Monthly Archives: February 2011

Perhimpunan Hari Kebangsaan ke-27

Hujan renyai-renyai pada waktu pagi membasahi kawasan Bandar Seri Begawan. Aku menyediakan baju hujan takut-takut kalau hujan akan mencurah. Kamera kubungkus dengan beg kalis air. Aku mula bergerak dari parkir di kawasan maktab SOAS bersama beg sikut dan tripod. Sesampai di BSB aku dan kekawan sempat singgah di kedai mamak, minum teh tarik beserta roti kuning kawin. Ruang kedai dipenuhi oleh para peserta perhimpunan dan perarakan.

Beraneka warna  pakaian seragam yang dipakai oleh para peserta. Bagi para jurufoto memang hari ini adalah hari mereka. Mereka bergerak di merata tempat di BSB. Pada tahun ini aku tidak memohon pass untuk memfoto di kawasan pentas kerana hari ini aku ingin mengambil foto di bahagian luar dan di kawasan bangunan untuk memfoto  corak persembahan di taman SOAS.

Memfoto di mana-mana bangunan di kawasan BSB bukan semudah yang disangka. Kita tidak dibenarkan sesuka hati berada di kawasan tersebut. Pihak Kesalamatan dalam Negeri, Sekuriti dan CID sentiasa berkeliaran di setiap bangunan. Aku hanya bertekad untuk memfoto dari bangunan PGGMB. Aku ke sana tanpa pass kebenaran. Memang amat merumitkan apabila salah seorang CID menegur dan mengarahkan aku supaya sentiasa berselindung daripada terpacak di koridor tinggkat 13. Akhirnya  aku dibawa ke tingkat 15 untuk memfoto. Di sana sudah ada wakil media massa khususnya penyiar langsung RTB. Aku diarahkan untuk mengambil posisi tepi. Aku berasa lega kerana dibenarkan berada di sana sedangkan para jurufoto media dan press yang lain tidak dibenarkan malahan diarahkan keluar dari kawasan tersebut. Yang dibenarkan hanya pihak RTB  terdiri daripada dua 0rang krew, seorang jurufoto dari Jabatan Informasi dan seorang lagi dari Jabatan Belia dan Sukan  bersama aku yang serba daif tanpa pass dan tanpa permit. Ketika salah seorang sekuriti bangunan mengarahkan para jurufoto keluar aku mendengar dia berkata hanya seorang ‘haji’ yang dibenarkan oleh CID mengambil gambar di kawasan tersebut, aku bersyukur kerana yang di sebut ‘haji’ itu rupanya diriku. Mereka yang dihalau keluar merungut, aku hanya mampu mendiamkan diri.  Hasilnya hanya 3 orang jurufoto yang dapat mengambil corak  ‘Negara Zikir’ dengan sempurna. Alhamdulillah!

Advertisements

Leave a comment

Filed under Sejarah

Menaikkan Bendera

Sempena menaikkan bendera Kebangsaan seluruh negara sempana Hari Kebangsaan ke 27.

Leave a comment

Filed under Kenangan