Category Archives: Lensa

Kampong Ayer 2020

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia, menyebabkan aktiviti bermesyarakat begitu terhad. Namun begitu beberapa bulan terakhir ini NBD sudah tiada jangkitan penyakit pandemik tersebut, namun begitu, pihak Kementerian Kesihatan tetap terus mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan SOP bermesyarakat.

Pada bulan Julai yang lalu khususnya pada 15.7.2020 aku dan teman-teman daripada PFNBD membuat pengambaran di Kg. Ayer. Tema kami kali ini ialah “Aktiviti mesyarakat Kg. Ayer’ Seronok juga setelah sekian lama tidak berkelana di Kg. Air apatah lagi setelah sekian lama hanya berkurung di rumah.

Kg. Ayer sudah semakin sepi, motorbot tambang tidaklah semeriah sebelum jembatan RIPAS dibina. Sudah menjadi kebiasaan penduduk kampung berkurung saja di rumah tambahan di musim Convid-19, sukar untuk melihat penduduk berkuai lintas di titian. Namun begitu sempat juga aku memfoto beberapa aktiviti penduduk kampung.

Lebih tepat lagi outing Photo Walk kami kali ini berkolaborasi dengan Kunyit 7 Lodge. Layanan pemilik Kunyit 7 Lodge sangat memuaskan, makan tradisi dan minum disediakan. Kami dibawa melawat ke bilik-bilik rumah jiran yang berdekatan menyaksikan keadaan di dalam rumah Kampung Air yang unik dengan seni bina dan kraftangan yang dimiliki sejak berkurun lamanya daripada warisan nenek moyang mereka. Pada tengah hari sebelum pulang kami sempat makan di Restoran Nini Kakak yang masakannya lebih kepada selera orang Brunei.

Foto milik keluarga Kunyit 7 Lodge : Para penarik Kalat terdiri daripada keluarga Kunyit 7 Lodge bersama Almarhum SOAS.

Leave a comment

Filed under Kenangan, Lensa, Rencana

Out of Focus

Selain menggunakan lensa standard kamera DSLR, aku memiliki lensa alternatif, Lens Baby Composer Pro Sweet 35. Lensa ini hanya kugunakan untuk memfoto objek agar menghasilkan imej yang  abstrak atau kreatif. Aku  tertarik melihat hasilnya yang mana sebahagian daripada foto ‘out of focus’.Selain itu, aku gunakan juga untuk menghasilkan Fine Art Photography. Lensa ini diilhamkan oleh  dua orang sahabat, iaitu Craig Strong dan Sam Pardue, memang mempunyai keunikan dalam merakam imej. Kalau lensa biasa menghendaki kesejajaran lensa-lensa yang ada di dalam sesebuah badan lensa, Lens Baby justru boleh dibengkang-bengkokkan. Sebuah Lens Baby mempunyai satu bahagian yang merakam imaj jelas lagi  tajam,bagian yang disebut ”sweet spot”. Di luar ”sweet spot”, imej  yang dirakam Lens Baby tidaklah tajam, tetapi ketidaktajaman itu secara penampilan sangat unik dan berbeza daripada blur yang dihasilkan lensa normal. Efek daripada ketidaksejajaran Lens Baby adalah efek kekaburan gambar yang di satu sisi merupakan ”cacat”, tetapi di sisi lain justru merupakan nilai plus kerana ”kekaburan” kadang-kadang memang dicari untuk mengeliminasi bagian-bagian foto yang dianggap tidak penting.Memakai Lens Baby sangatlah sederhana dan mudah. Memakai Lens Baby berarti memakai pengaturan fokus secara manual. F stop manual, tiada koneksi elektronik dengan kamera. Namun begitu aku tidaklah sekerap mana menggunakan lensa ini, melainkan untuk menukar selera untuk menghasilkan  imej yang Out of Focus.

