Monthly Archives: March 2014

Taman Agro Teknologi, Tungku

Keindahan Taman Agro Teknologi Brunei yang terletak di Kampung Tungku, menempatkan beraneka flora dan fauna. Ada yang luar biasa, ada yang biasa malahan ada tumbuhan yang hanya rumput-rumpai yang tumbuh melata tetapi diusahakan, dirawat dan dibelai dan akhirnya dijual dengan harga yang seolah-olah tidak berpatutan, kerana tumbuhan tersebut banyak tumbuh berjuritan di negara ini, namun setalah dicambah dan dirawat di taman ini, maka harga dan nilainya melambung tinggi. Di taman ini  tumbuhan menghijau, begitu juga  haiwan, yang ditempatkan di taman ini hidup dengan penuh harmoni. Taman ini sentiasa menerima ramai pengunjung bukan saja dari penduduk tempatan, malah juga dari luar negara, dibuka untuk pengunjung pada jam 6 pagi dan tutup pada jam 6 petang.

Apabila pengunjung masuk saja ke taman ini, ada baiknya membawa payung kerana  taman ini, taman terbuka, agak panas setelah jam 9 pagi sehingga petang. Kalau ada kereta buggy atau bus yang telah disediakan Alhamdulillah bolehlah juga melihat pemandangan yang seluas mata memandang sambil santai, jika tidak bersedialah untuk berjalan menyusuri denai dan lorong perjalanan yang telah disediakan.  Memang, cara terbaik bagi menikmati keindahan taman ini ialah dengan berjalan kaki.

tb1

tb2

tb3

tb5

tb4

tb6

tb9

tb7

tb8

Advertisements

Leave a comment

Filed under fotorafi, Lensa, Rencana

Ponkesdes, Gendi langit

Kampong Ponkesdes terletak di Gendi Langit dibawah Pemerintah Kabupaten  Magetan, Jawa Timur. Cuaca di Ponkesdes begitu dingin. Hujan acap kali membasahi bumi. Penduduknya ramah tamah, ramai daripada penduduknya beragama Hindu namun sudah ramai juga yang menganut agama Islam setelah kedatangan pendakwah ke kawasan tersebut. Beberapa orang penduduk yang beragama Islam menceritakan, sebelum Islam mereka menyembah alam, pokok-pokok, batu-batu dan apa jua  benda yang dianggap keramat. Di kawasan puncak kampung masih kokoh terbina makam orang yang dikeramatkan atas jasa membuka kampung tersebut, Beliau juga penganut agama Hindu.

Di Ponkesdes aku sempat berkenalan dengan orang tempatan, yang mana beliau telah memberiku sepohon pisang yang berbuah masak hijau, katanya pisang itu hanya tumbuh di kawasan pergunungan. Alhamdulillah pisang tersebut sedang subur di halaman rumah. Selain itu, dua orang sahabat dari Pasentren Al-Fattah bergabung selama beberapa hari; Maulana Wahab tenaga pengajar Shahih Bukhari dan Syekh Ibrahim dari Yaman juga seorang alim yang katanya berazam untuk bermastautin di Indonesia. Ketika aku hendak pulang ke Brunei, aku mendengar khabar beliau sedang melakukan suluk di Temboro. Selain daripada dua orang tersebut seorang lagi teman yang sentiasa bersama kami ialah Ismail Torrie dari Afrika yang fasih berbahasa Perancis, Orangnya menyenangkan, bersopan santun dan lemah lembut.

Selama beberapa hari di Ponkesdes, aku dapat menyaksikan keindahan alam semula jadi, udara yang segar, air yang sejuk lagi jernih, tumbuhan menghijau, buah-buahan dan sayur-mayur yang segar-bugar.

Subhanallah. Alhamdulillah.

pt1

pt2

pt3

pt4

 

pt7

pt10

 

pt5

pt9

pt8

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan, Pilihan, Rencana

Taman Rekreasi Bukit Hitam

Taman Rekreasi Bukit Hitam terletak tidak jauh dari pekan Limbang. Untuk sampai ke tempat tersebut hanya memakan masa beberapa minit, oleh kerana jalan kecil yang berbatu-batan membuatkan kenderaan terpaksa dipandu perlahan apatah lagi, jalan yang dilalui merentas kebun / pulau buah-buahan penduduk tempatan. Berbagai kemudahan telah disediakan bagi kemudahan orang awam, tandas, bilik mandi malahan disediakan juga tempat menyalai BBQ. Di bahagian dalam pondok-pondok tempat berehat juga telah disediakan. Kawasan tersebut memang sesuai untuk berekreasi,bermandi-manda dan beriadah.

