Monthly Archives: March 2013

Wasai Buang Tekuruk

Tidak jauh dari kawasan PTE Katok terletak Wasai Buang Tekuruk, wasai yang lebih luas daripada wasai-wasai yang lain di sekitar kawasan tersebut. Dikatakan terdapat tujuh buah wasai berada di hutan tersebut. Agak mengelirukan juga untuk mencari wasai tertentu kerana di bahagian luar semasa mula masuk ke dalam hutan tertulis beberapa nama wasai manakala di bahagian dalam hutan nama wasai pula tercatat beberapa nama wasai yang lain. Mengelirukan.  Aku berada di kawasan tersebut lebih kurang 3 jam mengharungi jalan rantis walaupun pada hakikatnya kawasan wasai tidak begitu jauh dari tempat letak kereta, hanya sanya aku berjalan membawa peralatan kamera menuju ke buhur bukit yang menghala ke takungan air Tanjung Bunut agak memenatkan. Setelah berpatah balik ke wasai aku berhasrat untuk mandi di wasai Betangga, wasai yang masih baik, bersih dan airnya mengalir deras di antara wasai yang ada di kawasan tersebut, namun hasrat itu kubatalkan kerana pada masa tersebut  PIBG PTE Katok juga membuat lawatan di kawasan tersebut.

Aku melawat beberapa kawasan , bongkah batu, aliran sungai yang menyejukan mata memandang sepanjang rantis yang disediakan, cuma aku tidak tahu nama-nama kawasan atau wasai tersebut kerana tiada tanda atau nama tertulis di wasai tersebut bagi kemudahan para pengunjung.  Setelah puas memfoto aku berangkat ke Bukit Silat, bukit yang agak landai dan tinggi. Terasa juga penat ketika mendaki  bukit tersebut. Pamandangan dari atas bukit ini nampak jelas kawasan Jerudong, dan kampung di sekitarnya.

wk1

wk2

wk3

wk4

wk5

Advertisements

3 Comments

Filed under Kenangan