Monthly Archives: July 2014

1 Syahwal, NBD

Hari Raya pertama aku manfaatkan untuk ziarah makam orang tua, khusunya bapa, nenek bini dan adik. Sebelum ke kuburan aku sudah menyediakan aing asah-asahan, kali ini aku tidak membeli kayu asah-asahan khusus, sebaliknya aku hanya menggunakan kayu gaharu dan pewangi daripada Harmain, wanginya sangat semerbak. Aku menggunakan kerana pada hari ke 29 Ramadhan, ketika tidur tengah hari  wawangian  sebiginilah yang membangunkan aku daripada terlajak tidur bagi menjaga waktu sembahyang Asyar berjemaah di masjid.

Kawasan perkuburan di atas bukit, Jahirat Omarali namanya. Angin sentiasa menghembus  membuatkan sesiapa yang ziarah ke makam di situ berasa selesa. Bagi keluarga kami semua makam tidak dibina bakut, kata ibu permakaman di Baqi, Madinah juga tidak didirikan bangunan atau dibakut. Memang ada kelebihannya makam tidak dibakut, makam adikku saja, batu igang hidup segar semakin membesar tahun demi tahun. Hanya di makam beliau saja batu itu hidup segar selain itu tiadak ada makam yang sebegitu di kawasan Jahirat Omarali. Semga Allah mencucuri Rahmat dan Nikmat kepada mereka; ayahnda, nenda dan adik yang berada di alam barzakh dan juga sekelian kaum muslimin dan muslimat yang lainnya. Amin!

mbp1

mbp2

mbp4

mbp3

Advertisements

Leave a comment

Filed under Kenangan, Pilihan

1 Syahwal 1435, Limbang.

Bersempena 1 Syahwal mengikut kiraan falaq maka aku bersolat sunat Eid-Fitri di Masjid Jamie Pekan Limbang. Aku sampai betul-betul sebelum solat sunat didirikan. Usai solat ada beberapa orang pulang tanpa mendengar khutbah malahan ada yang duduk di kawasan peranginan masjid,  berbual-bual  sambil merokok. Mereka mendengar khutbah sambil santai. Di Limbang kedai-kedai masih beroperasi seperti biasa, kecuali kedai makan orang Islam. Namun begitu aku sempat menagar-nagar pagi di Sugar Bun, hanya aku seorang di situ, mungkin orang ramai belum berselera minum pagi se awal jam 8:50 pagi. Para penjaja buah durian sudah mula duduk menunggu pelangan dengan longgokan buah durian di  bahu jalan. Aku tidak tahu tentang harga durian yang dijual, kerana tiada parkir untuk meletak kereta di kawasan tersebut. Oleh kerana tujuaku hanya untuk solat sunat maka aku tidak bercadang untuk membeli belah.

lb9

lb1

lb2

lb3

lb4

lb5

 

Leave a comment

Filed under Kenangan, my

Surau Kg. Tanjong Bunut

Surau Kg. Tanjong Bunut nampak begitu daif jika dibandingkan dengan surau atau masjid di kampung lain di NBD.  Surau yang  dibina pada bulan Februari 1986 di atas tapak tanah seluas 1.27 ekar dan telah siap pada 19 Ogos 1986 dengan jumlah perbelanjaan lebih kurang BND75,649.84. Surau ini adalah hasil kutipan derma orang ramai. Sudah hampir 30 tahun usia surau ini yang telah berjasa  dan memberi khidmat kepada penduduk kampung. Surau ini semakin tua, semakin ketinggalan zaman hatta jika surau ini  dibandingkan dengan surau Kg. Mulaut memang setarap, namun sekarang surau Kg. Mulaut sudah tidak digunakan lagi kerana kampung tersebut telah memiliki sebuah masjid yang baru, yang tinggal masih tetap diguna-pakai sekalipun sudah usang ialah surau kampung ini, Kg. Tanjong Bunut. Memang ada ura-ura untuk membaik pulih malah menaik taraf surau kepada masjid namun semua itu belum kesampaian. Mungkin, berbagai hambatan dan halangan yang membuatkan projek ini terbenkalai. Apa yang dapat disaksikan, longokkan besi keluli serta bahan asas untk membina bangunan ditinggalkan berlongok di kawasn surau.

Kawasan surau agak sempit, sempit untuk membangun masjid yang besar dan luas. Membina masjid di kawasan tersebut memang kurang sesuai kerana masalah kawasan. Membina masjid boleh saja tetapi bagaimana pula kawasan untu letak kereta, memang tidak memungkinkan. Sebab itu agaknya projek pengubahsuaian ditangguhkan.

Setiap bulan Ramadhan, terutama semasa penduduk kampung berjemaah solat sunat Tarawikh, kawasan sekitar masjid dipenuhi kereta, kereta akan berderet di bahu jalan kecil  sehingga ke Kedai Hua Ho. apa yang parah ada kereta yang diletakkan mengalang kereta lain terutama di kawsan masjid. Orang yang menghalang kereta orang lain ini kononnya untuk beribadat, untuk solat sunat tarawikh tetapi menghalang kereta orang lain yang hendak pulang ke rumah setelah solah Isya atau setelah melakukan lapan rakaat sunat Tarawikh. Perkara sebigini bukan hanya berlaku di surau sini, malahan di masjid-masjid lain juga pekara sama terjadi. Bagiku secara peribadi, orang yang menghalanag kereta lain demi semata-mata untuk bersembahyang sunat Tarawikh, mengejar yang sunat, mengejar pahala konon, tetepi menyakiti orang lain adalah amalan yang tidak baik. Kalau hendak melihat orang yang memementingkan diri sendiri, mereka inilah orangnya. Beramal tetapi menyakiti perasaan orang lain. apa ertinya ibadat sedemikan?

