Monthly Archives: July 2010

Bunga Api: Taman Jubile

Menyaksikan dan memfoto bunga api menghiasi angkasa  tidak dapat disangkal, amat mengujakan. Dentuman das bunga api disusuli beraneka corak daripada hemburan percikan api yang berwarna warni menggegarkan jantung. Semalam, aku berpeluang memfoto persembahan bunga api sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli di Taman Jubile. Posisiku agak dekat dari kawasan bunga api dipasang, sehingakan percikan bunga api yang kuat 180 darjah di atas kepala, amat menggerunkan juga kalau-kalau percikan tersebut jatuh ke badan. Aku amat puas hati, kerana persambahan bunga api kali ini agak lama, amat jelas dan kesemua hasil foto yang kupetik  seni cahayanya begitu mengasyikkan.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Lensa

Foto HDR

Kategori foto HDR ini sepatutnya kumuatkan ke dalam  ruangan X’trem kerana pembikinan HDR  memerlukan antara kombinasi beberapa foto yang berbeza EV menjadi satu. Pembikinan foto HDR bukanlah sukar sangat, hanya memerlukan software yang terbaik untuk menghasilkan foto HDR yang sempurna selain kemahiran memfoto objek yang hendak dijadikan foto HDR. Foto HDR boleh dibina dengan berbagai cara,  sekalipun hanya menggunakan adobe photoshop yang paling asas tanpa ‘Merge to HDR’ (bagi mereka yang mahir Adobe Photoshop) kalau tidak , adalah perlu menggunakan Adobe CS yang sudah ada ruangan ‘merge to HDR’. Untuk membikin sekurang-kurangnya 3 keping foto yang berlainan eksposer kemudian dicantumkan. Bagi foto berikut aku hanya menggunkan 3 foto -2EV, 0EV dan +2EV. Selain daripada menggunakan auto bracket aku juga menggunakan tripod dan remote, selebihnya lihat cuaca, waktu pagi jam 8 pagi aku menggunakan ISO 100, Speed antara 250 -400 dan DOF aku gunakan F9-F11.  Tiga foto di bawah sudah ku reduce saiznya namun agak jelas juga kalau diklik foto tersebut: Pekan Tutong, Paya Besar- Bukit Panggal dan pondok di Bukit Aguk.

Leave a comment

Filed under Lensa

Dirgahayu Kebawah Duli Tuan Patik

15 Julai, Hari keramat – Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 64 tahun. Pukul 6:30 pagi aku bertolak dari rumah, agak lewat. Fikiranku berbelah bagi hendak meletak kereta di mana? Di benak mindaku aku akan berjalan kaki kalau meletak kereta di padang Maktab SOAS. Namu aku tawakal sahaja terus ke bandar melalu jalan Gadong dan terus ke Kianggih. Alhamdulillah kereta tidak begitu  tersekat, aku sampai di tempat letak kereta bertingkat namun tidak dibenarkan masuk kerana aku tiada punya pas pelekat kereta, akhirnya aku meletak kereta berdekatan kawasan tersebut, kawasan letak kereta bawah bangunan, kawasannya sangat lapang dan selamat. Semasa pulang aku hanya dikenakan membayar BND2.00.

Sebelum ke Taman SOAS aku sempat bersarapan di restoran berdekatan kedai menjual beraneka jenis jala dan pukat. Sesampaiku di taman SOAS sebahagian Kerabat Diraja sudah berada di pentas Diraja. Aku agak keliru di mana posisi yang dibenarkan untukku mengikut  Pass Media yang diberikan, kerana aku tidak hadir semasa sisi taklimat beberapa hari sebelumnya. Aku hanya memberanikan diri di kawasan sebelah kanan, biasanya mengikut kod,  posisi tersebut memang di sebelah kanan pentas Diraja. Aku hanya sekejap di sana, akhirnya berpindah ke luar pentas. Aku lebih senang mengambil foto di pintu kereta Diraja keluar kerana aku bercadang untuk memfoto Kebawah Duli memeriksa perbarisan. Usai Kebawah Duli memeriksa perbarisan, aku beredar dari kawasan taman SOAS ke bahagian belakang pentas  bagi jemputan  para pegawai kerajaan. Setelah berbual-bual dengan kawan, aku beredar pulang sebelum para jemputan berduyun-duyun bersurai. Dirgahayu Kebawah Duli Tuan Patik!

Leave a comment

Filed under Sejarah

Gulingtangan

Memfoto dalam dewan yang kurang cahaya, apatah lagi tanpa bantuan  flash  memaksaku mengeset ISO 1600, bagi menambah cahaya sensor DSLR. Selain itu shutter speed juga terpakasa kuperlahankan selain AV yang tidak  begitu sesuai untuk DOF. Menonton pertandingan Gulingtangan antara Maktab-Maktab dan Sekolah-Sekolah Menengah 2010 sungguh menyeronokkan. Juara tahun ini di sandang oleh SM RIPAS, Tutong.  Pemain gulingtangan dari sekolah ini juga dipilih oleh juri sebagai pemain  gulingtangan lelaki terbaik.

Leave a comment

Filed under Lensa

Mukat Bantang

Kelmarin, kami tiga beradik mukat ikan air tawar sambil beriadah di kawasan perkarangan Antudau. Memukat di sana  menjanjikan hasil tangkapan yang banyak.  Aku tidak tahu nama-nama ikan yang kami perolehi. Ikan yang aku tahu hanya ikan baung dan ikan bantang selebihnya aku kurang pasti. Kami hanya  memukat  untuk keperluan sahaja  selebihnya kami gunakan untuk beriadah.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Jantung Pisang

Pertama kali melihat jantung pisang berwarna kuning amat mengujakan. Pada hakikatnya bagi mereka yang selalu pergi ke hutan rimba sudah biasa melihat pisang yang bertungkulkan warna kuning. Selain itu terdapat juga jantung pisang yang mendongak ke atas, pisang ini dikenali sebagai pisang tanjak.

5 Comments

Filed under Lensa

BBQ di Halaman Rumah

Bersempena cuti Isra dan Meraj, Sanak saudara keluargaku  berkumpul bbq di kawasan halaman rumah, sudah sekian lama kami tidak berkumpul sebegini. Sambil  berbarbiku  sempat juga kami berbual dan berborak tentang ‘word Cup 2010’.  Para penyolong kumpulan yang terkeluar lebih awal hanya menebalkan muka sebagai penyokong  yang kental dan setia.

Cuaca di halaman rumah agak panas, walaupun pada hari-hari sebelumnya hujan sentiasa mencurah pada sebelah petang. Seronok juga sekali sekala berborak-borang dan berbual-bual, ditambah sekali sekala dengan loyar buruk dan soalan menguji minda yang begitu subjektif untuk dijawab. Antara soalan menguji minda: Soalan 1) Kenapa siput babi berjalan perlahan? Jawapan yang diberikan, kerana siput babi keliru  siapakah dirinya  yang sebanarnya adakah dia  siput atau babi?  malahan ada orang yang menyebutnya ‘tekuyung jipun’ tambahlah lagi dia konfius.  Soalan 2) Bagi ayam; mata untuk melihat, kaki untuk berjalan, paruh untuk mematuk, soalan, apakah pula gunanya ekor ayam? payah juga untuk menjawab, kalau di jawab untuk mengurik telinga  jawapan salah… untuk  menutup tungking salah jua… at last surrender… bah tia?  Jawapan yang diberikan;  ekor ayam hanyalah untuk menghitung ayam.  contohnya seekor ayam, dua ekor ayam, tiga ekor ayam dan seterusnya…

Leave a comment

Filed under Kenangan