Kampong Glam

Suasana kampung yang sebenar bukan terletak di Kampung Glam atau nama asalnya “Kampung Gelam”. Namun begitu di Singapura, Kg. Glam sudah memadai untuk dipanggil Kampung Melayu. Pada hakikatnya Kampong Gelam ialah sebuah pekan malahan lebih kepada pusat perniagaan  yang dimonopoli oleh orang-orang Islam Singapura. Kampong Glam mendapat gelaran sempena nama ‘Pokok Gelam’ yang terdapat diseluruh Singapura hingga kini . Pada mulanya, Kampong Glam adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di kuala Sungai Rochor. Selang beberpa tahun kampung ini  menjadi kawasan tumpuan malahan penduduk semakin bertambah dan berkembang. Lebih-lebih lagi, menjadi terkenal selepas Sultan Singapura, Sultan Hussein Mohammaed Shah menandatangani perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur pada tahun 1819. Pada tahun 1822 “Pelan Bandar”, Sir Stamford Raffles diperuntukkan  Kampong Glam kepada orang Melayu, Bugis dan Arab

Terdapat pelbagai kawasan atau  lokasi yang menarik di kampung ini. Masjid Sultan, Istana Kampung Glam, Taman Warisan Melayu dan perkampungan tradisional Melayu Kampung Glam antara lokasi menarik yang menyimpan sejuta rahsia khazanah sejarah awal pembentukan Singapura. Semua tempat ini, yang dibina ketika zaman pemerintahan British, dibaik pulih dan diselenggara dengan baik oleh kerajaan Singapura dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Singapura  demi  menjadi sumber hasil pelancongan.

Pada abad ke sembilan belas, Kampong Glam kekal sebagai daerah etnik dengan pengaruh Arab-Melayu yang kukuh. Ia adalah sebuah tempat di mana seseorang akan mengunjungi untuk membeli bahan keperluan dan makanan halal, makanan tradisi orang Arab-Melayu.Kampong Glam, sekarang ini  ditelan sebagai sebuah bandar dagang. Apa yang ku lihat hari ini di Kampong Glam adalah kampung  yang kaya dengan warisan yang diturunkan dari generasi ke generasi. Sesetengah tradisi lama bertahan lama dalam bentuk monumen, perdagangan, budaya dan amalan. Pemuliharaan tempat-tempat ibadat,  rumah-rumah lama, yang masih dalam bentuk asal  manakala yang lain telah diubahsuai.Warisan kekal ini memperlihatkan seni bina dan gaya hidup hari-hari awal sejarah orang-orang Melayu di Singapura. Apa-apa warisan yang kaya dengan pelbagai hanya boleh dicapai melalui semangat toleransi, perkongsian dan ikatan, semua terkandung dalam semangat Kampong Glam.

kg9

kg8

kg7

kg6

kg5

kg4

kg3

kg2

kg1

Leave a comment

Filed under Kenangan

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s