Hari Raya pertama aku manfaatkan untuk ziarah makam orang tua, khusunya bapa, nenek bini dan adik. Sebelum ke kuburan aku sudah menyediakan aing asah-asahan, kali ini aku tidak membeli kayu asah-asahan khusus, sebaliknya aku hanya menggunakan kayu gaharu dan pewangi daripada Harmain, wanginya sangat semerbak. Aku menggunakan kerana pada hari ke 29 Ramadhan, ketika tidur tengah hari wawangian sebiginilah yang membangunkan aku daripada terlajak tidur bagi menjaga waktu sembahyang Asyar berjemaah di masjid.
Kawasan perkuburan di atas bukit, Jahirat Omarali namanya. Angin sentiasa menghembus membuatkan sesiapa yang ziarah ke makam di situ berasa selesa. Bagi keluarga kami semua makam tidak dibina bakut, kata ibu permakaman di Baqi, Madinah juga tidak didirikan bangunan atau dibakut. Memang ada kelebihannya makam tidak dibakut, makam adikku saja, batu igang hidup segar semakin membesar tahun demi tahun. Hanya di makam beliau saja batu itu hidup segar selain itu tiadak ada makam yang sebegitu di kawasan Jahirat Omarali. Semga Allah mencucuri Rahmat dan Nikmat kepada mereka; ayahnda, nenda dan adik yang berada di alam barzakh dan juga sekelian kaum muslimin dan muslimat yang lainnya. Amin!