Category Archives: Aku

Telaga Pasir Sarangan

Telaga Sarangan terletak di Magetan, Jawa Timur, tepatnya di kaki Gunung Lawu. Jika dari Kota Magetan, telaga ini berada sekitar 16 kilometer. Sepanjang perjalanan,  Kita akan disuguhkan pemandangan indah di sekitar Gunung Lawu.

Telaga ini luasnya sekitar 30 hektar dengan kedalaman 28 meter. Telaga atau tasik ini sangat luas dan cantik. Apa yang membuatnya semakin cantik adalah bukit yang menghijau yang mengelilingi telaga. Tambahan pula udara dingin yang menyelimuti telaga membuat pelancong atau pelawat semakin seronok berlama-lama di sana.

Ada banyak aktiviti yang boleh wisatawan lakukan ketika berada di Telaga Pasir Sarangan.Di sana terdapat kuda untuk di sewa. Aku sendiri telah menunggang kuda mengelilingi tasik, ini adalah kali pertama aku menunggang kuda malahan aku dilepaskan bersendirian setelah diajar oleh pemilik kuda bagaimana cara menunggang yang betul. Aku begitu seronok mendengar bunyi  lekukan telapak kuda setiap kali ia melangkah. Kuda dapat kuolah ke kiri dan ke kanan mengikut rentak dan naluriku, perlahan dan cepat kuda yang sudah dilatih akan mengikut saja arahanku. Seronok. Selain itu aku dan teman-teman sempat juga menaiki perahu motor mengelilingi kawasan tasik yang luas.

Bagi yang ingin menginap, di sekitar Telaga Pasir Sarangan telah terdapat banyak penginapan. Jika ingin membeli barang hadiah atau suvenir, ada banyak toko suvenir tersedia di Telaga Warna.Restoran ‘Rejeki’ menjadi tumpuanku untuk makan santai sambil berehat minum STMJ (susu telur madu dan halia) panas.

Telaga Pasir Sarangan juga memiliki legenda yang menarik. Menurut kepercayaan masyarakat setempat, telaga ini terbentuk karena suami istri yang berubah menjadi naga.

Pada malam hari dikedinginan hembusan angin aku sempat makan satey bersama teman-teman. Sepiring  satey  10 cucuk bersama ketupat hanya BND 1.20. Di sinilah juga kali pertama aku makan satey kelinci atau  satey arnab. Rasanya seperti satey ayam.  Kawasan wisata ini lebih ramai pengunjung pada hujung minggu manakala pada hari-hari biasa kawasan ini akan lengang setelah waktu senja.

sg9

sg8

sg7

sg6

sg5

sg4

sg3

sg2

Daie, hafiz lagi alim : Ust. Shukri & Ust. Umair

sg1

Foto yang dicetak berharga IR10,000

Leave a comment

Filed under Aku, Kenangan, Rencana

31 Disember 2013

Tahun demi tahun berlalu, masa tidak pernah berhenti. ” Dunia bukan tempat tinggal tetapi untuk meninggal”.

Leave a comment

Filed under Aku

Wasai Beluluk

Wasai Beluluk, hanya mengambil masa 20 minit perjalanan untuk sampai dari simpang  Wasai Teraja. Wasai ini berdekatan dengan rumah panjang  yang mana sumber air rumah panjang Teraja diraih dari wasai ini. Semasa kami sampai di situ, tempat baru saja dikosongkan oleh orang tempatan yang mencari sumber rezeki dari alam semula jadi. Longgokkan bara api masih menyala. Wasai ini tidaklah seindah wasai Teraja, namun cukup baik untuk beriadah bersama keluarga.

wb1

wb2

wb3

Leave a comment

Filed under Aku, Kenangan

Puja Usia

Pejam ..celik.. pejam… celik… , masa tetap berlalu. Pada hari ini usiaku meningkat lagi. Kupanjatkan syukur kepada-Mu ya Allah atas nikmat dan rahmat yang Engkau berikan kepadaku.

me1

Kenangan: Alam yang sudah lama berlalu.

me4

Kenangan: Beberapa tahun yang berlalu.

 

 

 

 

Leave a comment

Filed under Aku, Kenangan

Akhir Tahun

Berlalunya tahun 2011, meningkatnya usia…

Leave a comment

Filed under Aku

Kursus: InDesign

Minggu lepas, aku berada di Infomas menghadiri kursus  kendalian IPA berkaitan dengan  Adobe InDesign. Adobe bukanlah asing bagiku khusunya Photoshop, hanya untuk kursus InDesign inilah kali pertama aku menghadirinya. Aku bukan seorang designer, namun kursus begini amat berguna bagiku.

Mereka yang hadir berkursus terdiri daripada designer dari jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Percetakan, DBP, UBD. MTSSR dan jabatan-jabatan yang lain. Para peserta mengenaliku sebagai jurufoto.. ops! Aku tidak mengenalkan pekerjaanku kepada mereka  aku hanya menyebut nama jabatan tampatku bertugas. Namun caraku mengendali komputer kekawan sekursus mengetahui bahawa aku mahir menggunakan komputer, oleh sebab itu dalam hal kerja berkumpulan (Kumpulan 2)  aku akan menjadi orang penting mengendalikan komputer, kekawan  hanya memberi idea dan pandangan.

Ada beberapa projek telah diberikan antaranya membuat: Business card, CV, poster, jemutan kahwin dan yang lainnya. Daripada segi idea, ideaku agak out of box, kerana aku  tidak ingin meniru gaya design tradisi yang  begitu hampir sama sejak berabad-abad lamanya.  Dalam bab design, kita perlu mendesign bukan meniru stail orang lain. Majlis penyampain sijil dilangsungkan pada akhir sisi kurus, hari Khamis petang.

Leave a comment

Filed under Aku

Kucing

Leave a comment

Filed under Aku