Monthly Archives: June 2009

Padi ‘Beras Laila’

Pengkalan Batu – Wasan, Penanaman padi secara berkelompok  di kawasan ini sudah dilakukan sejak beberapa tahun yang lalu. Hanya sanya, penamaan padi ‘Beras Laila’ serta perasmian , pelancaran , dorongan dan dokongan KDYMM serta Kerabat dilakukan pada tahun ini.  KDYMM serta Kerabat bersama-sama berkenan turun ke sawah menanam padi. Baginda begitu prihatin terhadap kepentingan pertanian di negara ini. Ketika menanam padi Baginda begitu bertenaga, lebih pantas dan tegas daripada kebanyakan petani biasa yang seusia dengan beginda. (ruj: Jabatan Pertanian)

Beberapa minggu yang  lepas, Pagi Jumaat, aku berpeluang menjenguk kawasan tersebut. Tujuanku hanyalah untuk melihat betapa indahnya  ciptaan Tuhan di kawasan padi tersebut, sambil itu aku menghalakan lensaku ke arah beberapa aktiviti bersawah. Sebahagian kawasan padi ‘Beras Laila’ sudah berbuah hanya menunggu untuk dituai, manakala ada sabahagian kawasan baru diusahakan. Aku naik ke  sebuah junjung / pondok yang dibina oleh Jabtan Pertanian. Dari junjung ini aku dapat melihat kawasan sawah yang terbentang luas. Beberapa orang petani sudah berada dilokasi mereka, memerhatikan kawasan bersama peralatan berpadi di tangan. Selain itu, para pekerja terdiri daripada bangsa Indonesia, Filipina serta India / Bangladesh.

Aku akan datang ke kawasan ini lagi, ketika padi sudah menguning. Insya Allah.

w1

w2

Advertisements

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Ulam dan Telur Ayam Kampung

Sudah menjadi kebiasaanku makan nasi bersama sayur setiap kali makan tengah hari. Dua hari lepas, aku teringin untuk makan ulam, kerana sayur  ketika itu hanya  kubis masak tumis. Aku  pergi ke halaman rumah mencari pokok rancah-rancah yang tumbuh rimbun terbiar tanpa jagaan yang selayaknya.  Apatah lagi sambal belacan yang kubeli beberapa hari sebelumnya masih tersimpan dalam peti ais. Pokok rancah-rancah ini jarang diusik, cuma aku saja yang sekali sekala memetik pucuknya. Makan ulam sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Sedang aku memetik pucuk rancah-rancah aku terserempak tiga biji telur ayam di tengah-tengah rimbunan rumpun pokok rancah-rancah.  Telur ayam ini pasti kepunyaan si India yang berniaga di seberang rumah kerana aku tidak memelihara ayam kampung. Aku tahu khasiat ayam kampung kalau direbus sangat mujarab untuk kesihatan terutama kekuatan bathin (?). Kata orang tua-tua, lebih berkhasiat kalau dicampur madu dan beberapa jamu yang lain. Namun aku tidak tergamak untuk mengambilnya, biarkanlah telur ayam itu di sana sehingga menetas.

ak1

ak2

2 Comments

Filed under Uncategorized

Permainan Gasing

Permainan gasing bukanlah asing bagiku. Semasa zaman kanak-kanak aku sudah didedahkan dengan permainan gasing malahan aku pernah membuat gasing, gasing manungan. Gasing manungan hanya untuk dimainkan di atas tanah, walaupun ligat tetapi tidak begitu lama  berpusing jika dibandingkan gasing yang mempunyai paksi paku dan kepala bersampak besi.  Bentuknya seperti gasing pangkah.

Di negara ini, permainan gasing dimonopoli oleh puak Kedayan. Sudah menjadi permainan tradisi bagi orang kedayan, gelanggang gasing hanya terdapat di kampung-kampung orang Kedayan. Dua gelanggang gasing yang digunakan untuk perlawanan senegara ialah gelanggang gasing Kg. Selayun, Sengkurong  dan Kg. Parit, Pengkalan Batu. Ketika aku melawat di Melaka permainan gasing pangkah digemari juga oleh bangsa lain, aku melihat bangsa Cina menguasai gelanggang walaupun mereka tidak sehebat bangsa Melayu Melaka.

