Kehijaun Tercemar

Berada di hutan belantara amat menyeronokkan. Udara segar serta dodoian unggas sebagai terapi menambahkan ketenangan. Tengah hari tadi   Mimbar Jumaat mewar-warkan dan mengingatkan orang rami agar menjaga  kehidupan flora dan fauna. Mimbar menyentuh yang kerosakan di bumi ini berpunca daripada tangan-tangan manusia, sehinggakan undang-undang sudah diperuntukkan bagi mereka yang memburu binatang kawalan begitu juga tentang menebang atau mengambil pokok-pokok hutan di kawasan hutan simpan.

Apa yang mengelirukan, mimbar menggalakkan pula orang kampung atau peniaga mempromosikan hasil perhutanan seperti hasil rotan, madu lebah, herba dan yang lainnya. Sedangkan sumber alam ini didapati dari hutan, mana mungkin dapat di halaman rumah, lain halnya kalau sudah dicambah atau dijadikan ladang komersial. Bagi para pemburu amat meresahkan mendengar khutbah sedemikian, kalau sekadar berburu pelanduk untuk santapan keluarga sudah dilarang ditambah dengan dalil  ayat al-Quran  seolah-olah berburu itu amalan yang diharamkan. Sedangkan sudah sejak berabad-abad dahulu hidup datuk nenek kita mencari nafkah dengan berburu, belum pupus pula pelanduk. Apakah akan timbul fatwa makan hasil buruan itu haram kerana binatang tersebut sudah diwartakan sebagai binatang kawalan. Aku masih ingat ketika kelas agama dahulu ustaz mengajar kaedah berburu cara Islam dan seterusnya cara menyembelih binatang buruan. Ini membuktikan dalam Islam berburu tidak haram malahan diharuskan. Dalam Islam kita boleh berburu menggunakan binatang yang terlatih seperti helang, anjing dan yang lainnya sebagai teman berburu.

Apakah binatang buruan akan pupus? Mungkin saja, sesungguhnya Allah SWT boleh melenyapkannya malahan sebaliknya Allah SWT boleh menambahkannya demi rezeki orang yang berusaha dan berburu. Apa yang menjadikan binatang itu seolah-olah pupus ialah binatang sudah berhijrah ke hutan belantara yang lebih jauh mungkin saja ke hutan kalimantan, Sabah atau Sarawak. Memang kita tidak nafikan ada juga peneroka-peneroka haram yang menebang hutan belantara untuk dijadikan pulau buah-buahan atau dusun buah-buahan tapi yang lebih dahsyat ialah para pembalak yang dibenarkan oleh kerajaan sendiri serta projek empangan yang menyebabkan rosaknya flora dan fauna.  Aku semakin hairan tentang isi teks khutbah akhir-akhir ini, adakalanya tidak sesuai untuk khutbah Jumaat yang mulia. Apakah penulis teks khutbah ini ulama yang soleh atau hanya lulusan universiti yang  hanya duduk di ofis sabagai jurufikir dan jurutulis teks khutbah sesuai dengan tema yang dipilih. Aku ingin sekali mendengar khutbah yang ada Roh! sebagaimana khutbahnya Rasulullah SAW dan para sahabat baginda radialhuanhumazmain.

Hutan belantara yang indah, bagi penggemar hutan sudah pasti akan tenang melihat keindahan alam semula jadi.

Pemandangan dari atas bukit. Di kejauhan hutan rimba embun pagi menambahkan lagi dingin serta oksegen yang segar.

Batu karang yang dulunya indah dengan air yang hijau kini berwarna coklet beserta tanah kuning, ini semua demi atas nama pembangunan negara.

Hutan rimba yang sudah digondol beserta sungai yang suram.

Ampangan dalam pembinaan. Sebahagian daripada kawasan di sana akan ditenggelami air.

Air wasai yang tercemar oleh peneroka.

Kawasan air terjun yang tiada lagi berseri.

Bukit bukau yang digondol.

Leave a comment

Filed under Pilihan, Renungan

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s