Apa yang menjadi kekesalan bagiku hanyalah sikap sebahagian pengunjung yang tidak menjaga kebersihan kawasan peranginan. Sampah sarap dilonggokkan dan ditinggalkan begitu saja. Semoga setiap pengunjung sama-sama peihatin menjaga kebersihan kawasan tersebut.

ssbh1

bh2

bh3

bh4

bh5

bh6

bh7

bh8

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan

Nak Pulau, Bukit Kukup

Pertama kali aku menuju ke Nak Pulau embun masih melekat di daunan dan rerumput, masih waktu pagi. Nak Pulau  terletak di Kg. Bukit Udal, di banjaran bukit Kukup. Kawasannya tidaklah seluas mana, hanya terdapat air atau tasik kecil di tengah-tengah kawasan peranginan tersebut. Kawasan peranginan begitu menyegarkan, tumbuh-tumbuhan yang menghijau, pokok renek dan belukar yang tumbuh melata menghiasi kawasan yang menghijau. Katika mengeliling tasik aku menyaksikan terdapat sebuah perigi yang bercirikan perigi tradisi orang Melayu / Dusun. Airnya jernih,dingin lagi redup dilindungi atap zink, namun disebabkan tanah dan akar yang menyelubungi perigi berwarna gelap maka air perigi juga terpengaruh kehitaman. Apabila diceduk menggunakan batok yang disediakan airnya tetap jernih. Di bahagian belakang taman terdapat beberapa jenis tanaman atau pulau buah-buahan.

Di tengah tasik terdapat Bangkar (rumah rakit) yang terapung-apung di atas air  dengan keluasan 26 kaki panjang dan 13 kaki lebar. Bangkar ini pernah digunakan semasa Pesta Air sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan NBD yang ke 60 tahun di Daerah Tutong pada tahun 2006.

nk2

nk3

nk4

nk5

nk6

nk7

nk8

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan, Lensa

Menara Canton

Menara Canton atau Canton Tower di Guangzhou sebelum ini dikenali sebagai Haixin Tower. Selain itu, menara ini dikenali juga sebagai Guangzhou TV & Sightseeing Tower. Ia adalah sebuah menara pemerhati di Daerah Haizhu yang menggambarkan Guangzhou sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan menarik. Aku menyempatkan diri naik di menara memerhatikan bandar raya di sekitar kawassan tersebut. Sungguh indah.

Menara Canton adalah menara tertinggi di China dan merupakan struktur “freestanding” keempat tertinggi di dunia. Ia juga merupakan menara televisyen yang tertinggi di dunia dengan 108 tingkat. Menara ini mempunyai 37 tingkat dengan program termasuk ruang untuk pameran, pusat persidangan, panggung wayang, restoren, taman luar berserta kafe, dan dek untuk meninjau sekeliling bandaraya Guangzhou. Bayaran untuk naik ke atas ada beberapa pakaj dan yang paling murah 150 yuan.

mc1

mc2

mc3

mc4

mc7

mc5

mc8

mc6

mc9

Leave a comment

Filed under Kenangan, Lensa

Masjid Huaisheng, Guangzhou

Masjid Huaisheng adalah masjid tertua yang berumur 1.300 tahun dan bersejarah di Guangzhou, China. Meskipun berusia ribuan tahun, masjid ini  masih utuh, sangat klasik lagi indah.

Masjid yang dibangun pada tahun 678 M ini terletak di Jalan Guang Ta Lu, Koya Guangzhou, Provinsi Guangdong. Daripada bentuk fisikalnya, masjid ini tidak seperti masjid pada umumnya. Masjid Huaisheng ini tidak memiliki kubah, malahan dikelilingi oleh tembok berwarna merah dengan gapura yang bertuliskan huruf-huruf China.

Masjid ini memiliki menara atau yang dalam bahasa China disebut ‘Minaret’ yang terletak di bagian depan, samping kanan pintu masuk. Menara inilah yang tersisa dari bangunan yang dibangun pada abada ke-7  masihi. Menara setinggi 36 meter dengan diameter 8,7 meter ini  dibeberapa bagiannya telah mengelupas dan ditumbuhi perdu.

Selain menara, masjid ini juga memiliki bangunan gapura yang bertuliskan bahasa Arab, toko alat ibadah, pusat kegiatan, dan dokumentasi sejarah masjid tersebut.

Aula yang menjadi tempat ibadah utama berada di bagian belakang masjid. Sedangkan di bagian belakang aula tersebut terdapat ruangan khusus untuk pameran souvenir dari berbagai negara berupa Al-quran dan artifak yang laii.

Kompleks masjid seluas 3.800 meter persegi, seni binanya berunsurkan bangunan tradisi China seperti lekukan atap dan ornamen di dindingnya. Namun beberapa baghaiannya terdapat tulisan Arab.

Lokasi di sekitar masjid ini merupakan kawasan padat dengan banyak pasar mini dan toko-toko. Tidak ramai orang muslim yang tinggal di kawasan itu. Jika ada pun, kebanyakan daripada mereka ialah warga negara asing. Namun begitu restoran halal yang besar terdapat di kawasan tersebut hanya beberapa blok  dan membelok ke kiri dari masjid tersebut.

Di kota yang Guangzhou, Islam pertama kali dibina di China oleh sahabat Nabi Muhammad saw, Saad bin Abi Waqash r.u . Saad r.u datang pada awal masa pemerintahan Dinasti Tang 627-649 M. Ketika pertama kali sampai di Cina beliau membangun masjid di kawasan ini dan  dilanjutkan oleh kaum Muslim dan beberapa dinasti.

hg6

 

hg1

hg2

hg3

hg7

hg4

hg9

hg5

hg8

hg10

 

 

 

1 Comment

Filed under Kenangan, Sejarah