Semenjak aku kecil sudah ada perlawanan gasing di kampungku, malahan lebih awal dari masa itu. Pada zaman dahulu permainan gasing ini ditambah dengan ilmu serta jampi serapah, gasing yang digunakan untuk berlawan sentiasa diasuh, dijaga dengan baik agar tidak mentalih. Gasing yang diasuh bertambah hebat kalau dipalu  gasing pemalu pula yang akan pecah, paling kumanpun gasing itu tidak kena ‘mis’ kalau dipalu, kalaupun kena dipalu gasing tersebut akan terus ligat berpusing manakala gasing pihak lawan akan berhenti atau tergolek ke sisi gelanggang.

Perlawanan gasing amat digemari oleh generasi tua. Setiap kali perlawanan gasing antara kampung diadakan   orang kampung akan berkumpul di gelanggang gasing tersebut. Di kampungku sekiranya ada perlawanan gasing, masyarakat akan berkumpul di kawasan Pulau Nunuk, kerana tempat itu sudah menjadi gelanggang gasing padahal kawasan tersebut bukanlah gelanggang gasing yang khusus, mungkin kawasan tersebut lebih sesuai kerana kawasannya yang lapang, luas, redup. Kawasan ini sering digunakan untuk makan tahun bagi penduduk Pulau Nunuk.  Permainan gasing  memakan masa yang lama, untuk bergurau ada gasing yang boleh berpusing sehingga 45 minit, biasanya perlawanan gasing berlangsung dari pagi mencecah ke waktu petang.

Permainan gasing tradisi antaranya: bergurau, memalu dan menahan. Gasing yang baik ialah gasing yang ligat , deras serta tenang. Semua ini hasil daripada tangan sipembuat gasing yang mahir. Gasing yang gimbal hanya akan menjadi makanan pihak lawan, lain halnya kalau permain tersebut pandai bermain liuk. Bermain gasing bukanlah semudah yang disangkakan. Secara jujur untuk bermain gasing bersiut aku tidak pandai, ini kerana standardku hanyalah bermain gasing manungan, setelah remaja sehingga sekarang aku tidak pernah menjangkau gasing apatah lagi untuk bermain.

Foto  di bawah kuambil ketika perlawanan gasing jemputan yang berlangsung di gelanggang gasing Kg. Selayun, Sengkurong. Ramai pemain gasing yang bermain ketika itu mewakili NBD ke sukan gasing sedunia. Peralatan yang  mereka gunakan semakin canggih, kalat tali bukan lagi dibuat daripada akar/ kulit kayu timbaran sebaliknya dibuat daripada nylon, malahan  peraturan permainan sudah mengikut piawaian dunia bukan semata-mata peraturan kampung. Ukuran serta berat gasing  diambil kira, sekiranya ada penipuan berlaku umpamanya gasing berisi timah, pemain tersebut dibatalkan. Sempena Perayaan Sambutan Hari Keputeraan ke 63 tahun ini, permainan gasing tradisi dan pangkah pasti akan diadakan. Semoga permainan ini dapat diteruskan oleh genarasi sekarang agar tidak pupus dimamah zaman .

g1

g3

g4

Leave a comment

Filed under Kenangan, Rencana

Paya Basar

Pagi Jumaat selepas pulang dari Tamu Tutong aku singgah di Kampong Bukit Panggal.  Tujuanku untuk melihat keadaan kampung yang sekian lama kutinggalkan. Paya Basar, satu kawasan paya yang terbentang luas. Kawasan ini dulunya digunakan untuk bersawah padi.  Orang kampung berhuma dan berpadi di sana. Aku masih ingat  di sana terdapat sebatang sungai /parit, sungai Paya Basar, di sanalah kami bermandi manda terutama semasa banjir.   Airnya  sentiasa berwarna coklet, perlu juga berhati-hati kerana selain ikan karuk, dalak, keli, haruan, sepat dan yang lainnya sebagai  sumber rezeki, lintah juga bermaharajalela di sana. Setiap kali mandi ada saja lintah melekat di badan. semasa kecil aku tidak pernah takut apatah lagi geli kepada lintah, malahan lintah akan menjadi mangsa kalau berani melekat di kulitku.

