Monthly Archives: March 2010

Three Brothers

Saudaraku:  Baharum, Ali Shahrin  dan Dahalan ketika di Nyamoknying (moknying) Belabau, Ulu Tutong.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Kenangan

Latihan Tentera Muara Kem

Semasa aku beriadah di pantai Muara kelmarin, secara kebetulan latihan tentera sedang dilakukan oleh tentera laut ABDB.  Mereka membuat latihan  di sekitar Kem Tentera Muara, Pantai Serasa dan di pesisiran pantai  kawasan sekitarnya.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Pantai Serasa: Infrared

Senja di pantai Serasa…

Aku menggunakan filter infrared n72 …

Leave a comment

Filed under Lensa

Buah Bonglai

Buah bonglai bukanlah spesis buah yang bolah dimakan. Bonglai biasanya tumbuh di kawasan paya. Rasanya kelat, aku tidak tahu apakah kegunaanya selain daripada digunakan sebagai peluru senapang buluh (alat permainan kanak-kanak zaman dahulu). Senapang buluh bukanlah seperti membuat meriam buluh yang selalu dilakukan semasa menyambut Hari Raya Aidil Fitri, senapang ini mirip dengan senapang pam air buluh, hanya saiznya agak kecil sesuai dengan saiz buah bonglai.

Buah yang berwarna ungu aku kurang jelas namanya, adakah ia buah ubah atau bukan. Buah-buahan ini kufoto di kawasan ladang kelapa komersial, kampung Junjongan.

Leave a comment

Filed under Lensa

Infrared

Mengambil gambar menggunakan infra merah belum popular di negara ini. Aku berminat memfoto menggunakan  lensa infra merah setelah melihat foto-foto dari majalah luar negara yang begitu menarik.  Memfoto menggunakan lensa infra merah tidak begitu sukar hanya memerlukan kemahiran mengendalikan kamera. Apa yang mustahak selain daripada lensa infra merah, tripod dan remote kontrol juga diperlukan jika hendak memfoto menggunakan lensa infra merah.

Leave a comment

Filed under Lensa