Monthly Archives: June 2014

Terminal Bas, Parking Bertingkat

Jam tujuh pagi, Jumaat. Aku duduk sejenak memerhatikan gelagat manusia yang lalu-lalang di kawasan Terminal Bas, BSB atau yang lebih dikenali sebagai Parking Bertingkat, dapat  mengimbau kenangan silam. Kenangan ketika belum punya kenderaan sendiri. Bas adalah pengangkutan terpenting untuk sampai ke BSB bagi mereka yang tinggal jauh dari bandar. Ongkos menaiki bus juga agak murah jika dibandingkan dengan menggunakan teksi. Terminal bas ini sudah sekian lama bertapak di situ.  Seingatku, semenjak aku kecil terminal itu sudah diguna pakai, cuma suasana dan keadaan saja yang berbeza. Namun aku masih melihat sebuah bas Seria- BSB yang agak usang tetapi masih beroperasi. Sudah berabad-abad bas tersebut digunakan, masih utuh seperti dulu, bas tanpa pendingin hawa. Klasik!

bp1

bp2

bp3

bp4

bp5

bp6

 

Leave a comment

Filed under Kenangan

Bersiaran di Bugis

Sudah sekian lama aku tidak melangkahkan kaki di Singapura. Hanya bulan lepas aku  berkesempatan menjejakkan kaki bersiaran di kawasan Bugis. Kawasan ini menjadi pilihanku kerana di kawasan inilah letaknya Masjid Sultan, satu-satunya masjid yang mana laungan Azan  boleh dikumandangkan menggunakan pembesar suara. Malahan restoran muslim banyak di kawasan Bugis lebih daripada kawasan lain. Posisi Bugis terletak di tengah-tengah kota raya, semestinya memudahkan untuk pergi ke mana-mana hanya dengan berjalan kaki; ke Sim Lim Square, ke Seranggon, ke Muzium, Ke Funan IT ah… pokoknya ke mana-mana mudah cuma kalau jauh sekalipun boleh gunakan MRT. Untuk makan sup merah tulang kambing aku naik MRT ke Paya Lebar. Berbaloi! cuma kawasan kampung asli di Paya Lebar sudah dibersihkan. Tiada lagi pondok-pondok kecil yang mana dulunya aku pergi ke sana untk membeli barang-barang buatan tangan orang Melayu Singapura, sekarang sudah tiada, untuk itu, sekiranya hendak membeli belah tentang kain untuk baju kurung, tentang perhiasan Melayu, toko buku Melayu semuanya ada di Bugis. Untuk melihat sisa-sisa Melayu di Singapura maka kawasan Bugislah yang paling tepat untuk mengimbau kemegahan Melayu pada zaman silam.

bb1

bb2

bb3

bb4

bb5

bb6

 

 

Leave a comment

Filed under Kenangan