Peristiwa yang tidak dapat kulupakan:  setiap kali melihat bekas luka di hidungku aku pasti teringat kawan rapatku yang melarangku bermain di sungai ketika air deras, oleh kerana aku berdegil bermain di sungai dia telah membaling  lampu suluh yang rosak ke arahku, aku tidak sempat menyelam untuk mengelak, lampu suluh tersebut sudah mengena bahagian atas batang hidung berdekatan mataku. Darah dari hidungku mengalir deras. Aku berlari mencari sesuatu untuk menghentikan darah yang terus mengalir, darah perlu dipantan. Cara memantan begitu mudah, ambil batang pucuk daun simpur muda, kunyah hingga lumat kemudian tampalkan pada luka tersebut, sembuh. Ajaib!

Seingatku, aku mula belajar dan pandai berenang di sungai Paya Basar selain di laut pantai Binturan. Kalau musim kemarau air sungai sangat cetek , untuk mandi kami terpaksa pergi ke perigi yang terdapat di kawasan tersebut. Sekarang sungai itu sudah tertimbus, yang tinggal hanyalah aliran air yang cetek. Tidak sesuai dikatakan sungai malahan bukan juga parit.

Di seberang paya terdapat perkuburan lama, Jahirat Basar. Ketika di kawasan tersebut telingaku begitu berdengung mendengar suara kuat yang entah dari mana datangnya, suara itu bukan mengena di gegendang teling, tetapi di bahagian dalam gegendang. Seolah-olah di dalam otak, nyaring dan menyakitkan, mungkin suara dari kubur. Aku tidak mahu memikirkannya takut-takut itu hanya khayalanku sahaja. Untuk menghilangkan suara tersebut aku masuk ke dalam kereta, bersalawat serta berdoa agar roh-roh penghuni makam di sana dirahmati Tuhan.

Aku ingin mencari buhat  untuk difoto (sejenis binatang berwarna hitam yang boleh terbang, suka mencari madu bunga  sumber makananya serta tinggal dalam lubang pokok yang reput), aku tiada terjumpa walau seekorpun padahal semasa ku masih budak-budak , buhat sering berterbangan di Paya Basar. Untuk tidak mengecewakan, aku melihat pokok-pokok  yang tumbuh segar di sana, pokok-pokok durian sudah mula berbunga begitu juga dengan pokok cempedak. Bulan September ada peluang untuk makan durian kuning agaknya, dapat sungkai puasa makan bubur durian.

Sebelum pulang aku melihat jalan kecil menuju ke  Kurita,  Kurita hanya kawasan kecil tidak jauh dari Paya Basar, di Kampung Bukit Panggal, ah! pada lain kesempatan, aku akan menyusuri tempat tersebut, tempat kelahiranku.

bp2

bp3

bp1

1 Comment

Filed under Uncategorized

Kubur Sharif

Melalui  jalan Tutong,  di kampong Pancor Papan tersegam sebauh pondok berwarna kuning. Aku tertarik pada pondok ini, sudah sekian lama aku ulang-alik menggunakan jalan di kawasan tersbut, inilah kali pertama aku berhenti di bahu jalan untuk melihat secara dekat pondok tersebut. Pondok ini dikenali sebagai Kubur Sharif. Kubur ini dikatakan kubur yang berkat.  Ramai orang yang singgah di sana untuk melepaskan niat, membayar nazar. Ada yang menyedekahkan wang, malahan aku pernah terlihat ayam diikat di kawasan tersebut. Melihat kepada tempat in secara dekat, jelas sekali kawasan digunakan oleh orang tertentu untuk pemujaan.

Sebenarnya kawasan ini bukanlah kawasan perkuburan, tiada jasad dikebumikan di sana. Mengikut cerita orant tua, pada zaman dahulu ada seorang pendakwah arab, berketurunan sharif.  Beliau seorang yang wara serta berkaramah. Ketika dalam pengambaraan melalui kawasan tersebut beliau telah berehat, beliau sempat membersihkan diri, memotong rambut dan kuku  di kawasan tersebut. Sebagai seorang Islam, disunatkan mengubur rambut yang telah dipotong, begitu juga halnya dengan pendakwah tersebut.