ak2

ak3

ak4

Leave a comment

Filed under Juara, Lensa

Taman Agro Teknologi, Tungku

Keindahan Taman Agro Teknologi Brunei yang terletak di Kampung Tungku, menempatkan beraneka flora dan fauna. Ada yang luar biasa, ada yang biasa malahan ada tumbuhan yang hanya rumput-rumpai yang tumbuh melata tetapi diusahakan, dirawat dan dibelai dan akhirnya dijual dengan harga yang seolah-olah tidak berpatutan, kerana tumbuhan tersebut banyak tumbuh berjuritan di negara ini, namun setalah dicambah dan dirawat di taman ini, maka harga dan nilainya melambung tinggi. Di taman ini  tumbuhan menghijau, begitu juga  haiwan, yang ditempatkan di taman ini hidup dengan penuh harmoni. Taman ini sentiasa menerima ramai pengunjung bukan saja dari penduduk tempatan, malah juga dari luar negara, dibuka untuk pengunjung pada jam 6 pagi dan tutup pada jam 6 petang.

Apabila pengunjung masuk saja ke taman ini, ada baiknya membawa payung kerana  taman ini, taman terbuka, agak panas setelah jam 9 pagi sehingga petang. Kalau ada kereta buggy atau bus yang telah disediakan Alhamdulillah bolehlah juga melihat pemandangan yang seluas mata memandang sambil santai, jika tidak bersedialah untuk berjalan menyusuri denai dan lorong perjalanan yang telah disediakan.  Memang, cara terbaik bagi menikmati keindahan taman ini ialah dengan berjalan kaki.

tb1

tb2

tb3

tb5

tb4

tb6

tb9

tb7

tb8

Leave a comment

Filed under fotorafi, Lensa, Rencana

Nak Pulau, Bukit Kukup

Pertama kali aku menuju ke Nak Pulau embun masih melekat di daunan dan rerumput, masih waktu pagi. Nak Pulau  terletak di Kg. Bukit Udal, di banjaran bukit Kukup. Kawasannya tidaklah seluas mana, hanya terdapat air atau tasik kecil di tengah-tengah kawasan peranginan tersebut. Kawasan peranginan begitu menyegarkan, tumbuh-tumbuhan yang menghijau, pokok renek dan belukar yang tumbuh melata menghiasi kawasan yang menghijau. Katika mengeliling tasik aku menyaksikan terdapat sebuah perigi yang bercirikan perigi tradisi orang Melayu / Dusun. Airnya jernih,dingin lagi redup dilindungi atap zink, namun disebabkan tanah dan akar yang menyelubungi perigi berwarna gelap maka air perigi juga terpengaruh kehitaman. Apabila diceduk menggunakan batok yang disediakan airnya tetap jernih. Di bahagian belakang taman terdapat beberapa jenis tanaman atau pulau buah-buahan.

Di tengah tasik terdapat Bangkar (rumah rakit) yang terapung-apung di atas air  dengan keluasan 26 kaki panjang dan 13 kaki lebar. Bangkar ini pernah digunakan semasa Pesta Air sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan NBD yang ke 60 tahun di Daerah Tutong pada tahun 2006.

nk2

nk3

nk4

nk5

nk6

nk7

nk8

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan, Lensa

Menara Canton

Menara Canton atau Canton Tower di Guangzhou sebelum ini dikenali sebagai Haixin Tower. Selain itu, menara ini dikenali juga sebagai Guangzhou TV & Sightseeing Tower. Ia adalah sebuah menara pemerhati di Daerah Haizhu yang menggambarkan Guangzhou sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan menarik. Aku menyempatkan diri naik di menara memerhatikan bandar raya di sekitar kawassan tersebut. Sungguh indah.

