Monthly Archives: October 2012

Bukit Tempayan Pisang

Pagi Ahad lepas, aku  mendaki Bukit Tempayan Pisang bersama Alwani. Kami bertolak dari rumah jam 6.40 pagi dan sampai di kawasan letak kereta di kaki bukit Tempayan Pisang,  pada jam 7.20 pagi kerana di Kg Sungai Besar kami sempat singgah membeli minuman di kedai runcit tersebut.  Cuaca pagi  yang mendung menyegarkan perjalanan mendaki bukit. Kami bermula di kawasan permulaan masuk yang jauhnya lebih kurang 700 meter dari tempat letak kereta, manakala denai di kawasan tempat letak kereta  akan kami gunakan sebagai jalan keluar. Perjalanan di sepanjang denai agak selesa kerana sudah dipasang kalat di beberapa kawasan yang curam. Ketinggian bukit Tempayan Pisang lebih kurang 500 meter dari paras laut. Pemandangan di puncak bukit begitu indah dengan hembusan angin yang menyegarkan. Ketika aku berdiri menghala ke arah Pantai Serasa, aku dapat menyaksikan kawasan perumahan Perpindahan Serasa , pelabuhan, kekapal berlabuh serta lautan yang membentang luas, manakala di sebelah kiri, Kampong Kapok tersegam dengan keindahannya tersendiri.

Semasa menuruni bukit untuk pulang aku sempat singgah di Gua Radat, gua yang sangat sesuai untuk para petapa atau orang yang mendalami ilmu kebathinan pada zaman dahulu. Kawasan gua tidak begitu luas, hanya beberapa meter persegi, memang sesuai untuk bertafakur, mengasingkan diri daripada kekemelutan dunia luar. Lagenda gua ini sempena nama seorang petapa yang bernama Si Radat. Berada di dalam gua Radat lebih menyenangkan jika dibandingkan  daripada berada di gua Harimau yang terletak di bahagian bawah  gua Radat. Gua Harimau lebih luas dan gelap. Namun begitu di pisuk  gua tersebut terdapat sebuah lubang yang mana cahaya matahari boleh menyinari kawasan gua, begitu juga sekiranya hujan tlebat air mencurah-curah memasuki gua tersebut, tidak hairan gua Harimau lebih lembab, hamis dan menggerunkan. Selain daripada gua terdapat juga beberapa lubang, salah satu dari lubang tersebut sudah disediakan tali bagi kegunaan pelawat yang ingin masuk ke dalam lubang tersebut. Selain daripada gua Radat kemungkinan besar pada zaman dahulu lubang ini juga pernah digunakan untuk mereka yang mengamalkan ilmu mistik kerana aku merasakan sesuatu yang ghaib ada di kawasan lubang tersebut. Apabila kita mendengar kisah lampau tentang Bukit Tempayan Pisang banyak cerita mistik yang diperolehi antaranya jembatan emas, seorang penduduk kampung yang sanggup membunuh diri secara mistik demi melindungi isterinya yang dibaham harimau malahan ketika aku masuk ke hutan keluar dari kawasan rantis yang disediakan untuk pejalan kaki, aku tersua sekuntum bunga merah yang tumbuh segar di atas tanah tanpa pohon, tanpa batang, tanpa daun, tumbuh begitu saja dicelah-celah daun kering. Ketika melintasinya aku tidak peduli aku hanya memfoto menggunakan speed rendah sambil melintasi bunga tersebut. Aku pasti objek tersebut ialah bunga bukan kulat.

Bagi peminat hiking, jogging, strolling,  nah, Bukit Tampayan Pisang amat sesuai dijadikan sebagai tempat riadah selaian Bukit Shahbandar  kerana kemudahan dan jalan rantis yang disediakan amat mudah disusuri selain daripada pemandangan dan kawasannya yang indah dan segar.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Kenangan, Rencana

