Monthly Archives: March 2012

Kehijaun Tercemar

Berada di hutan belantara amat menyeronokkan. Udara segar serta dodoian unggas sebagai terapi menambahkan ketenangan. Tengah hari tadi   Mimbar Jumaat mewar-warkan dan mengingatkan orang rami agar menjaga  kehidupan flora dan fauna. Mimbar menyentuh yang kerosakan di bumi ini berpunca daripada tangan-tangan manusia, sehinggakan undang-undang sudah diperuntukkan bagi mereka yang memburu binatang kawalan begitu juga tentang menebang atau mengambil pokok-pokok hutan di kawasan hutan simpan.

Apa yang mengelirukan, mimbar menggalakkan pula orang kampung atau peniaga mempromosikan hasil perhutanan seperti hasil rotan, madu lebah, herba dan yang lainnya. Sedangkan sumber alam ini didapati dari hutan, mana mungkin dapat di halaman rumah, lain halnya kalau sudah dicambah atau dijadikan ladang komersial. Bagi para pemburu amat meresahkan mendengar khutbah sedemikian, kalau sekadar berburu pelanduk untuk santapan keluarga sudah dilarang ditambah dengan dalil  ayat al-Quran  seolah-olah berburu itu amalan yang diharamkan. Sedangkan sudah sejak berabad-abad dahulu hidup datuk nenek kita mencari nafkah dengan berburu, belum pupus pula pelanduk. Apakah akan timbul fatwa makan hasil buruan itu haram kerana binatang tersebut sudah diwartakan sebagai binatang kawalan. Aku masih ingat ketika kelas agama dahulu ustaz mengajar kaedah berburu cara Islam dan seterusnya cara menyembelih binatang buruan. Ini membuktikan dalam Islam berburu tidak haram malahan diharuskan. Dalam Islam kita boleh berburu menggunakan binatang yang terlatih seperti helang, anjing dan yang lainnya sebagai teman berburu.

Apakah binatang buruan akan pupus? Mungkin saja, sesungguhnya Allah SWT boleh melenyapkannya malahan sebaliknya Allah SWT boleh menambahkannya demi rezeki orang yang berusaha dan berburu. Apa yang menjadikan binatang itu seolah-olah pupus ialah binatang sudah berhijrah ke hutan belantara yang lebih jauh mungkin saja ke hutan kalimantan, Sabah atau Sarawak. Memang kita tidak nafikan ada juga peneroka-peneroka haram yang menebang hutan belantara untuk dijadikan pulau buah-buahan atau dusun buah-buahan tapi yang lebih dahsyat ialah para pembalak yang dibenarkan oleh kerajaan sendiri serta projek empangan yang menyebabkan rosaknya flora dan fauna.  Aku semakin hairan tentang isi teks khutbah akhir-akhir ini, adakalanya tidak sesuai untuk khutbah Jumaat yang mulia. Apakah penulis teks khutbah ini ulama yang soleh atau hanya lulusan universiti yang  hanya duduk di ofis sabagai jurufikir dan jurutulis teks khutbah sesuai dengan tema yang dipilih. Aku ingin sekali mendengar khutbah yang ada Roh! sebagaimana khutbahnya Rasulullah SAW dan para sahabat baginda radialhuanhumazmain.

Hutan belantara yang indah, bagi penggemar hutan sudah pasti akan tenang melihat keindahan alam semula jadi.

Pemandangan dari atas bukit. Di kejauhan hutan rimba embun pagi menambahkan lagi dingin serta oksegen yang segar.

Batu karang yang dulunya indah dengan air yang hijau kini berwarna coklet beserta tanah kuning, ini semua demi atas nama pembangunan negara.

Hutan rimba yang sudah digondol beserta sungai yang suram.

Ampangan dalam pembinaan. Sebahagian daripada kawasan di sana akan ditenggelami air.

Air wasai yang tercemar oleh peneroka.

Kawasan air terjun yang tiada lagi berseri.

Bukit bukau yang digondol.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Pilihan, Renungan

Sinarubai

Embun pagi masih damal. Pepukat labah-labah bertompokkan di sana sini di kawasan hujung jalan Kampong Sinarubai. Siulan burung di merata arah. Damai sekali. Di sebalik belukar di hujung jalan terselindung kawasan  paya dan anak sungai. Beberapa rumpun pandan hutan sudah menghasilkan buah yang belum pernahku lihat sebelumnya. Beraneka jenis bunga liar melata di bahu jalan. Sunyi sepi… damai!

