Monthly Archives: May 2010

Pantai Lugu

Pagi Jumaat lepas, aku sempat bersiar-siarĀ  di Pantai Lugu (bukit Aguk). Untuk sampai ke pantai seseorang itu terpaksa melalui denai sempit, menuruni kawasan bukit yang curam. Agas atau buli-buli (sand flies) menjadi penunggu setia pantai terutama di kawasan bibir pantai. Sebelum itu, kereta yang paling sesuai digunakan ialah jenis 4X4, kerana jalan kecil yang digunakan agak berlupak , terdapat air yang bertakung di sana sini sekalipun jalan diliputi tanah pasir hitam. Sepanjang jalan menuju ke pantai, terdapat kebun-kebun sayur yang beraneka jenis; ada ladang jagung, lada hijau dan beberapa jenis sayuran yang lain.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Kenangan