Monthly Archives: October 2009

Muara- Tugu Pendaratan

Bersiar-siar di Pantai Muara pada hujung minggu sungguh menyenangkan. Udaranya segar, kawasannya cantik dan bersih, fasiliti awam  berfungsi untuk digunakan. Walking pathnya mengingatkanku kawasan peranginan di East-Coast Singapore. Kalau di East-Coast aku biasanya menyewa basikal untukku bersiar-siar, berbeza daripada pantai Muara belum ada peniaga yang menyewakan basikal, khemah, kayak, pelampung dan beberapa kemudahan lain  untuk kegunaan orang awam berkelah. Di sayap kanan pantai Muara terdapat  Tugu Peringatan Brunei- Australia sempana pendaratan tentera Australia di Pantai Muara.

pm1

pm2

GetAttachment

WW2, 1945 – Tentera Australia mendarat di Pantai Muara. (Gambar ini kupetik dari e-melku yang telah diforward  oleh kawan)

Leave a comment

Filed under Sejarah

Batu Bersurat

Jam 6: 15 pagi, sebelum ke pejabat, aku singgah di kedai kopi di Batu Besurat. Suasana pagi amat menyegarkan. Namun pelangan dan pekerja di kawasan tersebut masih belum ramai suasana begitu lengang. Aku minum secawan tea o’ beserta roti kosong telur mata lembu.

bp1

bb2

Leave a comment

Filed under Kenangan

Nelayan Mendarat

Pagi Ahad, aku memerhatikan para nelayan pulang dari laut. Pada waktu pagi, air laut agak surut. Ombak begitu tenang, alunan ombak berurutan begitu lembut memecah di persisiran pantai. Nelayan yang pergi ke laut pada waktu malam biasanya akan pulang pada keesokan harinya dan mendarat seawal jam 7 pagi. Beberapa orang sudah menunggu kehadiran nelayan. Mereka menunggu untuk membeli ikan segar, kerana sejak beberapa minggu yang lalu ombak bergelora, tempias ribut taufan yang melanda Filipina  membuatkan para nelayan tidak mencari rezeki di laut luas demi keselamatan mereka.

pj2

pj3

pj4

Leave a comment

Filed under Kenangan

Canon 7D

Wow canon 7D sudah muncul

Leave a comment

Filed under Rencana

BBQ di halaman Rumah

Pada hujung minggu biasanya keluarga di kampung sering berkumpul  untuk mengadakan bbq.

f1

f2

f3

f4

Leave a comment

Filed under Kenangan

Macro: Objek atas meja

oam1

Printer yang sering kugunakan untuk mencetak gambar 4R.

oam2

CDs yang kugunakan untuk ‘menunu’ data-data.

oam3

Buah langsat untuk disantap sambil membuat kerja.

oam4

Ray Ban yang kupakai khusus semasa memandu pada waktu malam.

Leave a comment

Filed under Aku

Meja

Meja kerjaku hanya nampak elok sehari atau dua sahaja selepas dikemaskan, selebihnya berselerak sepanjang tahun. Secara rutin aku hanya mengemaskan kertas, buku, CDs, kabel, kamera, komputer, printer dan pelbagai alatan ICT  yang berlonggokan sama ada di lantai, di keliling meja mahupun di atas meja kalau aku berkesempatan diiringi dengan ringan tangan. ” Trade  mark meja orang ICT”.

mm1

mm2

mm3

Leave a comment

Filed under my

Antik

kt2

kt3

Leave a comment

Filed under Sejarah, Uncategorized

Kuala Tutong

Petang kelmarin aku meluangkan masa menunggu  Azan maghrib di Kuala Tutong. Ketika itu, aku terkenang semasa di alam remaja, aku sering mengunjungi Pantai Seri Kenangan. Adalah tidak sah rasanya kalau ke Pantai Seri Kenengan tanpa menjenguk  jembatan di penghujung jalan Kuala Tutong. Dahulu jembatan ini digunakan sebagai jalan perhubungan penting sekiranya hendak menuju ke Seria.  Mengikut sejarah sebelum jalan Tutong mempunyai jembatan merentas  Sungai Tutong maka jembatan inilah yang digunakan.

Before the bridge crossing the Tutong River was completed, one had to cross from Kuala Tutong to Danau using a makeshift ferry service which was an old “pontoon of two small boats joined together, planked over and towed” as described in the Brunei Annual Report of 1958. Earlier on, two older Australian work boats were used, replaced by the ‘Higgins’ in 1955 and the ‘Pemancha’ in 1956. –  Rozan Yunos

Aku terleka melihat para remaja menghabiskan masa  hujung minggu  sambil  memancing ikan, Azan maghrib berkumandang pada jam 6:07 petang.   Para Jemaah masjid  Kampong Penabai, akan bersembahyang Maghrib usai  sahaja azan, mereka tidak mendirikan sembahyang sunat Qabliatan sementera menunggu jemaah yang lain datang, ini kerana mungkin para jemaah sudah biasa datang lebih awal sebelum azan.  Aku terpaksa bergegas kerana jarak antara jembatan Feri Lama dengan Masjid Kampong Penabai mengambil masa lebih kurang 3 minit.  Sesampaiku di masjid iqamat sudah dilaungkan, Alhamdulillah aku amat bersyukur dapat sujud di tanah Tutong yang mana aku juga di lahirkan di daerah yang sama.

kt1

kt2

kt3

Leave a comment

Filed under Kenangan

Tasik Bedanu

Sudah beberapa kali aku  mencuba untuk melihat suasana tasik Bedanu -Kg. Mungkom, Kiudang. Seingatku sudah empat kali aku mencuba sejak tahun 2007, ketika itu jalan masih lagi berlumpur dan berlopak,  paling jauh aku sampai hingga di bukit pertama yang mana sekarang tertampal papan penyata ‘ Welcome to Tasik Bedanu’. Ketika itu, aku terpaksa berpatah balik kerana aku tidak pasti di mana letaknya tasik tersebut. Hanya pada hari Ahad, 30hb Ogos 2009  bersamaan 9 Ramadhan baharulah aku sampai di Tasik Bedanu.

Suasana sepi menyelubungi kawasan hutan Tasik Bedanu, hanya sekali sekala kedengaran bunyi tangil memecah keheningan. Aku sampai pada jam 1:40 pm. Kereta boleh sampai ke kawasan tasik kerana batu kelikir sudah dibubuh sepanjang jalan kecil menuju ke sana. Tasik Bedanu hanya terletak di kawasan kaki bukit. Berjalan kaki menuruni bukit  dari letak kereta mengikut denai memakan masa  tiga atau lima minit untuk sampai ke kawasan tasik.  Beberapa buah pondok sudah tersegam bagi kegunaan melepaskan lelah sambil berehat.

Tasik Bedanu belum diteroka sepenuhnya, kawasannya terasa sempit kerana dikelilingi oleh  lurah bukit. Kemudahan yang lain seperti  tandas  yang ada tidak sesuai kedudukannya. Aku mengambil masa  berehat seorang diri menikmati keindahan alam. Tiada pengunjung lain ketika itu, mungkin ketika itu orang ramai sedang berehat sambil berpuasa. Memang terasa letih juga semasa pulang, tambahan bukit yang didaki terasa menjulang , kaki yang dihayun terasa lemah, namun sisa-sisa tenaga sahur masih ada untuk sampai hingga ke sungkai.

tb1

tb2

tb4

Leave a comment

Filed under Kenangan