stb1

stb2

stb4

stb5

stb3

 

 

Leave a comment

Filed under Kenangan, Renungan

Kampong Glam

Suasana kampung yang sebenar bukan terletak di Kampung Glam atau nama asalnya “Kampung Gelam”. Namun begitu di Singapura, Kg. Glam sudah memadai untuk dipanggil Kampung Melayu. Pada hakikatnya Kampong Gelam ialah sebuah pekan malahan lebih kepada pusat perniagaan  yang dimonopoli oleh orang-orang Islam Singapura. Kampong Glam mendapat gelaran sempena nama ‘Pokok Gelam’ yang terdapat diseluruh Singapura hingga kini . Pada mulanya, Kampong Glam adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di kuala Sungai Rochor. Selang beberpa tahun kampung ini  menjadi kawasan tumpuan malahan penduduk semakin bertambah dan berkembang. Lebih-lebih lagi, menjadi terkenal selepas Sultan Singapura, Sultan Hussein Mohammaed Shah menandatangani perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur pada tahun 1819. Pada tahun 1822 “Pelan Bandar”, Sir Stamford Raffles diperuntukkan  Kampong Glam kepada orang Melayu, Bugis dan Arab

Terdapat pelbagai kawasan atau  lokasi yang menarik di kampung ini. Masjid Sultan, Istana Kampung Glam, Taman Warisan Melayu dan perkampungan tradisional Melayu Kampung Glam antara lokasi menarik yang menyimpan sejuta rahsia khazanah sejarah awal pembentukan Singapura. Semua tempat ini, yang dibina ketika zaman pemerintahan British, dibaik pulih dan diselenggara dengan baik oleh kerajaan Singapura dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Singapura  demi  menjadi sumber hasil pelancongan.

Pada abad ke sembilan belas, Kampong Glam kekal sebagai daerah etnik dengan pengaruh Arab-Melayu yang kukuh. Ia adalah sebuah tempat di mana seseorang akan mengunjungi untuk membeli bahan keperluan dan makanan halal, makanan tradisi orang Arab-Melayu.Kampong Glam, sekarang ini  ditelan sebagai sebuah bandar dagang. Apa yang ku lihat hari ini di Kampong Glam adalah kampung  yang kaya dengan warisan yang diturunkan dari generasi ke generasi. Sesetengah tradisi lama bertahan lama dalam bentuk monumen, perdagangan, budaya dan amalan. Pemuliharaan tempat-tempat ibadat,  rumah-rumah lama, yang masih dalam bentuk asal  manakala yang lain telah diubahsuai.Warisan kekal ini memperlihatkan seni bina dan gaya hidup hari-hari awal sejarah orang-orang Melayu di Singapura. Apa-apa warisan yang kaya dengan pelbagai hanya boleh dicapai melalui semangat toleransi, perkongsian dan ikatan, semua terkandung dalam semangat Kampong Glam.

kg9

kg8

kg7

kg6

kg5

kg4

kg3

kg2

kg1

Leave a comment

Filed under Kenangan

Ramadhan 1435

Bulan Ramadhan bulan yang penuh Rahmat, bulan Keampunan malahan bulan Syorga dihias khusus bagi mereka yang berpuasa demi takarub kepada Allah SWT. Rasulullah SAW beritahu kepada sahabat-sahabat baginda (Redha Allah terhadap mereka) bahawa pada penghujung bulan Ramadhan Allah SWT ampunkan segala dosa mereka yang berpuasa. Sahabat bertanya apakah itu ‘Lailatul Qadar’ Rasulullah SAW beritahu bahawa semua itu bukan lailatul Qadar sebaliknya memang wajar mereka mendapatkannya demi Rahmat Allah SWT bak umpama mereka yang bekerja akan mendapat gaji atau upah daripada tuannya.Syukur Alhamdulillah sudah seminggu kita berpuasa. Kesempatan begini sepatutnya tidak kita sia-siakan, begitulah hari-hari puasa yang kulalui akan ku penuhi dengan zikir, zikir yang maha agung ” LAILAHAILALLAH” dan “Istgfar”.

Al-Quran mesti terus kubaca, baca dan baca. Semakin kubaca, semakin segar dan terus segar. Betul-betul Al-Quran itu mukzizat yang tiada bandingnya. Nah,peluang membaca Al-Quran pada waktu duha kumanfaatkan di Masjid Solehen. Masjid ala-ala Masjid Quba di Madinah. Sekiranya aku ada kelapangan aku mengambil kesempatan pergi beriktikaf di sana walaupun hanya seketika.

Masjid Solehen, masjid yang tergolong masjid elite kerana kedudukannya  berdekatan dengan bangunan JPM. Di sekeliling masjid ditumbuhi pokok kurma yang buahnya sedang ranum. Rumput spesis lalang yang menghiasi taman masjid berbunga ungu dan  berbunga putih. Susunan bunga dan tanaman begitu rapi dan bersih. Sebelum pulang dari iktikaf biasanya aku berjalan-jalan di sekeliling masjid meikmati kebersihan dan keindahan taman masjid.

ms1

ms2

ms3

ms4

ms5

ms6

ms7

ms8

Leave a comment

Filed under my, Renungan