Jalan Tapak Kuda

Jalan Tapak Kuda, berdekatan traffic light simpang tiga Gadong sudah menjadi sejarah kerana kawasan tersebut sudah dalam lingkungan ‘Assara’. Ketika mula mengambil lesen memandu  kelas tiga, aku pernah diuji di kawasan tersebut oleh pegawai Pengangkutan Darat namun kawasan tersebut sudah dalam kawasan pagar yang tidak memungkinkan untuk ku bersiar-siar di kawasan tersebut. Pada minggu pertama bulan Ramadhan bulan lepas aku bersiar-siar di seberang jalan kawasan Tapak Kuda, lebih tepat lagi di Kawasan Bangunan Pentadbiran Yayasan SHHB. Ketika aku sampai pada jam 8 pagi, tanah masih basah kerana malam sebelumnya angin kencang melanda negara ini. Daun-daun dan ranting berjuritan di lebuh-lebuh dan jalan-jalan raya di sekitar BSB.

Aku memerhatikan alam sekeliling, bersih, rumput dan semak sentiasa di potong dan dibersihkan, aku ingin masuk ke kawasan tompokan belukar yang terdapat di sepanjang sungai menjalar hingga ke Bangunan Bandaran, namun niat itu kubatalkan, aku hanya berlegar di kawasan sungai, kawasan rumah Awang Semaun dan sekitarnya, sehingga ke Bangunan Pentadbiran Yayasan SHHB. Pokok mangga baru mengeluarkan bunga, namun begitu bebarapa biji buah mangga yang sudah masak dan ranum  jatuh akibat angin kencang. Masih ada tiang rumah lama, yang pastinya kawasan tersebut pernah didiami kerana masih ada pokok buah-buahan peninggalan bekas penghuni rumah tersebut; pokok durian, pokok cempedak, nangka, mangga, petai masih meggah mengeluarkan hasil pada musimnya. Mungkin saja pemilik kawasan tersebut akan datang menjenguk ke sana sekiranya musim buah durian atau musim buah cempedak, kalau tidak, buah-buahan itu akan diputik oleh orang awam terutama para pembersih kawasan tersebut.

tpk1

tpk2

tpk3

tpk4

tpk5

tpk6

tpk7

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s