Monthly Archives: November 2009

Expo Pertanian 09

Sehari selepas expo Pertanian diresmikan, aku sudah berada di sana seawal jam 7.30 pagi. Orang masih belum ramai lagi malahan ruang-ruang pameran ekspo baru dikemaskan. Aku meletakkan kereta tidak jauh dari kawasan VIP yang digunakan pada hari peresmian, kalau tidak sudah pasti aku terpaksa berjalan kaki yang agak jauh dari kawasan ekspo.

Kawasan ekspo amat cantik dan mengasyikan. Bunga serta tumbuhan menghiasai bangunan ekspo tersusun kemas dan menarik. Aku meluangkan masa berligar-ligar di kawasan luar bangunan menikmati udara pagi yang segar. Setelah puas melihat beraneka pameran di ruang pamer aku pulang untuk melihat kekawan sepejabat  bermain boling antara rumah-rumah.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Lensa

Kg. Piasan, Lamunin

Ketika aku masuk di Kampong Piasan, aku melihat di kiri kanan jalan, buah rambutan masih bergayutan masak meranum di sepanjang jalan, ada yang berwarna merah dan ada pula yang berwarna kuning. Sepanjang perjalanan ke hujung jalan, pelbagai jenis pokok buah-buahan berderetan berdiri megah. Kampung ini masih asli,  dengan hiasan halaman rumah kebanyakannya  ala-ala tahun 70-an.

Leave a comment

Filed under Lensa

Ke Melilas, Ulu Belait

Hasrat hati untuk ke Melilas, Ulu Belait belum kesempaian. Aku terpaksa berpatah balik kerana aku tidak yakin untuk merentasi tanah berlumpur  serta berlopak. Aku khuatir untuk meneruskan perjalanan memandangkan awan hitam bertompok-tompok menyelubungi kawasan pedalaman. Semasa berpatah balik hujan renyai-renyai mula turun ketika aku sampai di kawasan Merangking. Hujan lebat mencurah-curah ketika aku berada di kawasan Jabatan Perhutanan, Liang. Aku akan ke sana lagi nanti , mungkin pada musim kemarau tahun hadapan.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Memancing di Kuala Sungai Danau

Menikmati hembusan udara segar pada waktu petang tidak dapat digambarkan akan kenikmatannya. Pertembungan antara air laut dengan sungai di kuala sungai Danau menjadi tumpuan para pemancing ikan di Daerah Tutong. Air yang keruh, berwarna kecoklatan memikat hati peminat memancing ikan, biasanya air pasang sebegini ikan-ikan berkeliaran di kawasan kuala sungai. Namun begitu, aku bukanlah kaki pancing, aku ke sini hanya untuk menikmati keindahan Kuala Sungai Danau.

Leave a comment

Filed under Lensa

Tarian Asli

Seronok juga menyaksikan tarian tradisi, daripada irama lemah gemalai yang serba sopan hinggalah ke tarian yang rancak dan tangkas dipertandingkan. Tambahan suasana yang hiruk pikuk di Mall Gadong menambahkan lagi kemeriahan Pertandingan Tarian Asli Sekolah-Sekolah Menengah Senegara.

Leave a comment

Filed under Lensa

Puteri Norizah

Kredit perlu diberikan kepada persembahan Puteri. Persembahan Puteri begitu mantap dan bersahaja malahan aku tidak melihat orang yang paling bergaya dan relaks dalam persembahan melainkan puteri ketika malam Anugerah Pelangi III. Mikap artis yang membuatkan Puteri nampak anggun daripada biasa juga perlu diberi kredit.

putri1

putri2

Leave a comment

Filed under Juara

Dk Aimi

Dk. Aimi memang berbakat dalam hal menggesek viola, aku pernah mendengar gesekan merdu violinnya pada tahun 2005. Orangnya senang memberikan senyuman, bijak  serta bersopan.

aimi1

aimi2

Leave a comment

Filed under Juara