Batu Sahabat, Tungku.

Kawasan Batu Sahabat di Kampong Tungku diliputi hutan renek serta berlumpur, semua ini disebabkan oleh pembangunan. Jalan raya yang sedang dalam pembinaan merentasi Kg. Katok hingga ke Kg. Jerudong menciptakan demensi baru. Kawasan Batu Sahabat yang dulunya kawasan tempat persinggahan malahan tempat bersamayam orang kenamaan  kini tiada rupa. Khabarnya dulu kawasan Batu Sahabat terdapat batu bongkah berbentuk segi empat sebagai mercu kawasan Batu Sahabat, sekarang sudah tiada.  Kini yang ada; Jalan Raya sedang dalam pembinaan, Tiang-tiang mega elektrik, tanah pasir yang berlumbur serta tasik biru. Sebagai ristaan kupetik rencana tentang Orang Kaya Haji Dollah yang berkaitan dengan Batu Sahabat daripada http://mpktungkukatok.blogspot.com

Asal namanya ialah Tujuh bin Ladi. Beliau di gelar oleh Sultan Hashim dengan gelaran Orang Kaya Haji Dullah. Orang Kaya Hj Dullah adalah antara Menteri Empat. Beliau hidup dalam akhir kurun ke-19. Kawasan pentadbiran beliau ketika itu seluruh Brunei Muara kecuali Kampong Ayer. Beliau meninggal pada tahun 1930an. Beliau dikuburkan di Pulau Sengkurong Kampong Tungku. Antara sejarah yang terkenal mengenai beliau ialah:
1. Mempunyai ilmu yang luar biasa kehebatannya.
2. Boleh bersembunyi di sebalik sehelai daun.
3. Kebal.
4. Peluru senapang musuh boleh menjadi air.
5. Tidak nampak di gambar.
Beliau merupakan pejuang yang menentang kehadiran British di Gadong. Beliau enggan menerima idea British yang hendak membuka Estate getah di Gadong. Beliau tidak mahu Tanah di ekar-ekar (diberi Geran). Setiap rancangan British di Gadong digagalkan oleh Orang Kaya Haji Dullah dengan berbagai cara. Umpamanya menakut-nakutkan orang-orang perantis. Membuang batu tanah dan berbagai-bagai penentangan beliau lakukan.
Orang Kaya Hj Dullah mempunyai seorang Penglima bernama Penglima Berudin. Kerana penentangan beliau dengan kuncu-kuncunya pihak British memerintahkan supaya Beliau ditangkap. Tetapi Orang Kaya bukan sembarangan orang. Rumah beliau pernah dikepong beberapa kali oleh pihak British tetapi tidak berjaya menangkapnya. Oleh kerana ketenteraman rumah beliau selalu diganggu lalu beliau melarikan diri ke Batu Sahabat di Kampong Tungku. Orang kaya bersembunyi disana kira-kira 3 bulan. Orang yang menghantar makanan setiap hari ialah Merali bin Jumahat iaitu anak kemenakan Orang Kaya Hj Dullah. Setiap kali selepas menghantar makanan, setelah beberapa langkah ia berpusing kebelakang Orang Kaya Hj Dullah sudah tidak nampak dilihat.
Pihak British berasa sangat marah kerana usaha menangkap Orang Kaya Hj Dullah tidak pernah berjaya. Mereka sudah tidak boleh bersabar lagi dan akhirnya seluruh Kampong Katok dan Tungku hendak dibakar sekiranya Orang Kaya Hj Dullah tidak menyerah diri. Kerana sayangkan kampong dan anak-anak buahnya beliau pun menyerah diri.
Oleh kerana pihak British tahu Orang Kaya tidak mati dibunuh, mereka berniat hendak membuang beliau ke Negeri Colombo (Sri Lanka). Setibanya kapal di Labuan, kapal mereka pun rosak sehingga beberapa hari lamanya. Setelah Orang Kaya Hj Dullah diturunkan baru kapal tersebut boleh belayar. Orang Kaya Hj. Dullah bermastautin di Labuan sehingga habis Bonnya. Setelah tua dan uzur, beliau di bawa oleh anak buahnya balik ke Brunei. Beliau meningal di Kampong Katok Tungku.

Leave a comment

Filed under Kenangan, Rencana, Sejarah

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s