Monthly Archives: January 2010

Malam Anugerah RTB 2009

Aku sampai di ICC agak lewat kerana singgah di Masjid Pulaie terlebih dahulu sebelum menyaksikan Anugerah RTB 2009. Orang ramai sudah berduyun-duyun memenuhi ruang di  ICC hatta di bilik untuk Anugerah yang agak luas juga dipenuhi oleh penonton-penonton. Tiada tempat untuk orang yang baru tiba sepertiku.  Aku mengambil tempat di bahagian belakang berdekatan dengan teknisen audio/video persembahan. Aku berdiri , memasang monopod, menyambung extender pada lens 400mmku  dalam masa yang begitu singkat kerana persembahan sudah bermula.Untuk menggunakan flash memang tidak berguna kerana posisiku yang agak jauh dari pentas, jadinya aku tidak menggunakan flash light setiap kali aku memfoto. Aku hanya mengharapkan bantuan cahaya yang  berwarna warni , aku mengeset kamera kepada M:  f9  , 1/15 saat  dan ISO 1000.

Aku di sana hanya untuk memfoto persembahan yang kukira amat baik untuk dijadikan kenangan. Lebih-lebih lagi aku ingin memfoto penyampai berita: Qistina. Sudah lama aku tidak bersua dengan Qistina, orangnya mudah senyum, dia punya kecantikan tersendiri. Namun dia tidak terpilih sebagai juara penyampai berita popular dan aku tidak berpeluang mempotretnya. Syabas kuucapkan kepadanya kerana dia antara penyampai yang masih baru tetapi dia sudah dicalonkan juga sebagai penyampai popular.

Advertisements

2 Comments

Filed under Lensa

Persembahan Polis

Berbagai keranah dapat kusaksikan ketika memfoto persembahan Polis Membenteras Jenayah di Kg. Air. Aku duduk di jeti Bakut si Raja Muda, Mukim Peramu. Cuaca panas pada jam 3 petang ditambah refleksi wap panas air sungai yang membahang mengigit kulitku.  Mujur aku memakai topi ala koboi, dapat juga wajahku berlindung daripada sinaran matahari.

Hahahahahaha… biar betul beb..

Leave a comment

Filed under Sejarah

Waktu Maghrib

Ketika seruan Azan berkumandang, aku memerhatikan keadaan sekeliling. Hanya segelintir manusia sahaja yang menyahut  seruan Ilahi  pergi ke masjid. Awan kemerah-merahan di ufuk timur menyentuh hatiku diiringi dengan seruan azan yang mendayu.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Potret

Leave a comment

Filed under Lensa

Foto 3D

Mencipta foto digital menajdi 3D bukanlah kerja yang sukar, hanya 5 steps dengan menggunakan adobe photoshop sudah dapat menghasilkan foto 3D yang sempurna, sama ada berwarna warni mahupun hitam putih. Aku bercadang untuk membuat satu pameran foto 3D yang dihasilkan oleh  Photography Club yang kukendalikan pertengahan tahun ini selain   foto-foto  ahli kelab yang kukira kreatif dan ada unsur seni foto.

Leave a comment

Filed under Aku

Kg. Lugu

Kawasan lapang projek perpindahan yang terbengkalai di Kg. Lugu sunyi sepi. Cuaca sejuk disebabkan musim tengkujuh, hujan yang sekali sekala renyai-renyai menambahkan lagi suasana petang semakin hening. Terdapat beberapa buah kereta terpaksa menggunakan jalan kecil berbatu kelikir sebagai jalan alternatif jalan pintas ke high way kerana sungai Damuan yang merentasi Kg. Kupang dilanda banjir.Semasa melintasi  Kg. Lugu kita dapat melihat rumah-rumah kampung  tradisi, namun begitu terdapat banyak juga rumah batu dibangunkan. Penduduk kampung asal terdiri daripada puak Kedayan yang arif tentang kebudayaan puak Kedayan, seperti membuat gaman serta pertukangan tangan tradisi Kedayan yang lain.

Semasa aku di alam remaja, setiap kali menjelang hari raya aku akan menziarahi saudara mara yang menatap di kampung Lugu. Selain itu, aku juga pernah mempelajari seni mempertahankan diri di kampung tersebut walau bagaimanapun aku tidak sempat menamatkan perguruan tersebut, aku hanya sempat memecahkan buah kelapa sebagai peningkatan persilatan. Oleh sebab tiada kenderaan untuk menghantar-mengambil untuk berlatih, ditambah ketika itu aku di alam persekolahan, belum punya kereta sendiri aku terpaksa menamatkan begitu saja tanpa khatam sepenuhnya.

Leave a comment

Filed under my

Musim Tengkujuh

Setiap awal tahun, musim tengkujuh melanda negara ini. Hujan turun tanpa henti, banjir melanda kawasan tanah rendah terutama di kawasan pedalaman. Di kawasan pantai, ombak bergelora. Aku sempat bersiar-siar di pantai Penanjong menghirup udara segar. Nelayan tidak keluar ke laut menangkap ikan disebabkan ombak yang bergelora serta angin yang tidak menentu ada kalanya sepoi-sepoi, ada kalanya bertiup kencang.

Leave a comment

Filed under Kenangan