Monthly Archives: August 2010

Kabur

Aku tidak pasti karyawan mana yang menggunakan kameraku dan sempat mengetiknya… Mungkin ketika itu aku sedang leka di hadapan komputer…¬† yang pastinya out of focus, Kabur!

Advertisements

Leave a comment

Filed under Lensa

Ramadhan:Curhat

Merenung foto almarhum mengimbau kenangan lalu, semasa aku di bangku persekolahan lebih-lebih lagi semasa malam Pengistiharan Kemerdekaan. Pada waktu itu tanggal 31 Disember petang (bertepetan tarikh¬† hari jadiku) aku bersembahyang maghrib berjemaah di surau kg. Bukit Panggal sebelum naik pickup ABDB ke Taman SOAS di Bandar Seri Begawan. Itu jugalah kali terakhir aku melihat almahrum ketika almahrum bercemar duli serta melaungkan takbir di majlis tersebut. Kata orang tua-tua beribadat pada zaman almarhum sungguh aman dan menyenangkan sekalipun pada ketika itu surau-surau dan masjid-masjid belum ada pendingin hawa. Ketika itu negara itu belum dikenali sebagai ‘Negara Zikir’, namun ketenangan dapat dirasakan tiada banyak keranah, tiada banyak kekeliruan… sekarang menentukan awal bulan Ramadhan menjadi perbualan rakyat jelata, amalan qunut sepanjang tahun menjadi sindiran apakah negara ini akan menjadi ‘Negara Qunut’.

Leave a comment

Filed under Pilihan

Pekan Tutong: Bunga api.

Persembahan bunga api di kawasan Pentas Diraja Tutong pada 31 Julai yang lalu sebagai penutup tirai perayaan Hari Keputeraan bagi daerah Tutong.

Leave a comment

Filed under Lensa

Pos Kawalan Kuala Lurah

Hodoh dan Usang! Begitulah yang dapatku katakan ketika berada pada pagi hari di Pos Kawalan Kuala Lurah. Suasana di kawasan tersebut tidak menggambarkan negara Brunei yang cantik, bersih dan menyenangkan. Poster tidak berseri malahan dijalari tumbuhan renek. Bangunan kawalan kastam dan imigrasen sudah usang dan sempit. Sesiapa sahaja yang berurusan di sana sudah pasti tidak ceria tambahan kalau musim cuti persekolahan. Semoga ada tindakan pihak-pihak tertentu untuk memajukan dan mengindahkan kawasan tersebut.

Leave a comment

Filed under Pilihan

Pantai Belait

Bersiar-siar di pantai Belait pada sebelah petang dapat menyaksikan keranah orang ramai melakukan aktiviti. Terdapat orang yang berlari, orang berkelah, nelayan mengikis dan memukat ikan, keluarga yang beriadah malahan ada juga para jurufoto memfoto di kawasan pantai. Memandu 4×4 di kawasan pantai Belait jauh lebih selesa daripada memandu di mana-mana pantai yang terdapat di negara ini, kerana pantainya yang luas dan landai.

Leave a comment

Filed under Kenangan