Category Archives: Pilihan

1 Syahwal, NBD

Hari Raya pertama aku manfaatkan untuk ziarah makam orang tua, khusunya bapa, nenek bini dan adik. Sebelum ke kuburan aku sudah menyediakan aing asah-asahan, kali ini aku tidak membeli kayu asah-asahan khusus, sebaliknya aku hanya menggunakan kayu gaharu dan pewangi daripada Harmain, wanginya sangat semerbak. Aku menggunakan kerana pada hari ke 29 Ramadhan, ketika tidur tengah hari  wawangian  sebiginilah yang membangunkan aku daripada terlajak tidur bagi menjaga waktu sembahyang Asyar berjemaah di masjid.

Kawasan perkuburan di atas bukit, Jahirat Omarali namanya. Angin sentiasa menghembus  membuatkan sesiapa yang ziarah ke makam di situ berasa selesa. Bagi keluarga kami semua makam tidak dibina bakut, kata ibu permakaman di Baqi, Madinah juga tidak didirikan bangunan atau dibakut. Memang ada kelebihannya makam tidak dibakut, makam adikku saja, batu igang hidup segar semakin membesar tahun demi tahun. Hanya di makam beliau saja batu itu hidup segar selain itu tiadak ada makam yang sebegitu di kawasan Jahirat Omarali. Semga Allah mencucuri Rahmat dan Nikmat kepada mereka; ayahnda, nenda dan adik yang berada di alam barzakh dan juga sekelian kaum muslimin dan muslimat yang lainnya. Amin!

mbp1

mbp2

mbp4

mbp3

Advertisements

Leave a comment

Filed under Kenangan, Pilihan

Ponkesdes, Gendi langit

Kampong Ponkesdes terletak di Gendi Langit dibawah Pemerintah Kabupaten  Magetan, Jawa Timur. Cuaca di Ponkesdes begitu dingin. Hujan acap kali membasahi bumi. Penduduknya ramah tamah, ramai daripada penduduknya beragama Hindu namun sudah ramai juga yang menganut agama Islam setelah kedatangan pendakwah ke kawasan tersebut. Beberapa orang penduduk yang beragama Islam menceritakan, sebelum Islam mereka menyembah alam, pokok-pokok, batu-batu dan apa jua  benda yang dianggap keramat. Di kawasan puncak kampung masih kokoh terbina makam orang yang dikeramatkan atas jasa membuka kampung tersebut, Beliau juga penganut agama Hindu.

Di Ponkesdes aku sempat berkenalan dengan orang tempatan, yang mana beliau telah memberiku sepohon pisang yang berbuah masak hijau, katanya pisang itu hanya tumbuh di kawasan pergunungan. Alhamdulillah pisang tersebut sedang subur di halaman rumah. Selain itu, dua orang sahabat dari Pasentren Al-Fattah bergabung selama beberapa hari; Maulana Wahab tenaga pengajar Shahih Bukhari dan Syekh Ibrahim dari Yaman juga seorang alim yang katanya berazam untuk bermastautin di Indonesia. Ketika aku hendak pulang ke Brunei, aku mendengar khabar beliau sedang melakukan suluk di Temboro. Selain daripada dua orang tersebut seorang lagi teman yang sentiasa bersama kami ialah Ismail Torrie dari Afrika yang fasih berbahasa Perancis, Orangnya menyenangkan, bersopan santun dan lemah lembut.

Selama beberapa hari di Ponkesdes, aku dapat menyaksikan keindahan alam semula jadi, udara yang segar, air yang sejuk lagi jernih, tumbuhan menghijau, buah-buahan dan sayur-mayur yang segar-bugar.

Subhanallah. Alhamdulillah.

pt1

pt2

pt3

pt4

 

pt7

pt10

 

pt5

pt9

pt8

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan, Pilihan, Rencana

Merarap Hotspring, Lawas

Perjalanan ke Merarap dari pekan Lawas memakan masa 2 jam setengah, tertakluk kepada keadaan, kebetulan ketika aku ke sana hujan turun sepanjang hari. Aku di kota Lawas lebih kurang jam satu petang dan sampai di Merarap Hotsping mendekat pada pukul 4 petang. Jalan tanah licin sera berhangilut membuatkan aku memandu agak perlahan tambahan inilah kali pertama aku menuju ke Merarap, tambahan kawasan jalan balak yang mempunyai peraturan mereka tersendiri, ada kalanya ikut di lorong kiri, ada kalanya di lorong kanan. Kawasan jalannya berbukit bukau serta berselekoh. Oleh kerana pemandangan yang indah serta cantik membuatkan jarak yang jauh terasa dekat.