Leave a comment

Filed under fotorafi

Taman Haiwan Liar Lok Kawi

Taman Hidupan Liar Lok Kawi merupakan sebuah taman perlindungan yang terletak di Sabah, Malaysia. Taman Hidupan Liar Lok Kawi terletak di Putatan, hanya kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar raya Kota Kinabalu.

Taman Hidupan Liar Lok Kawi yang berkonsepkan dua jenis taman iaitu zoologi dan botani, telah dibuka secara rasmi pada Mac 2007 dengan memiliki keunikan dan keistimewaan sendiri kerana taman seluas 112 hektar itu ditempatkan di kawasan hutan semula jadi iaitu tempat habitat asal haiwan tersebut.

Ia dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang dan kadar bayaran yang dikenakan ialah RM10 untuk dewasa, RM5.00 (kanak-kanak), manakala bagi pelancong asing, dewasa dikenakan RM20 dan kanak-kanak (RM10).

Bagi Sabah, taman berkenaan berpotensi dijadikan tarikan baru kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara berikutan keunikan haiwan-haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan spesies Borneo yang ditempatkan di situ. Terdapat haiwan yang berasal dari Borneo seperti orang utan, monyet Belanda, gajah terkecil di dunia iaitu gajah Pygmy serta spesies badak yang hampir pupus – Badak Sumbu Sumatera dan sebagainya yang dipamerkan di zoo di situ.

Melawat  ke taman   yang paling sesuai ketika jam 10 pagi atau  jam 3 petang kerana pada waktu sebegini diadakan persembahan atau pertunjukan haiwan yang sangat luar biasa. Persambahan menarik antaranya ialah sayembara antara haiwan vs manusia; orang utan akan berlawan dengan penonton siapakah yang lebih cepat atau pintar dalam hal menggolek /mengeluarkan objek dari kaca, yang sudah pasti orang utan akan menjuarainya begitu juga juara akan berpihak kepada orang utan dalam pertandingan siapa cepat selesai mengopek sabut kelapa. Ikut serta dalam persembahan ialah burung kakak tua, ular dan burung kenyalang.

Leave a comment

Filed under fotorafi, Lensa

Empangan Belabau

Air yang bersih, udara segar amat penting dalam kehidupan. Lubuk Ning di Belabau dulunya merupakan tempat yang tidak tercemar, indah, bersih lagi menyegarkan. Kehidupan flora dan fauna tiada tercabul. Kini, dikeranakan projek ampangan air kawasan tersebut sudah semakin pudar dan kotor lebih-lebih lagi di kawasan hilir projek. Airnya sentiasa bercampur tanah kekuningan, di batu karangan tiada lagi keindahan, tiada air jernih mengalir, yang ada hanya air yang tercemar.

Di bahagian hulu Lubuk Ning, Belabau jauh lebih indah.  Air yang jernih, siulan burung, dodoian tangil yang boleh menjadi sumber terapi sungguh sesuai untuk menyegarkan minda. Semoga kehijauan hutan; flora dan fauna ini sentiasa terjaga dan tidak dicabuli sewenang-wenangnya.

Kawasan bukit bukau yang digondol demi projek ampangan air. Apabila ampangan ini siap sebahagian kawasan akan ditenggelami air.

🙂 selipar kutinggalkan sebelum berandam di kawasan wasai.

Titisan air dari lubang yang berada di lereng bukit.

Air terjun di hulu projek ampangan air, tidak mustahil kawasan ini akan ditenggelami air apabila, projek ampangan air sudah selesai.

Air yang jernih, ikan-ikan begitu nampak jelas berenang bebas di kawasan wasai.

Projek empangan air masih dalam pembangunan.

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan

Pantun: Si Burung Helang si Burung Selangkir

Burung helang kuning matanya,
Hinggap di pohon saga-saga;
Hidup di dunia ada matlamatnya,
Untuk ke akhirat berjaga-jaga.

Burung selangkir merah matanya,
Hinggap di payung siubur-ubur;
Mungkar-nangkir datang betanya,
Apa jawabnya di dalam kubur.

Burung helang si burung selangkir,
Si mata kuning si mata merah;
Hidup kita biar berfikir,
Jangan menyesal yang tiada sudah.

