Sehari di Marudi

Sempena sambutan Tahun Ular, aku dan saudaraku Baharum, Sahrin dan Hadi melapangkan masa bermalam di Marudi, Sarawak. Kami bertolak jam 6:00 pagi pada hari Ahad, 9 Februari. Sesampai di Sungai Tujuh suasana begitu lengang, tidak sibuk, semua ini disebabkan oleh Sambutan Gong Xi Fa Cai. Kami sampai di e-mart seawal pukul 7:30 pagi. Di e-mart kami bersarapan di kadai mamak sebelum meneruskan perjalanan ke Marudi. Kami sempat membeli sedikit bekalan, cuma kami tidak membeli air minuman kerana aku beranggapan di mana-mana pun kedai runcit  sepanjang perjalanan nanti pasti ada yang menjual air minuman, lagipun perjalanan hanya mengambil masa 1  setengah jam yang tidak mengambil masa mana pun. Semua andaian meleset, tiada kedai runcit sepanjang perjalanan ke Marudi malahan sesampai di Pekan Marudi semua kedai tidak beroperasi. Hanya sebuah restoran Melayu yang buka ini menyebabkan semua tempat duduk telah penuh semasa kami sampai. Restoran di Marudi tidak menyediakan minuman tin atau botol. Semua minuman perlu dipesan dan dibancuh ketika itu juga, mahu tidak mahu kami terpaksa memesan air kelapa untuk tapau, selain itu kami minum teh ais serta jus lobak merah sementara menungga air kelapa tapau siap.

Bermula dari Lambir, Miri perjalanan begitu baik cuma kami tersasar ke bahagian Estet Kelapa Sawit semasa di pertengahan jalan akhirnya berpatah balik dan meneruskan perjalanan sehingga sampai ke sungai Arang, Bakong, kami berhenti untuk menaiki Feri yang ongkosnya RM15 bagi setiap kenderaan. Perjalanan antara Sungai Arang dan sungai Baram jalan masih belum dibubuh batu, masih tanah kuning. Perjalanan kami terpaksa perlahan kerana tanah masih basah, licin dan becak. Beberapa buah kereta ditinggalkan di bahu jalan kerana terperangkap oleh tanah becak malahan ada kereta yang ditinggalkan hampir terjatuh ke parit.

Selepas menaiki feri menyeberangi Sungai Baram , Pekan Marudi hanya tinggal beberapa ratus meter untuk dijejaki. Ketika kami sampai di simpang empat pada jam 11:30 pagi, masjid Pekan Marudi tersegam indah menyambut kedatangan kami, ini menunjukkan ramai orang Islam yang menjadi penduduk pekan Marudi. Ternyata di kawasan pekan berderetan rumah orang Melayu kemudian di kawasan pekan memang tidak dapat dinafikan penduduk berbangsa Cina memenopoli berniaga di Pekan.  Pekan Marudi tidak sesibuk pekan-pekan yang lain di Sarawak ini mungkin disebabkan jalan menembusi Marudi belum sempurna ditambah dengan sambutan Gong Xi Fa Cai yang mana semua kedai ditutup tidak beroperasi, lengang. Hanya sebuah dua kenderan melintas di kawasan pekan.

Kami menginap dan bermalam di Grand Hotel. Kami makan  nasi bungkus yang kami beli di e-mart sebelumnya sebagai pengalas perut  sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan-kawasan pekan dan kampung. Selapas sembahyang Zohor dan mandi kami ke kampung Gudang. Di sini kami sempat naik ke puncak bukit Gudang melihat pemandangan dari atas di sebelah kanan jelas kelihatan kawasan Teraja, Belait. Malam tersebut kami makan malam di restoran famili Melayu yang mula beroperasi pada jam 6 petang. Masakan dan juadah di Marudi begitu enak dan murah. Padi keesokan harinya kami ke kampung Gudang sekali lagi untuk mencari air terjun di kawasan tersebut tapi ternyata air terjun atau wasai yang kami cari tidak kami temui, mungkin air terjun tersebut jauh di ulu sungai.

10 Februari,  pada jam 6:30 pagi kami bersiar-siar  membeli kuih-muih di pasar dan gerai penjaja Marudi. Kuih-muih yang dijual tidak jauh bezanya dengan juadah di NBD. Kami sempat membeli beraneka kuih-muih dan buah langsat. Kami menghabiskan masa berkeliling pekan sebelum pulang pada jam 11:30 pagi ke Miri. Semasa pulang perjalanan  kami lebih lancar kerana jalan becak sudah kering, cuma perjalanan kami perlahan demi melihat keindahan alam sepanjang perjalanan pulang.

mm1

mm2

mm3

mm4

mm6

mm7

mm8

mm9

mm10

mm11

mm12

mm13

mm14

mm15

mm16

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s