Wasai Buang Tekuruk

Tidak jauh dari kawasan PTE Katok terletak Wasai Buang Tekuruk, wasai yang lebih luas daripada wasai-wasai yang lain di sekitar kawasan tersebut. Dikatakan terdapat tujuh buah wasai berada di hutan tersebut. Agak mengelirukan juga untuk mencari wasai tertentu kerana di bahagian luar semasa mula masuk ke dalam hutan tertulis beberapa nama wasai manakala di bahagian dalam hutan nama wasai pula tercatat beberapa nama wasai yang lain. Mengelirukan.  Aku berada di kawasan tersebut lebih kurang 3 jam mengharungi jalan rantis walaupun pada hakikatnya kawasan wasai tidak begitu jauh dari tempat letak kereta, hanya sanya aku berjalan membawa peralatan kamera menuju ke buhur bukit yang menghala ke takungan air Tanjung Bunut agak memenatkan. Setelah berpatah balik ke wasai aku berhasrat untuk mandi di wasai Betangga, wasai yang masih baik, bersih dan airnya mengalir deras di antara wasai yang ada di kawasan tersebut, namun hasrat itu kubatalkan kerana pada masa tersebut  PIBG PTE Katok juga membuat lawatan di kawasan tersebut.

Aku melawat beberapa kawasan , bongkah batu, aliran sungai yang menyejukan mata memandang sepanjang rantis yang disediakan, cuma aku tidak tahu nama-nama kawasan atau wasai tersebut kerana tiada tanda atau nama tertulis di wasai tersebut bagi kemudahan para pengunjung.  Setelah puas memfoto aku berangkat ke Bukit Silat, bukit yang agak landai dan tinggi. Terasa juga penat ketika mendaki  bukit tersebut. Pamandangan dari atas bukit ini nampak jelas kawasan Jerudong, dan kampung di sekitarnya.

wk1

wk2

wk3

wk4

wk5

3 Comments

Filed under Kenangan

3 responses to “Wasai Buang Tekuruk

  1. Abang Jit manis Hamid.

    macam mana kan pergi ke tempat ani?jalan mana kan harus di ikuti..ada labelnya kah?aku baru jua tahu tempat ani..nada publisitinya bah…from Abang Jit Manis.

    • fotorafi

      Masuk ke round about PTE Katok menuju ke jalan putus / tempat orang main kikik, di hujung ada jalan baru kena buat by pass ke Jerudong. Masuk kira-kira 100 – 300 meter parking di bahu jalan. Di sebelah kiri ada usul bukit masuk ke sana jalan kaki sampai terjumpa lebal wasai. Ikut rantis / jalan yang disediakan ada Nombor 1 hingga 9/10 di semua simpang jalan. Jangan ikut rantis yang nada lebal takut sesat. Good Luck.

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s