Monthly Archives: August 2012

Bermain Bunga Api

Pada malam Hari Raya Eidul Fitri aku sempat memfoto anak-anak buah antaranya Dhyia Amanah dan Imanah bermain bunga api  di halaman rumah di kampung.

Advertisements

Leave a comment

Filed under fotorafi, Lensa

Malam 29 Ramadhan

Pada malam terakhir Ramadhan aku bersmbahyang Isya seterusnya sembahyang sunat Tarawikh di masjid  Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kg. Bebatik  Kilanas. Aku senghaja memilih masjid ini dikeranakan imam sembahyang Tarawikh budak hafiz mempunyai alunan bacaan  yang menarik ala-ala Iamam Makkah, Abdul Rahman as-Sudais, walaupun beliau masih remaja namun bakat beliau begitu menyerlah, untuk menghabiskan 20 rakaat tidak terasa lenguh, tidak terasa membosankan sekiranya dia meneruskan sehingga 50 rakaat sekalipun aku akan terus bersama menjadi makmum.  Selain budak hafiz yang hanya mengimami solat Tarawikh pada bulan Ramadhan, di masjid ini bacaan para imam yang bertugas juga sangat baik jika dibandingkan daripada imam-imam di masjid-masjid yang lain di kawasan yang berdekatan kerana para imam terdiri daripada para qari negara. Malam 29 Ramadhan sudah berlalu dan solat tarawikh sudah pada penghujungnya semoga bersua lagi dengan solat tarawikh pada bulan  Ramadhan Karim tahun hadapan. Amin.

Leave a comment

Filed under Kenangan

27 Ramadhan

Pada penghujung Ramadhan , gerai Ramadhan Kg. Sungai Kebun yang biasanya dipenuhi dengan penjaja dan pengunjung semakin lengang. Hanya terdapat beberapa buah pondok yang masih berdagang juadah penyungkaian. Sinaran mentari senja selepas solat Asyar masih membahang, sekali sekala diselubungi asap dari  salaian penjaja sate. Suasana yang panas didingini oleh angin yang berhembus dari Sungai Brunei. Kepergian Ramadhan sudah semakin terasa manakala kemunculan Aidil Fitri hanya sehari dua lagi. Semoga Allah SWT mempertemukan kita dengan Ramadhan tahun hadapan. Amin.

Leave a comment

Filed under Kenangan