Monthly Archives: March 2011

Bermalam di Lawas

Rumah beliau Osman terletak di atas bukit. Untuk sampai ke rumah beliau terpaksa mendaki beberapa anak tangga, terasa semput untuk sampai ke rumah tersebut. Hujan renyai-renyai petang ketika menerima kehadiran kami membuatkan jalan menuju rumah basah, malahan ada sebahagian tempat yang agak licin sekalipun jalan sepanjangnya telah disemen.

Malam bulan purnama menyinari suasana kampung. Cuaca sejuk mula terasa setelah malam semakin larut tambahan hujan renyai-renyai yang seolah-olah tidak mahu berhenti sehingga ke subuh. Kawasan bukit berbatu hidup yang besar menghiasi sekeliling rumah.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Kenangan

Bukit Keramat, Sepitang

Bukit Keramat yang berada di kawasan Pekan Sepitang mempunyai Lagendanya sendiri. Orang kampung sering melihat  ayam hitam di kawasan bukit tersebut. Cerita asalnya kawasan bukit tersebut digunakan oleh orang keramat berzikir dan bertafakur. Setelah masa berlalu kawasan tersebut disalah gunakan oleh orang tertentu untuk memuja nombor ekor, sisa-sisa pasu tempat meletak kemenyan masih ada di sana. Alhamdullih pihak JAIS  sering menyerbu kawasan tersebut sekiranya ada kelakuan pemujaan, apatah lagi kawasan tersebut berseberangan dengan masjid Jamie Sepitang.

Sepohon pokok kayu yang tumbuh di kawasan bukit tersebut sentiasa rembun sebegitu sejak sekian lama tidak lagi membesar. Apa yang kami rasakan memang kawasan tersebut dihuni oleh makhluk ghaib.

Leave a comment

Filed under Sejarah

Ulu-Ulu Temburong

Cuti Sekolah, pertama kali aku menjajaki ulu Temburong, menaiki dan bertiti di Canopy sungguh menyeronokkan. Memang terasa letih ketika mendaki bukit menuju ke Canopy apatah lagi dalam keadaan tanah licin pada musim hujan. Selain itu, makan di kawasan sungai sungguh menyelerakan setelah puas bermandi-manda di wasai dan di sungai.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Kampong Meraba, Sabah

Pada hari Isnin lepas, aku berserta abang-abangku sempat menziarahi sanak saudara di Kampong Meraba, Sabah. Kami singgah di gerai tempat menjual hasil ladang bagi penduduk Meraba. Kebetulan anak Tangah Nasir berniaga di sana. Memang abang saya sudah berpesan kepada Tangah Nasir kalau ada daging payau / rusa  hasil buruan kami akan membeli. Alhamdulillah, rezeki kami sangat baik, kerana sehari sebelum kami sampai orang kampung belorah/berhasil menembak beberapa ekor payau, apa yang pasti Tangah Nasir sudah menyediakan untuk kami beberapa kilo daging payau.

Pada hari tersebut kami sempat melawat ke wasai air terjun Kg. Meraba yang berdekatan dengan kawasan rumah orang-orang kampung. Setelah singgah di rumah tangah nasir yang mana pada petang hari anak beliau memberikan kami sebahagian tanduk rusa mati buragan. Kami juga berpeluang mempelajari cara-cara membuat jagol (perangkap monyet) dan cara membuat jerat payau yang tidak menggunakan jahuran daripada Beliau Ayub bin Kassim.

Sadikir, Tangah Nasir, Dahalan dan Osman

Kawasan rumah kampung, budak-budak berasama labi-labi.

Jalan menuju ke rumah tangah Nasir.

Jagol

Beliau Akub mengajar cara-cara membuat jerat payau.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Klasik III

Berfoto dengan penyanyi lagenda, Alleycats suatau kenangan yang perlu diabadikan. Tangah Ghani ketika di airport  tidak melepaskan peluang untuk berfoto bersama teman-teman yang lain. Kata tangah antara fotonya ialah; di Singapura (mungkin saja di kawasan Marina Bay yang sekarang sudah hanya tinggal sejarah) dan di Bandung ketika sedang asyik menonton dangdut…

Leave a comment

Filed under Kenangan

Koleksi II

Foto kenangan yang kuimbas /scan dari album Tangah Ghani ini ketika aku masih lagi menuntut dalam form 3  semasa kami berkhelah di pantai Binturan. Manakala foto semasa di teratak aku tidak ingat di mana, kemungkinan besar di Pulau Nunuk. Melihat kepada style ketika itu aku masih belajar di form 5.

Dari Kiri : Zaini (Pinui), Alahyarham Mosli (Oslan), aku, Sungguh, Allahyarham Juni (Bahar), Simat (Lipin), Osman dan Roslan.

Dari kiri : aku, Zaini, Sungguh, Rashid, Nenek Asar, Osman dan Nayan.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Adam’s Peak

Kami bertolak dari Colombo City seawal jam 4 pagi bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kota Colombo. Kami bersembahyang Subuh  di sebuah masjid dalam kawasan madrasah yang melimpasi sempadan pekan Colombo. Kami minum pagi di rumah salah seorang tenaga pengajar madrasah tersebut. Roti yang masih panas beserta kopi  o menembahkan tenaga sebelum meneresukan perjalanan ke kawasan pergunungan yang mana dikatakan Nabi Adam a.s turun di sana setelah keluar dari Syorga. Perjalanan  mengambil masa yang panjang, kawasan berbukit-bukau , bergunung-ganang serta jalan sempit yang berbengkang-bengkok.

Sepanjang perjalanan banyak yang kupelajari, aku dapat menyaksikan tembok-tembok gunung ganang seperti berbentuk singa, di kawasan sanalah rombongan Jemaah Haji Indonesia terhempas mensyahidkan keseluruh penumpang pada tahun 80-an. Selain itu, kebanyakan orang Sri Lanka berhati lembut, mereka sedia mendengar dan memberi respon sekiranya ditanya atau dibawa berbual. Cuaca yang dingin serta pemandangan yang menawan membuatkan aku tidak dapat melelapkan mata sepanjang perjalanan sehingga pulang semula ke Colombo city, ini bukan hanya didorong oleh keindahan alam semula jadi ciptaan Illahi tetapi juga rasa gementer melihat gaung di sepanjang perjalanan.  Sebelum sampai ke kawasan pergunungan ‘Adam’s Peak’ (untuk lebih faham bolehlah melayari dan  menggoogle Adam’s Peak) kami singgah di beberapa tempat; minum di warong kawasan kebun teh, singgah di madrasah Maulana Abdullah,  kami dijamu oleh budak-budak hafiz  Melayu  P.Pinang  dan Kedah yang menuntut di sana, kemudian singgah di Masjid untuk berjumpa Maulana Abdullah yang kebetulan beriktikab di masjid tersebut (aku lupa nama masjid, kawasan masjid agak jauh terpencil di kawasan pergunungan), melawat  lagi sebuah madrasah tidak jauh dari  masjid tersebut.

Kami singgah solat Zohor di masjid perkampungan kawasan gunung, selepas itu makan di restoran (orang Sri Lanka biasa menyebut restoran sebagai hotel). Restoran ini menyediakan makanan halal kerana pemiliknya orang Islam, namun begitu kalau orang luar sudah pasti tidak menyangka yang dikatakan restoran itu sebenarnya hanyalah rumah biasa, tanpa label Restoran. Untuk kami 12 orang bayarannya hanya lebih kurang BND 36 sedangkan kami memesan beraneka jenis masakan daging, ayam dan gulai. Hanya masakan di restoran tersebut agak pedas. Tidak heran kalau orang di sana sering menyebut makanan mereka sebagai masakan ‘Cili Lanka’ . Dua perkara identiti masakan Sri Lanka pertama masakan pedas kedua minuman  yang sangat manis. Di kejauhan aras belakang restoran tersegam gunung Adam’s Peak.  Untuk sampai ke sana memakan masa lebih kurang dua jam. Kami sampai di kaki gunung atau kawasan  penghujung jalan sebelum berjalan kaki untuk mendaki ke bukit tersebut lebih kurang pada pukul 4 petang. Kami tidak bercadang untuk mendaki  gunung tersebut. Aku begitu bersyukur telah sampai ke kawasan tersebut paling tidak aku masih dapat melihat gunung tempat bapa sekalian manusia pernah menjejakkan kakinya di sana.

Di belakang Restoran ternampak jelas Gunung Adams Peak.

 

Kawasan sungai di kaki gunung Adams Peak

 

Leave a comment

Filed under Rencana