Monthly Archives: July 2011

Arafah

Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah.Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa,pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Padang_Arafah)

Apa yang menarik perhatianku ialah tentang ukiran beribu nama yang ditulis di batu jabal Rahmah. Apakah tujuan mereka menulis nama-nama di sana, mungkin saja untuk pengasihan mangambil sukut sejarah pertemuan Adam a.s dan Siti Hawa. Pada ketika bukan musim haji, kawasan Arafah agak lengang, ramai jurujual ekspres berkeliaran di kawasan tersebut, begitu juga dengan pengemis  merayu dan memohon belas kesihan kepada para pelancong yang datang  ke sana.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Dirgahayu, 65 Tahun

Selepas sembahyang fardu Maghrib, malam Jumaat, aku bersama jemaah masjid membaca Yassin dan Tahlil khusus buat Raja tercinta sempena Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 65 tahun.

Pagi tadi aku sempat bersama-sama rakyat jelata menghadirkan diri  di Taman SOAS, BSB. Aku  meletakkan kereta di kawasan Parking bertingkat, Perhentian bas, yang dikhususkan kepada para Jemputan yang memilik pass sahaja.

Sesampai sahaja di taman, bertepatan juga ketibaan KDYMM. Semasa lagu kebangsaan dinyanyikan, dentuman beberapa das tembakan meriam menggegarkan taman yang menandakan acara sedang berlangsung.  Aku hanya berdiri di luar kawasan taman, sambil  memohon kehadarat Illahi agar KDYMM kekal karar memerintah negara ini, agar KDYMM terus memerintah negara ini dengan adil dan saksama, agar KDYMM serta kerabat baginda sihat sejehtera… harapan agar negara ini terus aman makmur selamanya. Amin Ya Rabbal Alamin. Daulat kebawah Duli Tuan Patik!

Leave a comment

Filed under fotorafi

Kain Selubang Bangsi

Potongan kain Selubang Bangsi yang berbingkai merupakan cendera hati aprisiasi yang kuterima ketika aku memberi ceramah di Jerudong Inernasional School (JIS). Tanggal 20 Jun yang lalu, bertepatan buka sekolah penggal ketiga aku dijemput untuk memberi ceramah di JIS. Majlis bermula jam 9:00 pagi. Ketibaanku disambut oleh Pemangku Pengetua dan AJK yang mengendalikan majlis tersebut. Selain pelajar JIS tahun 11 yang akan menduduki peperiksaan O level tahun ini, penuntut dari Seri Mulia Sarjana juga ikut serta  mendengar ceremah tersebut. Sambutan pelajar amat menggalakan, beraneka soalan yang dilontarkan ketika sesi soal jawab menambahkan lagi serinya majelis tersbut. Ceramah berakhir pada jam 11:00 pagi.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Kedai Melayu, Mekkah

Membeli-belah di Mekkah, di kedai Melayu membolehkan aku bercerita dan berbual pajang dengan pemiliknya tentang tempat-tempat menarik dan bersejarah di kawasan persekitaran Masjidal Haram.

Leave a comment

Filed under fotorafi

Madinah II

Selepas Israk (Subuh) aku sempat mengambil udara segar di kawasan Masjid Nabawi, Madinah. Setelah ziarah maqam Rasulullah kami beredar ziarah di perkuburan Baqi. Hawa pagi yang dingin membuatkan kaki melangkah tanpa henti tanpa rasa letih. Sarapan pagi kunikmati setelah puas ziarah di kawasan Baqi.

Leave a comment

Filed under fotorafi

Bukit Uhud

Masih terngiang-ngiang diingatan betapa hebatnya keyakinan hidup para Sahabat RA berjuang mempertahankan agama. Salah-satu daripada kisah yang penuh iktibar ialah perang Uhud, di kawasan ini Rasulullah tercedera selain ramai sahabat yang syahid termasuk Sayidina Hamzah RA.

1 Comment

Filed under fotorafi

Madinah

Senja bersiar-siar di Madinah.

 

Leave a comment

Filed under Uncategorized