Menara Canton adalah menara tertinggi di China dan merupakan struktur “freestanding” keempat tertinggi di dunia. Ia juga merupakan menara televisyen yang tertinggi di dunia dengan 108 tingkat. Menara ini mempunyai 37 tingkat dengan program termasuk ruang untuk pameran, pusat persidangan, panggung wayang, restoren, taman luar berserta kafe, dan dek untuk meninjau sekeliling bandaraya Guangzhou. Bayaran untuk naik ke atas ada beberapa pakaj dan yang paling murah 150 yuan.

mc1

mc2

mc3

mc4

mc7

mc5

mc8

mc6

mc9

Leave a comment

Filed under Kenangan, Lensa

Perlawanan Gulintangan

Peringkat akhir perlawanan Gulintangan 2013 diadakan pada Sabtu lepas. Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri menjuarai pertandingan tersebut diikuti oleh Sekolah Menengah Muda Hashim (Naib Juara) manakala Maktab SOAS ditempat ketiga. Beberapa jenis pukulan dan irama dipertandingkan antaranya Serirama, Sakai, Ayasan, Gabungkuk, Raja Lalu dan Kudidi.

gt2

gt3

gt4

gt5

gt6

gt7

gt8

gt9

Leave a comment

Filed under Juara, Lensa

Lumba Renang, Tutong

Pendedahan awal buat Dyhia dan Imani yang masih muda dalam sukan renang sangat baik untuk mencipta pengalaman. Mereka sudah berani menghadapi para perenang yang berpengalaman sedangkan Dyhia dan Imani baharu saja berkecimpung dalam sukan renang, masih dalam proses belajar teknik berenang. Amat dibanggakan juga tentang kemampuan mereka, jika dibandingkan dengan kawan seperjuangan mereka yang lain yang masih di tahap kicking. Dyhia dan Imani sudah boleh berenang gaya bebas, kuak dada, butterfly, dan backstroke. Kedua mereka ikut serta dalam freestyle 100 meter, backstroke 50 meter dan breaststroke 50 meter.

lr1

ir2

ir3

ir4

lr5

lr6

lr7

lr8

lr9

lr10

lr11

lr12

lr13

Leave a comment

Filed under Juara, Lensa

Hari Kebangsaan Bersama Rakyat Asing.

Seluruh rakyat jelata NBD gembira menyambut Hari Kebangsaan yang disambut setiap tahun pada 23 Februari. Perhimpunan raksaksa tahun ini diadakan di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien. Para pekerja, peserta, penonoton sudah ramai yang berada di lokasi seawal jam 5.30 pagi, ini semua demi mengelakkan kesesakan jalan raya. Selain daripada rakyat jelata yang berbahagia menyambut  Hari Kebangsaan, ramai juga rakyat asing tidak mahu ketinggalan merayakannya. Mereka ikut serta dalam perbarisan lalu demi menyokong hari Kebangsaan NBD.

hk13a

hk13b

hk13c

hk13e

Update Kemudian….

Leave a comment

Filed under fotorafi, Lensa, Sejarah

Wajah-Wajah Kemerdekaan

Sambutan Hari Kebangsaan akan disambut pada hari Sabtu 23/2/2013. Seperti biasa beberapa hari  sebelum Perhimpunan Raksaksa disambut, latihan  perlu dibuat. Kelmarin reptai penuh berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat sedikit kesilapan namun latihan tersebut tetap berjalan dengan lancar.

Wajah-wajah riang, penuh semangat dapat disaksikan terutama semasa para peserta melintasi Pentas Diraja dan ketika persembahan padang. “Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-29”.

hk12

hk11

hk1

hk2

hk4

hk6

hk7

hk8

hk9

hk10

Leave a comment

Filed under Kenangan, Lensa, Sejarah

Padi Wasan

Jumaat pagi, aku meluangkan masa untuk memfoto menggunakan filter berwarna hijau di kawasan penanaman padi Wasan. Cuaca pagi masih berkabus sekalipun mentari sudah semakin menjulang. Kelmarin, hujan begitu lebat  sehingga ke larut malam, beberapa tempat di negara ini telah dilanda banjir kilat tidak terkecuali kawasan penanaman padi Wasan. Oleh kerana saliran air yang baik, banjir kilat tidak menjejaskan dan tidak merosakkan padi-padi yang baru disemai. Sehingga waktu pagi sisa-sisa banjir kilat hanya menenggelami sebagian jalan kecil yang boleh dilalaui oleh kereta 4X4.

 

Leave a comment

Filed under fotorafi, Lensa