk10

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s