Sesampai di Merarap kami menyewa bilik no 7 berserta hidangan makan malam. Tidak lama selepas itu, pertama-tama yang kubuat adalah menukar pakaian untuk berendam di kolam air panas. Aku berendam dan berendam sehingga puas. Seronok! Jam 6 petang makan malam sudah disediakan, ikan dan ayam goreng kampung, sayur kacang dan sawi tumis serta terong gorang sungguh menyelerakan, lazat! Sebelum tidur kopi panas disediakan. Malam yang dingin, sejuk tanpa pendingin hawa, tanpa kipas, tanpa TV, tanpa radio hanya bunyi tangil serta deruan air sungai mendodoikan tidur malam di Merarap. Esok paginya seawal 5:15 pagi aku sudah mandi, berendam di kolam air panas. Semasa aku turun untuk mandi Pengurus Hotspring sudah awal menyapaku, dialah yang menemani kami berbual dan bersarapan pagi selain daripada pekerja geologist dari Negara China yang membuat kajian di sana.

mr8

mr3

mr5

mr6

mr2

mr4

mr11

mr10

Leave a comment

Filed under Kenangan, Pilihan

Taman Kulimambang

Selain beriadah di tasik Merimbun , kita boleh melawat ke Taman Kulimambang. Masuk percuma, kawasan taman tidak seluas mana, dikelilingi pagar dan atap tembus udara. Beberapa buah kerusi disediakan untuk berehat melepas lelah sambil memerhati rama-rama berterbangan. Rama-rama bersembunyi dan menjauhkan diri kalau pelawat kuai lintas. Duduklah beberapa minit sambil memerhatikan di sekitar taman rekreasi, air cucuran yang mengalir, bebunga yang mekar, tumbuhan menghijau, lambat laun rama-rama akan berterbangan hinggap menghisap madu di celah-celah debunga. Beraneka warna rama-rama dapat disaksikan. Indah!

bt2

bt1

bt3

bt4

Leave a comment

Filed under fotorafi, Pilihan

Kehijaun Tercemar

Berada di hutan belantara amat menyeronokkan. Udara segar serta dodoian unggas sebagai terapi menambahkan ketenangan. Tengah hari tadi   Mimbar Jumaat mewar-warkan dan mengingatkan orang rami agar menjaga  kehidupan flora dan fauna. Mimbar menyentuh yang kerosakan di bumi ini berpunca daripada tangan-tangan manusia, sehinggakan undang-undang sudah diperuntukkan bagi mereka yang memburu binatang kawalan begitu juga tentang menebang atau mengambil pokok-pokok hutan di kawasan hutan simpan.

Apa yang mengelirukan, mimbar menggalakkan pula orang kampung atau peniaga mempromosikan hasil perhutanan seperti hasil rotan, madu lebah, herba dan yang lainnya. Sedangkan sumber alam ini didapati dari hutan, mana mungkin dapat di halaman rumah, lain halnya kalau sudah dicambah atau dijadikan ladang komersial. Bagi para pemburu amat meresahkan mendengar khutbah sedemikian, kalau sekadar berburu pelanduk untuk santapan keluarga sudah dilarang ditambah dengan dalil  ayat al-Quran  seolah-olah berburu itu amalan yang diharamkan. Sedangkan sudah sejak berabad-abad dahulu hidup datuk nenek kita mencari nafkah dengan berburu, belum pupus pula pelanduk. Apakah akan timbul fatwa makan hasil buruan itu haram kerana binatang tersebut sudah diwartakan sebagai binatang kawalan. Aku masih ingat ketika kelas agama dahulu ustaz mengajar kaedah berburu cara Islam dan seterusnya cara menyembelih binatang buruan. Ini membuktikan dalam Islam berburu tidak haram malahan diharuskan. Dalam Islam kita boleh berburu menggunakan binatang yang terlatih seperti helang, anjing dan yang lainnya sebagai teman berburu.

Apakah binatang buruan akan pupus? Mungkin saja, sesungguhnya Allah SWT boleh melenyapkannya malahan sebaliknya Allah SWT boleh menambahkannya demi rezeki orang yang berusaha dan berburu. Apa yang menjadikan binatang itu seolah-olah pupus ialah binatang sudah berhijrah ke hutan belantara yang lebih jauh mungkin saja ke hutan kalimantan, Sabah atau Sarawak. Memang kita tidak nafikan ada juga peneroka-peneroka haram yang menebang hutan belantara untuk dijadikan pulau buah-buahan atau dusun buah-buahan tapi yang lebih dahsyat ialah para pembalak yang dibenarkan oleh kerajaan sendiri serta projek empangan yang menyebabkan rosaknya flora dan fauna.  Aku semakin hairan tentang isi teks khutbah akhir-akhir ini, adakalanya tidak sesuai untuk khutbah Jumaat yang mulia. Apakah penulis teks khutbah ini ulama yang soleh atau hanya lulusan universiti yang  hanya duduk di ofis sabagai jurufikir dan jurutulis teks khutbah sesuai dengan tema yang dipilih. Aku ingin sekali mendengar khutbah yang ada Roh! sebagaimana khutbahnya Rasulullah SAW dan para sahabat baginda radialhuanhumazmain.