Apa yang peliknya, mereka yang tidak berpegang kepada akidah Islam mengambil kesempatan untuk memuja kubur tersebut, perkara ini pernah diluahkan oleh penduduk tempatan melalui Brunei HNFHYS;

“Saya selaku salah seorang penunduk di Kg Pancur Papan ingin menyuarakan kepada pihak yg berwajib tentang aktiviti kurafat dan syirik yg setentunya bertentangan dengan ajaran islam berlaku di kg saya di mana sering berlakunya pemujaan di kubur Sharif yg terletak di kg kami yg didakwa kononnya berkeramat oleh orang2 yg tidak bertanggung-jawab. Permujaan mereka seperti,bernazar, membuang anchak dan memohon sesuatu dari kubur tersebut hinggalah meminta numbor ekor. Pada malam2 tertentu akan dipasang lilin menerangi kubur tersebut oleh orang2 yg terlibat dengan meninggalkan makanan, minuman serta duit di atas kubur tersebut. Sudah beberapa kali saya adukan kepada Jabatan Agama Tutong, tetapi masih jua inda berubah. Mungkin durang memerhatikan pada waktu siang hari padahal kegiatan berlaku pada malam hari. Saya memohon kepada pihak2 yg berwajib,tolong ambiltah tindakan jgn dibiarkan kegiatan yg boleh merosakkan akidah ini terus berlaku. Terima kasih”

Sebagai saranan, marilah kita sama-sama membaiki diri agar tidak syirik. Sesungguhnya Allah SWT maha pengampun, segala dosa Tuhan boleh ampunkan sekiranya kita bertaubat sekalipun dosa kita sebanyak buih di lautan, kecuali Syirik.

sk1

sk2

1 Comment

Filed under Uncategorized

Simpur Net

Simpur Net, satu-satunya perkhidmatan swasta yang mengumpulkan links para bloger di NBD. Apa yang menarik bagiku bukanlah link kepada untaian bloger tetapi jurufoto yang mendaftar diruangan Shutterbug Central. Ramai jurufoto amatur , semi pro malahan yang pro sudah ada di sana, cuma aku yang masih tertinggal (?). Dulu ketika aku mula melawat laman SimpurNet, hanya  dua-tiga orang yang kukenal sekarang sudah hampir seratus orang yang mendaftar. Syabas Simpurnet kerana mengumpulkan para peminat photography di Negara Brunei Darussalam.

simpur

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Taman Rekreasi Hutan Sg. Liang

Hari ini aku bercadang untuk pergi ke Wasai Wang Kadir, Labi. Memandangkan cuaca kurang mengizinkan aku hanya singgah di Taman Rekreasi Hutan Sungai Liang. Sesampai di sana aku membeli secawan air samboi,  untuk kubawa semasa berjalan-jalan sepanjang denai. Pagi Rabu ini tidak ramai pengunjung, ada  beberapa buah kereta diletakkan di kawasan penaruhan kereta. Suasana sungguh menyegarkan, beberapa jenis pohon kayu ditanda dengan nama-nama saintifik yang sukar untuk disebut. Beberapa pondok, taman permainan, takungan air sudah dibuat untuk menambahkan lagi suasana santai untuk berekreasi. Berjalan mengikut denai yang bersih amat sesuai untuk berjogging atau berjalan-jalan untuk menjaga kesihatan.  Jejambat di atas pokok sudah tidak dibenarkan masuk tanpa izin Jabatan Perhutanan, demi keselamatan. Dulu aku pernah naik di tempat itu. Sebelum balik, aku sempat berbual-bual dengan penjual minuman di sana, yang ironiknya dia  mengesyaki aku sebagai pemberita. Aku mengatakan aku bukan serorang pemberita, aku hanya ingin menikmati keindahan ciptan Tuhan.

sl1

sl2

sl3

sl4

2 Comments

Filed under Uncategorized