Tamu: Samporna, Sabah

Pada subuh Jumaat. Lalat belum terbang lagi, aku ke Masjid Jamik Samporna untuk mengarjakan Solat Subuh berjemaah, aku sempat menyaksikan para pedagang di Tamu Samporna sudah sibuk menyediakandan memilih tempat yang sesuai untuk berniaga, malahan ada yang bermalam di kawasan tersebut agar tidak terlepas dari tempat yang sesuai untuk berjaja. Maklum sajalah untuk bertamu tidak ada petak yang di tentukan siapa pemiliknya, Kawasan berjaja lebih padat di kawasan bawah yang berdekatan dengan laut, malahan ianya akan menjalar dan melarat sehingga ke Masjid dan kawasan kedai di bahagian atas. Sehari sebelumnya aku sudah menyaksikan tamu dan gerai  sudah ramai penjaja di sepanjang jalan dan kawasan tamu tersebut.

Beraneka julan dapat disaksikan terutamanya hasil pertanian serta hasil laut. Buah mangga, wani dan mempelam buah yang paling popular dijual dengan harga RM5 dan RM10 setumpuk. Jualan hasil pertanian seperti limau kasturi, lada padi, lada besar dijual dengan harga RM0.50 setumpuk yang mencukupi untuk digunakan untuk seminggu atau sebulan. Selain hasil pertanian kuih-muih tradisi seperti kuih sapit, kuih cincin, keropok dan beraneka juadah tempatan hanya dijual RM1 sebungkus. Di satu gerai aku hendak membeli sebungkus kuih yang harganya RM1 untuk merasa kuih asli orang Samporna tetapi di sakuku hanya ada beberapa helai wang RM50, agak janggal menghulurkannya sehingga aku mengambil 5 bungkus untuk menjdikannya RM5 kerana ketika hendak membeli 1 bungkus peniaga yang baik hati  mengatakan,”Tak apalah engkau ambillah sebagai pemberian.”

Kesesakan kereta dan orang ramai di kawasan tamu begitu padu, namun begitu di kawasan bahagian kedai di kawasan tanah tinggi agak lengang, bolehlah juga melepaskan diri daripada terlemas daripada asap penjaja  salai lauk pauk dan riuh rendah kesibukan manusia dan melepas lelah sambil menyaksikan beberapa orang penjaja menjual beraneka jenis rokok, beraneka jenis pil, jamu dan ubat-ubatan di sepanjang lorong dan kaki lima kedai.

Untuk makan dan minum, restoran yang baik terdapat di kawasn laut, kawasan bangunan Scuba Junk malahan kedai-kedai  untuk membeli belah juga berderet di kawasan tersebut.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s