Monthly Archives: June 2011

Senja di Pengkalan Batu

Bagi peminat fotografi, tempat yang begitu menarik untuk mengambil foto suasana padi yang terbentang luas berserta awan kemerah-merahan pada waktu senja ialah di kawasan penanaman padi di kampong Pengkalan Batu. Sekali sekala pasti terlihat awan bergelombang yang menyusuk kalbu terutama ketika azan magrib berkumandang. Masjid yang terdekat untuk bersembahyang Maghrib ialah masjid Pengkalan Batu, Masjid Pancur Murai atau masjid Limau Manis.

Leave a comment

Filed under fotorafi

Masjid Bukit Panggal

Aku dibesarkan dan diterbiah di surau/ balai ibadat sebelum terbinanya masjid yang tersegam indah betul-betul di puncak bukit di pusat kampung. Ketika surau tersegam megah ala-ala banglo, aku masih ingat para jemaah penghuni setia surau, hanya beberapa orang saja yang memakmurkannya. Oleh kerana kedudukan surau di puncak bukit, setiap petang air paip untuk berwudu tidak mampu mengeluarkan air, mujur ada tangki untuk menakung air bagi kegunaan istinjak dan berwudhu. Bapa sebagai Ketua Kampung ketika itu menjadi orang yang utama menghidupkan surau. Tiada imam khusus, kecuali  kalau ada kelas  bimbingan agama maka ustaz yang mengajarlah yang menjadi imam. Kini surau sudah tiada yang ada hanya tapak sebagai kenangan, walaupun aku sudah tidak tinggal di kampung Bukit Panggal, aku sekali-sekala bersembahyang di masjid semata-mata melepas rindu bersembahyang bersama jemaah kampung yang pernah berjemaah di surau yang mana wajah mereka  sekarang sudah dimamah usia.

Tapak surau digunakan untuk jemaah masjid berborak-borak sementara menunggu azan Isya.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Waterfront, BSB

Bersiar-siar pada waktu senja, lebih-lebih lagi pada waktu malam di kawasan Waterfront sedikit sebanyak dapat menenangkan fikiran. Pemandangan Kampong Ayer yang unik membuatkan para pengunjung Waterfront berasa tenang, perasaan tertekan dapat dikurangkan kalau kita bersiar bersama keluarga sambil minum dan makan  di bawah sinaran cahaya neon yang sering berubah warna. Berbagai kenangan dapat diimbau terutama bagi mereka yang sudah mengenali Dermaga Kastam sekian lama. Dahulu di Dermaga Kastam inilah pelabuhan  memulakan pelayaran sekiranya hendak ke Labuan atau ke Limbang.

Leave a comment

Filed under Sejarah