Monthly Archives: September 2013

Ladang Padi Lubok Gusi, Bakiau

Ladang padi Lubok Gusi di kampong Bakiau sangat indah pada waktu pagi mahupun pada waktu senja, siulan burung-burung yang berkicauan mendendangkan berbagai rima dan alunan. Teratai yang tumbuh di parit beraneka jenis, kerbau berkeliaran di kawasan kandang menjadi penghuni setia dihurungi nyamuk, lalat serta burung bangau yang berkongsi mencari peluang makan bersama, pokok renek yang menghijau serta riak air daripada tungapan ikan dapat disaksikan sepanjang menyususri parit di ladang tersebut. Hanya yang tidak ditemui harta karun yang dikenali sebagai ‘gusi’. Gusi merupakan tempayan kecil yang biasanya berisi harta karun dan akan timbul dipusaran air cetek sebagai rezeki yang tiada diduga kepada sesiapa yang bernasib baik.

pbk2

pbk3

pbk4

pbk5

pbk6

pbk7

pbk8

pbk9

Advertisements

Leave a comment

Filed under Kenangan

Malam Mencintai Rasul

Malam Rabu 24 September. Aku sempat meluangkan masa menyaksikan  persembahan sempena Keputeraan KDYMM yang ke-67 di daerah Tutong. Kebetulan pada hari itu, ‘Malam Mencintai Rasul’, mengimbau tentang Baginda Rasulullah saw sejak alam azali lagi hingga kewafatan baginda semuanya dikisahkan dalam bait-bait lagu dengan alunan irama Qasidah daripada Kelab Qasidah Pusat Belia. Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali hadir selaku tetamu kehormat majlis.

Program  ini merupakan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang cemerlang dan syumul. Majlis berkenaan juga merupakan salah satu mekanisme Jabatan Belia dan Sukan (JBS) untuk melibatkan para masyarakat dengan kegiatan atau aktiviti keagamaan yang menjurus kepada pembentukan rohaniah yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan serta pendidikan dari segi fizikal dan rohani di samping melahirkan masyarakat yang bergiat aktif khususnya dalam aktiviti keagamaan dengan hasrat menjadikan masyarakat yang syumul dan seterusnya merealisasikan hasrat negara ini untuk menjadi sebuah Negara Zikir.

mlm1

mlm2

mlm3

mlm4

Leave a comment

Filed under Uncategorized