Leave a comment

Filed under Lensa

Sibu

Sibu bolehlah dikatakan sebagai kota Iban. Bahasa Iban menjadi bahasa dominan untuk berkomunikasi, bukan sekadar orang Iban malahan juga bagi puak dan bangsa lain, mereka fasih berbahasa Iban. Selain kota Iban, amat jelas Sibu juga didominan oleh agama Kristian. Gereja di tengah kota Sibu berdiri megah menandakan agama Kristian bertapak kuat di sana jika dibandingkan dengan agama Islam, masjid jamek Sibu begitu kerdil terselindung di sebalik bangunan kosmopolitan tidak ubah umpama surau kampungan.

Bandar Sibu kalau dulu terkenal dengan kota gengster, kerana ramai penjenayah yang dibuang daerah ditempatkan di Sibu. Namun akhir-akhir ini kota Sibu semakin bersih daripada kes jenayah. Orang-orang yang menatap di sana ramah tamah, suka berbual mesra terutama para peniaga. Seawal pagi para peniaga yang tidak mempunyai tempat tetap berniaga sudah sibuk menyediakan tempat berniaga sementara di luar kawasan pasar rakyat.

Beraneka jenis hasil pertanian dijual di pasar basah, aku sempat membeli buah mata kucing hijau, udang galah untuk kubawa pulang, udang galah sungai Rajang yang besar memang popular di Sibu. Aku sempat membeli beraneka ramuan kayu dengan harga yang berpatutan daripada peniaga berketurunan Iban. Penjual ramuan herba begitu asyik menceritakan tentang pengalamannya sebagai pencari herba akar-akar dan pokok-pokok kayu asli di kawasan hutan Sarawak malahan dia pernah berguru dengan orang Islam antara isi pelajaran yang tertara pada carikan kertas yang disimpan dalam dompetnya ialah tentang membenarkan akan  Allah SWT sebagai Tuhan yang Esa dan kenabian Nabi Muhammad SAW.

Selain membeli belah di kawasan pasar basah, berderetan kedai juga menjual barang keperluan yang berpatutan harganya. Sekiranya hendak bersarapan pagi atau minum petang, minum teh tarik dan roti canai di kawasan gerai bulat yang pemiliknya terdiri daripada orang Melayu beragama Islam begitu enak sekalipun kawasan di sana begitu terhad. Makan di KFC atau di Suger Bun sudah memadai sekiranya kita mahu menjaga kebersihan dan kesihatan, selain makan di restoran Nyonya milik Indian Muslim di kawasan bangunan HSBC juga antara restoran yang terbaik di Sibu.

Di bahagian sungai Rajang kita dapat menyaksikan berbagai aktiviti orang tempatan yang turun naik di pelabuhan ferri. Ada juga beberapa orang meluangkan masa memancing di kawasan peranginan  sepanjang sungai Rajang. Selain bandar Sibu yang asal terdapat juga kawasan baru yang di kenali sebagai Sibu Jaya namun begitu Sibu Jaya tidaklah seluas dan sehebat bandar Sibu.

 

1 Comment

Filed under Kenangan, Lensa, Rencana

Nostalgia: Persilatan

Mengimbau kenangan penuh dengan nostalgia, pada suatu ketika dahulu dalam tahun 90-an aku pernah terjun dan aktif di alam persilatan malahan pernah menjawat sebagai setiausaha PERSIB bagi daerah Tutong. Pada asasnya ketika di bangku sekolah menengah aku mempelajari seni bela diri, Tae Kwan Do kemudian beralih ke seni mempartahankan diri Karate  malahan ada waktunya aku mempelajari seni beladiri dari seorang  Cina yang berkerakyatan Canada, oleh kerana beliau pulang ke Canada aku, abang, adikku  dan rakan sepeguruan hanya sempat mempelajari asas ninjatsu.

Aku juga sempat belajar asas silat cakak asli dan kuntau daripada nenda Hj. Pakar dan juga daripada Allahyarham Liau Rajab untuk persilatan Harimau Campa. Pada tahun 90-an aku aktif  bersama pertubuhan persilatan; Badan Seni Silat Kebudayaan Melayu (BASSIKAM) sehinggalah aku menyisihkan daripada alam persilatan setalah bertugas di Singapura. Namun begitu, sebagai anak Kedayan seni silat dan ilmu mistik sudah pasti menjalar di urat sarafku.

Foto kenangan ketika mewakili Daerah Tutong beserta rakan seperjuangan daripada Perguruan Tapak Suci yang juga mewakili daerah Tutong bagi pertandingan silat senagara.

Bergambar bersama pasukan Daerah Tutong setelah pertandingan silat.

Mempersembahkan Seni Silat ketika KDYMM bercemar duli di Daerah Tutong.

Gambar Kenangan bersama teman seperguruan aliran BASSIKAM.

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan