Monthly Archives: May 2009

Sibuk

Kesibukan kerja harian membuatkanku lupa menjamah HP, lupa shoping, lupa jogging, lupa snap objek… Sekarang masa nak buat audit, masa nak bagi x-tra klas, masa nak siapkan projek, masa nak bagi kursus.. betul juga ” Demi masa manusia sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang beramal soleh, mengajak kepada kebaikan, mengajak kepada yang hak.. dan mereka yang sabar.”

Advertisements

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Makam Diluba

Pada pagi Jumaat, inilah kali pertama aku berpeluang ziarah ke makam Di Luba, Makam Sultan Hussin Kamaluddin Sultan Brunei Ke-16, Baginda seorang raja yang terkenal dengan keramatnya, berilmu tinggi antara kelebihan baginda, dengan izin Allah SWT baginda telah mengubah air laut yang masin menjadi air tawar dalam kawasan yang dibuat lingkaran dengan rotan. selain itu baginda boleh menukar buah ngirih ke buah pitabu.

Kebetulan bangunan makam tersebut masih dalam renovasi membuatkan aku hanya berdiri bertafakur menghadap makam beginda. Terdapat beberapa batu nisan di dalam bengunan tersebut. Makam Sultan ke 16 terletak di bahagian belakang kalau menghadap kiblat manakalah sebuah lagi makam yang belum diketahui milik siapa, melihat bentuk binaan makam tersebut pemilik makam tersebut bukan calang-calang orang. Beberapa minit bertafakur di depan membuatkan hatiku terkenang akan kematian, betapa masa berlalu begitu cepat… kita umpama pelayar akan menuju tempat yang di tuju… Setelah pulang ,bisikan salam terngiang di telinga, aku hanya menjawab salam sambil membalas Insya Allah aku akan ziarah ke makam Diluba lagi.

mkm4

mkm1

mkm3

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Bukit Ambok

Selapas perjumpaan kerja di Pekan Tutong, kira-kira jam 4:30 pm sempat juga saya meluangkan masa berjalan-jalan di kawasan bukit Ambuk. Kalau berjalan biasa sambil melihat keindahan alam memakan masa lebih kurang 1 jam untuk menghabiskan satu pusingan. Bagi mereka yang sudah biasa berjogging mengambil masa 25 minit.

ba4

ba2

ba3

Leave a comment

Filed under Uncategorized