Hutan belantara yang indah, bagi penggemar hutan sudah pasti akan tenang melihat keindahan alam semula jadi.

Pemandangan dari atas bukit. Di kejauhan hutan rimba embun pagi menambahkan lagi dingin serta oksegen yang segar.

Batu karang yang dulunya indah dengan air yang hijau kini berwarna coklet beserta tanah kuning, ini semua demi atas nama pembangunan negara.

Hutan rimba yang sudah digondol beserta sungai yang suram.

Ampangan dalam pembinaan. Sebahagian daripada kawasan di sana akan ditenggelami air.

Air wasai yang tercemar oleh peneroka.

Kawasan air terjun yang tiada lagi berseri.

Bukit bukau yang digondol.

Leave a comment

Filed under Pilihan, Renungan

Senja di halaman rumah

Tumbuhan renek yang menghasilkan bunga berwarna merah berjambul putih menraik perhatianku. Bunga ini tumbuh di tebing parit di halaman rumah. Namun, aku tidak tahu apakan nama bunga renek ini dan apakah pula khasiatnya? Biasanya kalau bunga yang disukai oleh binatang seperti semut atau kerangga pasti ada khasiatnya.

Ubi kayu berisi kuning yang tumbuh di sepanjang pagar halaman menjadi pelindung dan tempat burung bertinggir rupa-rupanya juga menjadi pelindung kepada belingkasa. Belingkasa ini mungkin senang tinggal dan menatap di pepohon ubi dikeranakan terdapat serangga yang berkeliaran di kawasan tersebut yang menjadi sumber rezeki baginya.Pokok-pokok ubi berisi kuning walaupun tumbuh subur, aku belum pernah memungkangnya apatah lagi untuk menggalinya. Namun ada juga beberapa orang jiran yang meminta izin untuk mengambilnya dan sudah pasti mengambilnya secara percuma, kerana selama ini Tuhan yang maha Rahim menciptakan pepohon tersebut juga secara percuma.

Sedar tidak sedar beberapa jenis tumbuhan herba dan sayuran yang berkhasiat juga tumbuh di halaman rumah, antaranya lada susu, kunyit kuning, kunyit putih, kintan, cangkuk, pokok kari, pandan pewangi halaman rumah, cangkuk dan beberapa jenis ulam malahan sejenis pokok herba yang berduri lembut  yang  berkhasiat sebagai penyembuh kanser juga tumbuh subur  di sebalik pepohon pisang. Ulam penggaga juga tumbuh melata di luar kawasan halaman yang entah dari mana datangnya. Baru-baru ini tumbuh pula beberapa pohon kepayas yang semamangnya dicambah oleh burung yang menjadi penghuni setia di halaman rumah.

Leave a comment

Filed under fotorafi, Pilihan

Sepilok: Sandakan

Sesampai di Taman Pusat Pemuliharaan Orang Utan  Sepilok jam sudah menunjukkan 2: 30 pm yang mana waktu makan petang bagi orang utan sedang dijalankan. Aku terlupa membawa bersama lensa 400 mm untuk memfoto orang Utan yang kusediakan di kereta kerana bergegas untuk membeli tiket masuk. Setiap kamera yang dibawa masuk akan dikenakan RM10 selain tiket untuk masuk yang dikenakan bagi setiap pengunjung. Syarat yang perlu dipatuhi ketika menyaksikan orang Utan menikmati juadah, tidak dibenarkan membawa sebarang makanan, minuman, beg tangan sekalipun barang yang berharga tersimpan dalam beg tersebut atau apa-apa jua barang, semuanya boleh disimpan di loker yang telah di sediakan, kecuali kamera kerana pemeriksaan akan dilakukan pada cek point  sebelum masuk ke kawasan pemerian makanan. Aku menyaksikan ramai pelawat yang membawa minuman botol diarahkan untuk berpatah balik menyimpan di loker yang disediakan. Ini semua demi kesalamatan pengunjung.

Aku diberitahu oleh pengawal cek point ketika memberi makan pada sesi waktu pagi hanya seekor orang utan yang datang selebehnya bertebaran mencari makan di hutan tebal kerana ketika ini musim buah-buahan yang memungkinkan orang utan mencari hasil  makanan daripada buah-buahan di hutan simpan tersebut.

Pada petang tersebut aku dapat menyaksikan beberapa ekor orang utan yang menggendong anak dengan penuh kasih sayang makan sambil membelai anaknya. Aku rasa gembira menyaksikan bagaimana kehidupan orang utan yang sebenarnya dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat menjaga ketenteraman orang utan agar tidak pupus  dari alam maya ini.

2 Comments

Filed under Lensa, Pilihan