Pekan Bintulu

Pembangunan di Bintulu begitu pesat. Banyak bangunan kormersial sudah dibina beberapa kilometer dari pekan Bintulu. Jalan pantai Miri- Bintulu  yang lebih selesa membuatkan perhubungan untuk sampai ke Bintulu lebih mudah. Namun begitu terdapat juga jalan yang bergelombang dan tidak menyenangkan terutama di kawasan   Sibuti dan yang sewaktu dengannya. Lemang yang dijual di pondok simpang jalan di kawasan ladang kelapa sawit begitu sedap terutama untuk mengalas perut agar tidak berkeroncong semasa dalam perjalanan Miri-Bintulu, Lemang berinti daging atau udang buatan orang Kedayan sungguh menyelerakan, tidak cukup hanya membeli sebatang dua lemang kerana harganya berpatutan tambahan lemangnya yang enak.

Pekan Bintulu sudah tersorok oleh kepesatan pembangunan. Bangunan kosmopolitan terletak di sisi jalan sebelum sampai ke pekan Bintulu  berdekatan kawasan masjid baru, Masjid Assyakirin. Kawasan shopping kompleks  berderetan megah dengan jalan  raya yang bersistem satu hala membuatkan kita sukar untuk mencari di manakah letaknya pekan Bintulu, terutama mereka yang belum biasa dengan bandar baru Bintulu.  Jalan lama yang biasa digunakan sudah berubah wajah, apa yang penting kita perlu mengikut arahan tanda jalan agar kita selamat sampai ke tempat yang dituju. Adalah tidak lengkap kalau kita hanya sekadar di bandar baru tanpa menerjah dan menziarahi pekan Bintulu, kerana di sinilah terletaknya tamu Bintulu, pasar malam yang mana jualan yang beraneka jenis juadah, hasil ladang, hasil laut, peralatan harian, kain baju dengan harga yang berpatutan. Begitu juga dengan kedai-kedai lama yang penuh dengan nostalgia masih tersegam indah dengan sistem jalan raya yang teratur. Hanya sanya kalau tersasar kita terpaksa menjelajah kampung yang kebanyakannya dihuni oleh orang Melayu Mukah sebelum berpatah balik ke pekan Bintulu.

Kawasan parker yang akan berubah wajah pada malam hari menjadi pasar malam.

Kedai pakian wanita serta aksoseris berdekatan dengan RTM, bersetentangan dengan restoran nasi ayam singapura.

Deretan bangunan kedai dan tokong.

Bintulu, bersetentangan sungai.

Kedai runcit menjual aksoseris Gong Hi Fa Cai.

Tamu Bintulu

Harga yang berpatutan.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s