Monthly Archives: November 2010

BT Click

Kelmarin,  julung kalinya kelab fotografi Brunei Times berkumpul di Tasik Lama, BSB. Melebihi 70 orang  jurufoto berkumpul. Pelbagai camera, pelbagai lens, pelbagai skil  dapat dilihat; ada sifu, ada otai, ada pro,  ada semi pro malahan ada amatur sepertiku. Setelah taklimat dan sesi soal jawab ahli kelab bertebaran di kawasan Tasik Lama. Inilah kali pertama aku  mengalami outing  jurufoto yang begitu ramai. Syabas diucapkan kepada  pengelola Kelab BT Click.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Anak Laut

Kehidupan kanak-kanak di Pulau Kuraman begitu riang sekalipun kehidupan yang serba kekurangan. Kehidupan penduduk di sana bergantung kepada hasil laut serta pelancong yang datang melawat. Membeli hasil tangkapan dari  laut mereka agak murah jika dibandingkan dengan harga ikan, sotong, udang atau bekara di pasar-pasar di NBD.

Mereka yang tinggal di pulau ini kebanyakannya berasal dari Selatan Filipina dan Indonesia. Anak-anak mereka ini kemungkinan besar ramai yang tidak bersekolah. Kerana di pulau ini tiada sekolah yang tersegam. Kalaupun hendak bersekolah mereka terpaksa menyeberang ke Pulau Labuan. Apa yang menariknya pula ini masih bersih, berenang di kawasan sisir pantai kita dapat melihat beraneka jenis ikan berenang.

Leave a comment

Filed under Renungan

Nyadak Bubuk

Bersiar-siar sambil menghirup udara laut di Pantai Seri Kenangan mengimbau kenangan yang aku pernah memfoto beberapa orang sedang menyadak bubuk di pantai ini. Musim bubuk memang menandakan banyak ikan di kawasan laut cetek. Ketika musim bubuk  amat sesuai untuk mengikis ikan, namun begitu perlu diingat, kalau mengikis perlu berhati-hati kerana biasanya bubuk akan  berenang ke arah air dalam, bagi pengikis atau penyadak yang tidak pandai berenang lebih baik jadi pemerhati saja di bibir pantai.

Leave a comment

Filed under Lensa

Durung di Pekan Bangar

Pekan Bangar, Temburong agak lengang jika dibandingkan dengan pekan-pekan yang lain di negara ini. Apa yang menarik di pekan tersebut ialah replika durung padi. Durung ialah stor atau gudang menyimpan hasil padi yang dituai. Zaman sekarang sukar untuk kita melihat durung berdiri megah di kampung-kampung.

Melihat durung megah di pekan Bangar aku teringat akan rumah Melayu di tengah kota Kuala Lumpur. Rumah tradisi yang unik.

2 Comments

Filed under Lensa

Tamu Selera

Makan nasi ayam penyet di Tamu Selera seolah-olah berada di warong makan, Indonesia. Gaya hidangan ala kampung, nasi diletak di belatak rotan, sambal pedas menggigit telinga. Setiap kali makan ayam penyet di sini peluh pasti menitis dari roma-roma,  ditambah kalau makan pada waktu tengah hari. Kawasan gerai pilihan kami makan di ruang  anjung belakang. Kawasan ini dulunya bukan untuk warung tetapi sekarang hampir semua kawasan anjung belakang sudah di isi oleh peniaga warga Indonesia. Cuma,  kalau makan di anjung belakang kebersihan seolah-olah tidak terjamin, tambahan bau hamis dari longkang yang merentasi sepanjang anjung warong makan Tamu Selera.

Leave a comment

Filed under Pilihan

Tetikus

Tetikus   optikal  3D yang selalu kugunakan.

Leave a comment

Filed under Lensa