Category Archives: fotorafi

Taman Agro Teknologi, Tungku

Keindahan Taman Agro Teknologi Brunei yang terletak di Kampung Tungku, menempatkan beraneka flora dan fauna. Ada yang luar biasa, ada yang biasa malahan ada tumbuhan yang hanya rumput-rumpai yang tumbuh melata tetapi diusahakan, dirawat dan dibelai dan akhirnya dijual dengan harga yang seolah-olah tidak berpatutan, kerana tumbuhan tersebut banyak tumbuh berjuritan di negara ini, namun setalah dicambah dan dirawat di taman ini, maka harga dan nilainya melambung tinggi. Di taman ini  tumbuhan menghijau, begitu juga  haiwan, yang ditempatkan di taman ini hidup dengan penuh harmoni. Taman ini sentiasa menerima ramai pengunjung bukan saja dari penduduk tempatan, malah juga dari luar negara, dibuka untuk pengunjung pada jam 6 pagi dan tutup pada jam 6 petang.

Apabila pengunjung masuk saja ke taman ini, ada baiknya membawa payung kerana  taman ini, taman terbuka, agak panas setelah jam 9 pagi sehingga petang. Kalau ada kereta buggy atau bus yang telah disediakan Alhamdulillah bolehlah juga melihat pemandangan yang seluas mata memandang sambil santai, jika tidak bersedialah untuk berjalan menyusuri denai dan lorong perjalanan yang telah disediakan.  Memang, cara terbaik bagi menikmati keindahan taman ini ialah dengan berjalan kaki.

tb1

tb2

tb3

tb5

tb4

tb6

tb9

tb7

tb8

Advertisements

Leave a comment

Filed under fotorafi, Lensa, Rencana

Ponkesdes, Gendi langit

Kampong Ponkesdes terletak di Gendi Langit dibawah Pemerintah Kabupaten  Magetan, Jawa Timur. Cuaca di Ponkesdes begitu dingin. Hujan acap kali membasahi bumi. Penduduknya ramah tamah, ramai daripada penduduknya beragama Hindu namun sudah ramai juga yang menganut agama Islam setelah kedatangan pendakwah ke kawasan tersebut. Beberapa orang penduduk yang beragama Islam menceritakan, sebelum Islam mereka menyembah alam, pokok-pokok, batu-batu dan apa jua  benda yang dianggap keramat. Di kawasan puncak kampung masih kokoh terbina makam orang yang dikeramatkan atas jasa membuka kampung tersebut, Beliau juga penganut agama Hindu.

Di Ponkesdes aku sempat berkenalan dengan orang tempatan, yang mana beliau telah memberiku sepohon pisang yang berbuah masak hijau, katanya pisang itu hanya tumbuh di kawasan pergunungan. Alhamdulillah pisang tersebut sedang subur di halaman rumah. Selain itu, dua orang sahabat dari Pasentren Al-Fattah bergabung selama beberapa hari; Maulana Wahab tenaga pengajar Shahih Bukhari dan Syekh Ibrahim dari Yaman juga seorang alim yang katanya berazam untuk bermastautin di Indonesia. Ketika aku hendak pulang ke Brunei, aku mendengar khabar beliau sedang melakukan suluk di Temboro. Selain daripada dua orang tersebut seorang lagi teman yang sentiasa bersama kami ialah Ismail Torrie dari Afrika yang fasih berbahasa Perancis, Orangnya menyenangkan, bersopan santun dan lemah lembut.

Selama beberapa hari di Ponkesdes, aku dapat menyaksikan keindahan alam semula jadi, udara yang segar, air yang sejuk lagi jernih, tumbuhan menghijau, buah-buahan dan sayur-mayur yang segar-bugar.

Subhanallah. Alhamdulillah.

pt1

pt2

pt3

pt4

 

pt7

pt10

 

pt5

pt9

pt8

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan, Pilihan, Rencana

Taman Rekreasi Bukit Hitam

Taman Rekreasi Bukit Hitam terletak tidak jauh dari pekan Limbang. Untuk sampai ke tempat tersebut hanya memakan masa beberapa minit, oleh kerana jalan kecil yang berbatu-batan membuatkan kenderaan terpaksa dipandu perlahan apatah lagi, jalan yang dilalui merentas kebun / pulau buah-buahan penduduk tempatan. Berbagai kemudahan telah disediakan bagi kemudahan orang awam, tandas, bilik mandi malahan disediakan juga tempat menyalai BBQ. Di bahagian dalam pondok-pondok tempat berehat juga telah disediakan. Kawasan tersebut memang sesuai untuk berekreasi,bermandi-manda dan beriadah.

