Tanjong Batu terletak di persisiran pantai Muara. Beberapa minggu yang lalu, aku bersama anak buah di sana untuk menyaksikan peninggalan kesan sejarah. Kami di sana untuk memerhatikan alam sekeliling yang penuh dengan sejarah lama. Sejarah awal Brunei (Po-Ni) berkisar di kawasan Muara. Armada Majapahit pernah mendarat di kawasan Tanjong Batu. Beberapa bukti di Muzium NBD, mempamerkan beberapa artifak, pinggan mangkuk dan tembikar pernah dijumpai di kawasan ini. Namun sayang, kami tidak dapat memanjat bukit di Tanjong Batu kerana sudah dipagar dan menjadi kawasan larangan. Kawasan ini memang sesuai digelar sebagai Tanjong Batu kerana bongkah-bongkah batu yang besar masih tersusun megah sebagai bukti dan ristaan sejarah.