Tukang Kasut

Dua jenis aksesori pakaian yang bertahun-tahun lamanya kugunakan dan sering kupakai . Pertama, tali pinggang dan keduanya ialah kasut. Aku hanya mengganti tali pinggang sekiranya sudah tidak boleh digunakan lagi. Aku pernah membeli tali pinggang  jenama Levis dibuat daripada kulit binatang berkemungkinan besar daripada kulit lembu kerana tali pinggang tersebut berwarna coklet  pada tahun 20oo  dan aku terus menggunakannya hampir setiap hari, kerana itulah sahaja satu-satunya tali pinggang yang yang miliki untuk bekerja,  sehinggalah pada  tahun lepas tali pinggang tersebut sudah tidak dapat digunakan kerana usang dan terputus yang tidak boleh digunakan lagi, ini bermakna aku menggunakannya selama 11 tahun, sehingga sekarang aku belum tersua tali pinggang  penggantinya. Aku masih mencari tali pinggang berjenama Levis namun belum kutemui yang sesuai. Kemungkinan besar aku akan membeli jenama Camel Creative kerana ia lebih tahan lasak dan diperbuat daripada kulit binatang yang asli, sesuai untuk dipakai sama ada untuk bekerja atau untuk kegunaan harian.

Begitu juga halnya dengan kasut. Kasut yang kugunakan untuk berkerja ke pejabat juga jarang kutukar ganti, bukan seperti kasut sukan atau kasut kasual. Mungkin inilah sikap lelaki yang berbeza daripada sikap perempuan yang suka membeli kasut untuk disesuaikan dengan pakaian mereka. Bagi perempuan yang bekerja, kasut  mesti sedondon dengan  pakaian yang mereka pakai. Kalau baju kurung hijau maka kasut mereka juga akan berwarna hijau, kalau merah baju yang dipakai maka kasut merah juga padanannya. Tidak hairan kalau mantan isteri President Marcos, Imelda  memiliki tiga ribu pasang  koleksi kasut pada saat beliau menjadi perempuan Pertama di Filipina..

Pada hari Rabu aku membeli sepasang kasut di kedai Lai-Lai, Batu Satu. Kedai yang sudah beroperasi sejak aku masih di alam kanak-kanak lagi. Ini semua dikeranakan tapak kasut yang kupakai selama ini sudah rosak. Mahu tidak mahu aku terpaksa membeli kasut yang baru.  Kasut pilihanku ialah kasut jenama F & M buatan Italy. Oleh kerana kasut ini diperbuat daripada kulit asli, ditambah lagi dengan stail yang agak menarik membuatkan aku bersedia membelinya walaupun mengorbankan ratusan ringgit. Sebelum pulang aku singgah di sebuah kedai Tukang Kasut, di Bengkurong semata-mata untuk melantak getah pelapis ala-ala tapak kuda agar tapak kasut tidak cepat rosak. Si Tukang Kasut nampak bersemangat menampal tapak kasutku yang baru dengan harga $6.00 sepasang. Semoga kasut ini dapat kugunakan  untuk beberapa tahun yang akan mendatang.

1 Comment

Filed under fotorafi, my, Rencana

Drama Pentas

Bersempena perkahwinan Diraja yang berlangsung bulan lepas, beberapa persembahan  kebudayaan dan keagamaan berlangsung pada setiap malam di BSB. Aku berpeluang menyaksikan salah satu drama kebudayaan tersebut.

 

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan

Bukit Patoi, Temburong

Pada 16 September yang lalu, aku bersama kelab Fotografi sempat ke Bukit Patoi, Temburong. Kami bertolak dari BSB pada jam 8:15 pagi. Perjalanan kami mengambil masa 45 minit untu sampai ke pekan Bangar menggunakan bot. Kami sampai di bukit Patoi lebih kurang jam 10:50 pagi ini semua kerana urusan pengangkutan darat.

Setiba kami sampai kami sudah disambut oleh tiga orang daripada Jabatan Perhutanan yang akan menjadi pandu kami selama mendaki  Bukit Patoi. Perjalanan kami agak perlahan kerana sepanjang perjalanan kami kerap berhenti memfoto alam sekeliling. Mendaki bukit Patoi tidak begitu sukar kerana tempat yang curam sudah disediakan tangga kayu bagi kemudahan para pengunjung. Perjalanan kami mengambil masa 1 jam untuk sampai di puncak gunung.

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan