Monthly Archives: November 2011

Fotografi Bersama Canon

Melebihi 200 orang jurufoto mengambil bahagian dalam foto shoot out, tidak ketinggalan diriku yang senghaja ikut serta untuk menimba pengalaman dalam bidang fotografi. Peluang untuk memenagi peraduan yang pertama diadakan di negara ini memang memerlukan tumpuan dan ketepatan tema yang penganjur berikan hanya yang terbaik dan bernasib baik yang menjadi juara disamping sudah punya nama dalam bidang fotografi namun begitu daripada 200 orang jurufoto hanya 3 orang sahaja juara mengikut kategori tema yang diberikan.

Aku dan adikku bergabung bersama jurufoto berpengalaman, profesional, amatur dan pendatang baru sama-sama menjayakan canon shoot out, memang sedari awal lagi aku hanya untuk menimba pengalaman bukan untuk menjawat hadiah sebagai juara. Tiga tema yang diberikan adalah; Opposite (10am -12noon), Delicious (12noon -2pm) and Colors (2pm-4pm). Setiap hasil foto  perlu dihantar terus dan masih segar tanpa suntingan ke pihak penganjur. Selepas sembahyang fardhu Zuhur perutku sudah terasa memulas, terasa begitu letih memfoto sepanjang hari.

Advertisements

Leave a comment

Filed under fotorafi

Kelab Fotografi

Pameran Kelab Fotografi STPRI sudah diresmikan pada 23 November beberapa hari yang lalu dan akan berakhir pada 26 November ini. Sambutan pelajar yang menyaksikan pameran begitu menggalakan. Tahniah kepada guru pengawas kelab Fotografi  berserta ahli-ahli kelab yang bertungkus lumus  menjayakan majlis tersebut. Pada tahun ini aku hanya sebagai pendorong dan pendokong kelab Fotografi, namun begitu aku sempat juga mempameran foto 3D yang pernah kuajarkan kepada ahli kelab pada tahun lepas.

4 Comments

Filed under 3D, fotorafi

Madinah Pada Waktu Duha

Bersiar-siar di kawasan Madinah pada waktu Duha. Dari kawasan masjid bahagian  Baqi aku melangkahkan kaki menuju ke kawasan Mahkamah Syariah, sambil menghirup udara segar Madinah, Kotanya Rasulullah SAW terus menuju ke arah kiblat. Di kawasan sebelah kanan kiblat memanglah bekas kawasan perumahan sahabat-sahabat RA(hum). Di Kawasan ini terdapat deretan gerai-gerai jualan yang dibina. Barang-barang jualan boleh ditawar apatah lagi juru jual yang  peramah dan sentiasa murah dengan senyuman. Penduduk Madinah berpewatakan lembut  dan senang diajak berbual jika dibandingkan dengan penduduk Makkah. Untuk tawar menawar cukup menggunakan Bahasa Melayu, tidak perlu berbahasa Arab kerana hampir kesemua juru jual di Madinah boleh berbahasa Melayu. Di Kawasan ini terdapat beberapa buah Masjid tersegam menghiasi kota Madinah antaranya Masjid Sayidina Abu Bakar RA, Masjid Sayiddina Ali RA dan juga Masjid Awan. Masjid Awan ini ialah kawasan di mana Rasulullah SAW pernah bersembahyang miminta hujan, ketika Rasulullah SAW bersembahyang awan mendung sentiasa memayungi baginda SAW. Di setiap masjid ada juru bicara yang menjelaskan tentang sejarah masjid. Apa yang jelas mereka akan menerapkan budaya agar tidak melakukan sesuatu yang bidaah yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda RA.

Aku menerruskan perjalanan ke bangunan-bangunan yang tersegam indah di kawasan Madinah. Aku sempat berehat dan makan bakso Si Duel yang begitu menyelerakan milik warga Indonesia.

5 Comments

Filed under fotorafi