Apa yang menjadi kekesalan bagiku hanyalah sikap sebahagian pengunjung yang tidak menjaga kebersihan kawasan peranginan. Sampah sarap dilonggokkan dan ditinggalkan begitu saja. Semoga setiap pengunjung sama-sama peihatin menjaga kebersihan kawasan tersebut.

ssbh1

bh2

bh3

bh4

bh5

bh6

bh7

bh8

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan

Nak Pulau, Bukit Kukup

Pertama kali aku menuju ke Nak Pulau embun masih melekat di daunan dan rerumput, masih waktu pagi. Nak Pulau  terletak di Kg. Bukit Udal, di banjaran bukit Kukup. Kawasannya tidaklah seluas mana, hanya terdapat air atau tasik kecil di tengah-tengah kawasan peranginan tersebut. Kawasan peranginan begitu menyegarkan, tumbuh-tumbuhan yang menghijau, pokok renek dan belukar yang tumbuh melata menghiasi kawasan yang menghijau. Katika mengeliling tasik aku menyaksikan terdapat sebuah perigi yang bercirikan perigi tradisi orang Melayu / Dusun. Airnya jernih,dingin lagi redup dilindungi atap zink, namun disebabkan tanah dan akar yang menyelubungi perigi berwarna gelap maka air perigi juga terpengaruh kehitaman. Apabila diceduk menggunakan batok yang disediakan airnya tetap jernih. Di bahagian belakang taman terdapat beberapa jenis tanaman atau pulau buah-buahan.

Di tengah tasik terdapat Bangkar (rumah rakit) yang terapung-apung di atas air  dengan keluasan 26 kaki panjang dan 13 kaki lebar. Bangkar ini pernah digunakan semasa Pesta Air sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan NBD yang ke 60 tahun di Daerah Tutong pada tahun 2006.

nk2

nk3

nk4

nk5

nk6

nk7

nk8

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan, Lensa

Menggurit Kunau

Bebarapa kawasan yang sangat popular untuk mencari atau menggurit Kunau antaranya ialah Pantai Belait dan Pantai Tutong.  Kunau sejenis karang yang jarang dijual di gerai-gerai atau di tamu-tamu kerana kesukaran memperolehinya. Kunau hanya digaurit ketika air tuhur atau surut. Walaupun kunau boleh dicari sepanjang tahun, namun untuk mencari kepadatan kunau perlu menunggu masa tertentu, mungkin saja pada bulan purnama, awal bulan Islam atau ketika bubuk membiak di persisiran pantai. Menggurit kunau tidaklah begitu sukar, kerana alatan penggurit yang digunakan mudah dipakai hanya tundukan badan sedikit kemudian heret atau tunda sepanjang pantai, sekiranya terdengar bunyi lakuk, sudah pasti ada kunau, kalau bukan bunyi lakuk mungkin saja berpunca daripada kulit kerang, batu atau kesising. Kunau yang sederhana besar akan terpancur keluar sekirannya terkena mata guritan.

Kunau amat sedap kalau direbus serai atau dibuat sup. Untuk menghilangkan pasir, kunau perlu direndam semalaman menggunakan air laut sebelum direbus, ketika direndam  kunau-kunau akan memuntahkan semua pasir yang terkandung diperut mereka.

mrt1

mrt2

mrt3

mrt4

mrt5

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan, Rencana, Sejarah

Taman Kulimambang

Selain beriadah di tasik Merimbun , kita boleh melawat ke Taman Kulimambang. Masuk percuma, kawasan taman tidak seluas mana, dikelilingi pagar dan atap tembus udara. Beberapa buah kerusi disediakan untuk berehat melepas lelah sambil memerhati rama-rama berterbangan. Rama-rama bersembunyi dan menjauhkan diri kalau pelawat kuai lintas. Duduklah beberapa minit sambil memerhatikan di sekitar taman rekreasi, air cucuran yang mengalir, bebunga yang mekar, tumbuhan menghijau, lambat laun rama-rama akan berterbangan hinggap menghisap madu di celah-celah debunga. Beraneka warna rama-rama dapat disaksikan. Indah!

bt2

bt1

bt3

bt4

Leave a comment

Filed under fotorafi, Pilihan

Wasai Teraja

Untuk sampai ke Wasai Terasa dari  Pos Polis memakan masa lebih kurang 40 minit. Oleh kerana, keadaan denai atau  rantis hutan yang dilalaui becak dan mengelirukan kami terpaksa berjalan berhati-hati. Beberapa kali kami menyeberangi anak sungai, mujur airnya agak cetek, tiada bukit atau lereng bukit yang curam diharungi. Sesampai di wasai, aku tanpa membuang masa mandi di tasik yang membiru, bersiram di bawah titisan air di kawasan sebelah kanan wasai dan di bawah hiliran air deras wasai.

wt1

wt3

wt4

wt5

wt6

wt7

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan