Monthly Archives: December 2009

Jualan Amal

Bertempat di Jabatan Daerah Brunei Muara, Lapangan Terbang Lama Berakas, aku sempat berligar-ligar di kawasan gerai jualan amalbagi membantu mangsa bencana alam . Berbagai jenis barangan tempatan khusunya hasil pertanian, hasil kraf tangan dan juga beberapa hasil komersal yang lain. Aku sempat membeli buah keranji, satey  yang ditinkan (3 tin BND10) dan buah duku.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Pantai Sungai Liang

Pantai Sungai Liang tidak seindah pantai Muara daripada sudut kemudahan awam. Pantai ini bukanlah pantai komersial walaupun terdapat pondok gerai jualan hujung minggu yang agak usang, walau bagaimanapun aku menyaksikan beberapa kelompok orang tempatan berkumpul sambil bbq,  selain untuk tempat riadah pantai ini juga amat penting bagi para nelayan. Mereka boleh melapangkan masa menangkap ikan di kuala sungai, pertembungan antara air masin dan air tawar. Di kejauhan pantai aku melihat ada nelayan mengikis ikan kembura manakala di bahagian darat berdiri megah lambang kekayaan negara, api menyala di serombong menara membakar gas asli yang bersumber dari perut bumi. Cuma pada bahagian sebelah kanan pantai, kalau menyusur mengikut jalan kecil yang agak sempit kita akan menemui  kuburan/jerat Cina.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Masjid Pancor Murai

Ketika azan zuhur berkumandang,  RBA melintasi ruang angkasa. 🙂

Leave a comment

Filed under Kenangan

Orang Seni

Terlalu banyak senerio menarik yang pernah kufoto. Salah satu daripadanya ialah persembahan tarian semasa  KDYMM bercemar duli di Kampong Pengkalan Batu, sempena baginda meresmikan penuaian padi Laila pada bulan Ogos yang lalu. Tarian ini mereka persembahkan semasa baginda dan kerabat santap tengah hari  di khemah yang telah disediakan selasai bagina dan kerabat menuai padi. Apa yang menarik perhatianku ialah pakaian tradisi yang mereka pakai, sungguh berwarna-warni.

Leave a comment

Filed under Lensa

Go Kart

Cuaca panas yang membahang pada jam 2:00 petang bukan penghalang bagiku untuk menyaksikan perlumbaan Go Kart Final yang berlangsung di Indoor Stadium Berakas. Sudah sekian lama aku tidak menyaksikan perlumbaan sebegini.  Sesampai sahaja di kawasan stadium tertutup aku meletakkan kereta di bahu jalan di kawasan pusing keliling, kerana gelangang Go Kart betul-betul di kawasan letak kereta bahagian bawah pusing keliling. Aku hanya perlu menuruni lurah bukit untuk berteduh di bawah sepohon pokok yang rendang, selain itu aku juga membawa sekaki payung untukku berlindung daripada sinaran matahari yang menembusi dari celah-celah daun.

Leave a comment

Filed under Lensa

Komputer Kerja

Di sudut bilik, komputer jenis desktop ini  sering kugunakan untuk membuat kerja selain laptop yang kuundang ke sana ke mari. Ketika ini aku sedang membuat software menggunakan komputer yang sama. Windows XP sebagai OS yang sangat kugemari dan masih relevan, walaupun komputer ini sudah pernah menggunakan perisian OS Windows Vista dan Windows 7.

Leave a comment

Filed under Aku

End-Year Auto Show 2009

Pameran Auto-Show 2009 yang diadakan di Stadium Tertutup Berakas, menampilkan beberapa pameran khususnya yang berkaitan dengan automobil. Aku tidak melepaskan peluang menonton pameran tersebut. Apa yang menarik perhatianku ialah pameran kereta yang sudah dimodifikasi. Sungguh kreatif.! Seni modifikasi kereta merupakan seni yang menakjubkan. Memodifikasi kereta memerlukan duit yang banyak, semua itu bukan penghalang bagi peminat mengubah suai kereta. Malahan, pihak penguatkuasa Jalan Raya bukan pembantut minat mereka, apa yang penting hasil kerja mereka dapat dinikmati oleh pemiliknya malahan orang ramai juga terpegun kalau menyaksikan kereta yang begitu menarik dan ada kelasnya tersendiri. Selain itu, pameran kereta dari agen-agen kereta di NBR juga mempamerkan berbagai jenis kenderaan yang mereka pasarkan sekarang.

Leave a comment

Filed under Lensa

Macro: Sungai Parit

Pada sekitar jam 6:45 pagi, aku sudah berada di kawasan sungai Kampong Parit. Kawasan sungai baru sahaja dibersihkan. Sungai tersebut begitu cantik untuk diterokai, berjalan kaki mengikut tebing sungai dapat menyaksikan berbagai khazanah alam, bunyi binatang serta kicauan burung bersahutan sepanjang perjalanan. Sewaktu pulang daripada bersiar-siar di tebing sungai aku sempat memfoto beberapa objek di kawasan tersebut.

Leave a comment

Filed under Lensa

1 Muharram 1431

Begitu cepat masa berlalu, 1 Muharam 1431(H) membuka tiranya. Terasa sahdu  meninggalkan tahun 1430, Senja, sebelum terbenamnya matahari ramai orang melapangkan masa bertafakur di rumah-rumah malahan di masjid-masjid  memohon keampunan kehadrat Illahi agar diampunkan segala dosa yang telah lalu. Aku menghadirkan diri di Masjid Pengkalan Batu. Aku terus beriktikaf di sana sehinga usai Fardhu Isya. Kebetulan pada tahun ini 1 Muharam jatuh pada hari Khamis malam Jumaat, amat wajar bagiku memohon ampun kepada Yang Maha Kuasa, Sifat Allah yang Maha Rahim, maha mengampun dosa hambanya sekalipun sebanyak buih di lautan selagi hamba-Nya itu  tidak menyekutukan-Nya.

Tentang kehidupan ini, kita melaluinya mengikut masa. Masa berlalu, masa juga datang begitulah juga dengan kehidupan kita. Kata orang yang bijak pandai kehidupan kita hanyalah sedutan keluar masuknya nafas. Apabila berhentinya nafas berhentilah kehidupan kita di dunia ini. Masa yang berlalu sudah tidak dapat kita kejar lagi, besok hari belum pasti… hari ini, hari inilah ketika kita masih menyedut dan menghembuskan nafas kita perlu mengingat betapa pentingnya kehidupan kita semasa kini , malahan lebih penting lagi untuk kehidupan kita di alam lain, alam yang selama-lamanya bukan berada di dunia yang fana ini. Sabda Nabi SAW. barang siapa dapat mengucap akan kalimah Syahadah pada akhir kalamnya maka wajib syurga baginya. Apakah kita bisa menyebut kalimah tersebut  pada akhir kalam kita kalau masuk keluarnya nafas ke dalam jasad kita bukan kalimah Allah. Selama ini, apakah yang kita ingatkan  ketika kita menghela nafas dan ketika kita menghembuskannya? Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk beribadat, beramal, mengingat, berfikir, melihat, merasa akan kehibatan Allah SWT.  Kata alim ulama, akhir kalam kita dapat ditentukan semasa kita hidup lagi, kalau kita mencintai Allah SWT dan Rasul dengan iklas maka begitulah yang akan kita dapat. Kalau kita mencintai selain Allah SWT dan Rasul SAW maka itulah yang kita dapat sesungguhnya kalau ‘botol kicap yang pecah pasti air kicap juga yang tumpah’ begitulah perumpamaan akhir kalam kita. Ya Allah! berilah kami taufik dan hidayat-Mu, kekalkanlah kami dengan taufik dan hidayat-Mu, Ya Akramal Akramin hidupkan kami dengan taufik dan hidayat-Mu dan matikan kami juga dengan taufik dan hidayat-Mu sebagaimana Engkau telah berikan kepada  orang-orang  yang telah Engkau berikan taufik dan hidayat sebelum kami. Amin!

Leave a comment

Filed under Kenangan

JP semakin Sayu

Jerudong Park suatu masa dahulu amat terkenal sebagai  tempat permainan dan rekreasi ternama, namun kini JP nampak lengang. Tidak banyak gerai makan yang beroperasi. Pada waktu senja hanya beberapa gerai dibuka untuk para pengunjung menikmati juadah petang atau malam sambil santai bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Namun kemeriahan seperti masa kegemilingannya dahulu tidak dapat dirasai lagi. Kalaupun datang ke gerai cukuplah sekadar lepak, mengunyah makanan sambil memerhatikan bahawa JP yang serba indah dan mewah kini semakin sayu.

Leave a comment

Filed under Sejarah